Bab 33

1K 24 0
                                    

Dara duduk di kerusi balkoni biliknya mata jatuh memandang gambar dalam album. Gambar kahwin dan gambar bercuti di Turkey.

Dara lepas nafas berat fikirannya sesak dengan masalah. selepas satu masalah timbul masalah lagi.

Lelah... bahu mohon kuat.... setitik demi setitik air matanya jatuh. sungguh saat ini dia rindukan Rafael yang dulu. Rafael semakin jauh dan selalu meluangkan masa dengan Adelia.

Perut kempisnya di usap perlahan tambah lebat airmatanya tika ini. kandungan 5 bulan itu sudah tiada akibat kemalangan.

Dara mengelap airmatanya apabila mendengar bunyi pintu di tutup. dia memejam matanya mencari sedikit kekuatan dan cuba mengawal nafasnya sebaik mungkin. dia tidak mahu Rafael tahu yang dia menangis lagi malam ini.

Dara atur langkah masuk ke dalam bilik wajah di tundukkan tidak mahu memandang Rafael saat ini.

Rafael renung tajam susuk tubuh yang baru masuk dari balkoni. tangannya menggenggam erat album gambar. Rafael memegang lengan Dara kuat.

"Lepas lah!" bentak Dara kasar.

" Kau kenapa?" soal Rafael serius. wajah Dara cuba di pandang namun Dara melarikan wajahnya dari tatapan Rafael.

Rafael memegang rahang Dara kuat wajah Dara di tilik sah! baru habis menangis. Rafael ketap rahang matanyanya masih tajam menikam Dara.

" Kenapa kau nangis?" tiada sahutan dari Dara

Rafael mendekatkan wajahnya. Dara melarikan pandangan.

" aku tanya... mana suara kau? dah bisu ke?" soal Rafael lagi.

"saya penat nak rehat..." lemah suara Dara. kali ini Rafael melepaskan Rahang Dara. namun masih memegang lengannya.

" kenapa kau nangis?" kali ini suara Rafael biasa saja.

" Dara... rindu abang" lirih suara Dara. matanya basah lagi. kaku tubuh Rafael mendengarnya.

" kau... rindu aku?" Dara angguk lemah. sumpah dia rindu suaminya. Rafael melarikan pandangan.

"apa kat tangan kau tu?" Dara pandang album di tangan.

"gambar kahwin kita. abang nak tengok?" sayu mata Dara memandang Rafael. Rafael telan liur bergerak halkumnya apabila mendengar soalan Dara.

lambat lambat Rafael angguk dia dan Dara duduk di katil album di selak satu persatu. gambar kahwin mereka waktu itu Dara masih malu malu dengan Rafael jelas di gambar itu wajahnya malu dan senyumannya sedikit canggung.

" kita kenal macam mana?" soal Rafael perlahan. jari mengusap hambar di tangannya.

" bonda dan mama jodohkan kita" Dara senyum ingat bagaimana perkenalannya dengan Rafael.

" abang tak pernah jatuh cinta.. sayang pun sama. kita di jodohkan. sepanjang tempoh bertunang sayang tak nak jumpa abang.. sayang tak nak tahu siapa abang." cerita Dara di selit dengan ketawa kecilnya.

" tapi abang tahu siapa sayang.. abang selalu jadi pelindung sayang" cerita Dara lagi. kertas album di selak lagi.

"kenapa aku selalu jadi pelindung kau?" soal Rafael keningnya bertaut.

" sebab... sayang selalu pakai pakaian tak cukup kain. abang tak nak orang lain pandang sayang. abang selalu sindir dan marah sayang" sekali lagi Dara ketawa kecil.

" tapi waktu tu sayang belum tahu abang siapa. sampailah kejadian di Italy sayang hampir kena rogol dan abang selamatkan sayang" Dara gigit bibir menginati kejadian itu.

Rafael jeling wajah Dara merah. pasti ada sesuatu bisik Rafael.

"lagi"

Dara pandang Rafael wajahnya jelas berbahang kerana malu dengan kejadian dia menggoda Rafael akibat pil perangsang.

" ada orang letak pil perangsang dalam minuman sayang. lepas abang selamatkan sayang... sayang... cuba goda dan cium abang" kalau di lihat wajah Dara sekarang suda seperti tomato merah kerana malu menceritakan moment itu.

Rafael tersengeh lalu menyelak lagi gambar seterusnya. gambar dia dan Dara naik belon panas dan hot sangat kerana gambar itu menunjukkan mereka sedang bercium!

Cepat cepat Dara menyelak gambar lain malu kerana melihat gambar itu. Rafael masih berlagak biasa hingga lah gambar terakhir iaitu gambar scanning baby jari Rafael menunjuk gambar itu.

" sebelum kemalangan kita baru lepas chek up baby lepas tu ada kereta ikut kita. tayar kereta meletup kita kemalangan dan.... anak kita dah tak ada" Dara menahan esak tangisnya. pilu hati kerana kehilangan sesuatu yang menjadi tanda cinta mereka.

" dalam masa satu hari sayang hilang keduanya. sayang hilang abang.. sayang hilang baby. abang depan mata sayang... tapi sayang tak boleh nak capai macam dulu sebab abang tak ingat semua.abang selalu dengan Adel" pecah tangis Dara. perit rasa dadanya saat ini.

Rafael membuang pandangan penumbuknya di kepal kuat. mukanya merah menahan amarah. dadanya berombak ganas dia pandang Dara di sebelah tangannya memeluk erat bahu Dara.

Dara rebah di dada bidang suaminya tagisannya kuat menyatakan hatinya rapuh dan sakit saat ini.

Agak lama berdiam Rafael tolak tubuh Dara. Dara tunduk dia perlu sabar kerana ingatan Rafael belum pulih walaupun dia sudah menceritakan semuanya.

"tidur" sepatah Rafael cakap. Dara angguk lemah.

Dara baring dan cuba melelapkan matanya. gusar hatinya kerana Rafael tiada tanda tanda untuk ingat semuanya. terdengar pintu bilik air di buka pasti Rafael membersihkan diri. Dara mengosongkan fikirannya cuba bertenang dan mata suda mulai layu.sekejap saja dia suda lena di buat mimpi.

***********

RAFAEL ANAQIWhere stories live. Discover now