Bab 5

373 19 2
                                    

Dalam perjalanan balik ke kedai . Rayyan tidak berhenti tersenyum seperti kerang busuk kerana rencana mendapatkan nombor buah hati telah berjaya

Rayyan yang tidak sabar untuk memberi tahu sahabatnya , dengan cepat memberhentikan kereta nya di tepi jalan supaya dia tidak accident kerana bermain telefon nanti

Rayyan menekan nama yang paling atas iaitu "aryan pendek"

"Hello" kata lelaki di seberang telefon dengan suara khas baru bangun dari tidur yang nyenyak

"Assalamualaikum , wei ni aku rayyan "

"Waalaikumussalam , kau nak apa telefon aku awal awal buta ni b*d** " carut Aryan

"Aku ada cerita yang baik ni ... Kita jumpa dekat cafe biasa , jangan lambat . Aku tunggu kat sana nanti" kata rayyan dengan muka tidak bersalah

"Eh itik , kau boleh je messages aku ... Kau tahu tak kau dah kacau tidur nyenyak aku ni "

"Maaf lah bro ... Jumpa kat tempat biasa ... Jangan lambat dan jangan tido balik "

Rayyan menutup panggil sebelum dia kena bebel dengan temannya itu kerana mengacau tidur nyenyak lelaki itu

Flashback

Selepas menghantar mara pulang dan dirinya juga sudah sampai di rumah . Rayyan dengan tiada belas kasihan menelefon sahabat pada malam malam buta yang membuat dirinya di marahi

"Assalamualaikum Aryan "

"Waalaikumussalam itik ... Kau nak apa telefon aku malam malam ni gila ... Nasib bini aku tak terbangun dari tidur sebab mendengar bunyi telefon aku " marah Aryan

"Sorry lah tapi aku nak minta tolong kau sekarang juga "

"Kau nak minta tolong apa , kau ni selalunya menghilangkan diri kalau orang cari kalau orang tak cari kau , kau ada pulak ... Kau nak aku tolong apa ni cepat sikit sebelum isteri aku terbangun dari tidur sebab dengar aku marah kau "

"Sabar bro ... Aku nak kau ajar aku cara cara dapatkan hati seorang perempuan ni " kata rayyan

Aryan di seberang telefon menjerit membuat sang isteri terbangun dari tidur

"Maaf abang buat sayang terbangun dari tidur , sayang tidur balik ye ... Abang tengah telefon dengan rayyan ni ... Nanti dah siap abang tidur ye "

Rayyan yang mendengar membuat muka menyampah

"Tolong hormat orang single ni , sebelum aku sepak sepak kau "

"Eh di sebab kan kau bini aku terjaga ... Kau ni sejak bila pandai mengorat perempuan ni ? Sapa ajar"

"Adalah, cepat lah bagi tahu aku cara cara ambil hati dia dan nombor telefon dia sekali " kata rayyan

"Kau cuba cerita dulu macam mana kau boleh kenal dia ... Tak kan lah kau tengok dia sekejap dah jatuh cinta ... Ni mesti kau ada tolong dia ke , kau ada terlanggar dia ke , cuba kau cerita bagi aku faham dulu " kata Aryan di seberang telefon

"Cerita dia macam ni .. tadi aku tolong ibu aku kat kedai bunga . Lepas tu aku terdengar seorang perempuan ni mintak tolong kat aku .... Aku tanya lah dia kenapa... Lepas tu dia kata yang dia kena keja dengan dua orang lelaki ni ... Lepas tu aku tengok dua lelaki tu bawahan aku ... Aku apa lagi tolong lah perempuan tu ... Aku pun dengan muka bengang aku berhenti kan diorang dari kerja ... Yang lagi aku bengang tu diorang kata perempuan tu adik dia .... Nasib perempuan tu kata dia anak tunggal... Kalau tak aku dah bagi perempuan tu "

"Lepas tu apa , aku nak tahu juga " kata Aryan

"Lepas semua dah selesai ... Perempuan tu nak balik ... Tapi aku halang , dengan hati terbuka aku hantar dia pulang ... Sampai lah depan rumah perempuan tu aku hantar ... Kau nak tahu tak ?"

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Where stories live. Discover now