bab 6

326 13 0
                                    

Di sisi lain , mara tersenyum sambil membelai bunga yang sudah kemas berada di dalam pasu yang berbentuk bulat berwarna putih yang bercorak kartun .

"Dah dapat bunga dengan nombor, lepas ni dapat apa pulak ye . Harap harap dapat hati encik bunga kita lah ye . Mesti seronok kan , dah lah hensem , badan tegap macam oppa oppa Korea hehehe"

Mara masih dengan dunianya sendiri sampai tidak mengetahui yang sahabatnya masuk ke dalam biliknya

"Amboi , encik buah hati bagi bunga ke ?" Tanya mira

Mara yang mendengar menjeling Mira yang berada di hadapannya

"Dia nak bagi aku , tunggu awek dia tu mati tak tentu lagi aku dapat bunga ni . Dia ingat selama dia dekat Itali dia boleh lari dari aku , oh tidak lah . Mata mata aku banyak dekat sana , bukan setakat dia je ada mata mata kan sini , aku pun ada lah " bebel mara

"Habis sapa pulak bagi ni , nak cakap kau beli sendiri, dunia dah kiamat pun tak beli beli tu bunga . KEDEKUT "

Mira menekankan sedikit ayat akhirnya membuat mara tergelak besar sampai memukul meja membuat pasu bunga lagi sikit maju terjatuh ke lantai

"Kau ni gelak tak ingat dunia , ni bunga baru dapat nasib tak jatuh . Kalau aku tak halang memang menangis tak berlagu kau kat depan aku ni " marah Mira

"Maaflah , tak boleh kawal gelak pulak "

Mira menjeling mara . Mara hanya tersenyum

"Ni sapa bagi kau bunga , aku tanya dari tadi kau tak jawab pun lagi " tanya mira

"Panjang cerita nya " kata mara sambil membuat kedua tangan ke atas

"Cerita je lah "

"Cerita dia macam ni . Semalam waktu perjalanan nak balik , kereta aku tiba-tiba je mati dekat tengah jalan . Aku yang tak tahu nak buat apa apa ni , aku pun dengan perasaan yang berani keluar dari kereta dan membiarkan kereta tu kat situ ..."

Mara tidak habis lagi bercakap sudah di potong oleh Mira

"Habis kereta kau tu tak kena ambil orang ke ?" Tanya mira . Mara menjeling Mira yang membuat muka tidak bersalah itu

"Aku tak ada lah biul sangat nak tinggalkan kereta macam tu je , aku ambil kunci dengan barang keperluan saja lah "

"Oh ok sambung balik ye intan payung "

"Masa aku berjalan tu ada dua orang lelaki ni berhenti kan aku , aku apa lagi lari lah sampai aku ada nampak sebuah tokoh bunga masih terbuka . Aku dengan kekuatan larian aku , aku lari laju laju . Sampai tokoh bunga tu , aku sorok kat kedai dia . Yang paling aku terkejut dua lelaki tu anak buah dia yang kerja dengan dia . Aku tak tahu lah lelaki tu buat apa , tiba-tiba je buang dia dari kerja dan sekarang ni aku dah jatuh cinta dengan dia sebab dia hantar aku sampai balik rumah . Sweet kan dia " kata mara

"Serius lah , kau baru je kenal dah jatuh cinta? Nama dia apa ? Tinggal kan mana ? Kerja apa ? Baik tak orang nya ? " tanya mira dengan perbagai pertanyaan membuat mara tidak tahu mahu menjawab yang mana dahulu

"Ye sabar Mira , aku akan jawab satu satu ye . Nama aku tak tahu tapi aku panggil dia encik bunga . Tempat tinggal pun aku tak tahu yang aku tahu dia orang taman aku juga . Pekerjaan dia , dia bukak tokoh bunga Kut sebab kat tokoh tu memang dia sorang je " kata mara

"Kau betul lah mara , kau tak tahu nama dia . Ma-macam mana kau boleh suka dia mara . Astaghfirullah mara . Nak marah tapi kena sabar "

Mira pengusap mukanya sambil beristighfar banyak kali

"Tapi aku macam kenal lah muka dia " kata mara sambil mengingati siapa kah sebenarnya encik bunga itu

"Sapa ?" Tanya Mira penasaran

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Where stories live. Discover now