bab 8

366 12 0
                                    

Pagi hari yang indah tetapi tidak dengan pagi indah untuk refaldo . Dia dari semalam tidak boleh tidur kerana adik kembarnya secara tiba-tiba tidur di rumahnya . Alasan yang dia bagi ialah esok kita tak akan terlambat kalau aku tidur sini.

Tepi itu tidak membuat refaldo marah yang membuat refaldo marah di sebabkan adik kembarnya tidur bersama nya dengan dengkuran kuat oleh adiknya membuat dia tidak boleh tidur dengan nyenyak semalam

Sedangkan dia sudah menyuruh pembantunya untuk menyiapkan bilik untuk adiknya tidur, tetapi adiknya tak nak kerana mengatakan bahawa bilik itu ada hantu .

"Riyan rafka bangun sebelum aku campak kau dalam sungai atau kandang cora"

Refaldo mengejut adiknya yang masih tak nak bangun. Refaldo yang tidak tahu mahu buat apa dengan adiknya terus menghempas bantal ke muka Gavin . Gavin yang merasa tidur nya di ganggu terus bangun dengan muka cemberut.

"Apa kau ni , aku nak tidur lah " marah Gavin

"Tidur lah , aku tinggalkan kau kat sini tak payah ikut aku balik rumah ibu "

Refaldo bangun dari katil dan berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum berangkat pulang kerumah ibu tercinta

Gavin yang merasa abangnya sudah pergi kembali tidur sambil memeluk bantal busuk yang bergambar beruang

Lima minit refaldo mandi akhirnya dia keluar dari bilik mandi sambil membawa baldi yang berisi air sejuk.

"Kau tak nak bangun kan , ni akibat nya "

Refaldo terus menuang air itu ke muka Gavin membuat Gavin bangun seperti orang kena sampuk .

"Wei atap rumah Ryan bucur "

Gavin berlari keluar bilik untuk mencari abangnya sambil membawa bantal busuknya. Refaldo menggeleng melihat tingkah adik kembarnya itu .

"Nasib kau lah , sapa suruh tak nak bangun kan . Malu tujuh keturunan lah kau " kata refaldo

Di ruang tamu max yang sedang membaca buku manakala Walter yang sedang menyiapkan pekerjaan nya di dalam laptop terperanjat mendengar suara jeritan Gavin dari tingkat atas yang mengatakan atap rumah tuan refaldo bocor.

"Wei atap rumah bocor , cepat keluar kalau tak nak basah "

Gavin tergesa-gesa turun dari tangga membuat dua orang terkuatnya pelik memandang nya

"Tuan , tuan kenapa boleh basah lencun ni ?'tanya Walter

"Atap rumah si refaldo bocor" kata Gavin

Max yang mendengar tergelak besar kerana merasa tuan dari sahabatnya itu sedang membuat lawak hamba

"Kau kenapa gelak b*d** " marah Gavin

"Ya Allah tuan , tuan mimpi je lah . Sekarang panas tak hujan pun kat luar tu "

Walter menggeleng kepala melihat tuannya itu. Gavin melihat keluar yang dimana ada matahari yang sudah terpacak dan tiada hujan di sana

"Aku suruh bangun kau tak nak , ni padahnya " kata refaldo

Mereka bertiga melihat refaldo yang sedang turun dari tingkat atas menggunakan tangga . Max menunduk sedikit badannya untuk memberi hormat kepada tuannya itu

"Kau ni , bagi lah aku tidur lebih lama "

"Kalau kau nak tidur sila kan , aku dah nak gerak ni " kata refaldo. Gavin yang mendengar terus berlari masuk dalam bilik untuk bersiap , kalau kena tinggal memang habis lah dia mati Kebulu kerana pembantu sudah di suruh balik kerumah keluarga masing-masing

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Where stories live. Discover now