Bab Dua Puluh Dua 🦋

2.5K 96 4
                                    

Liona mendengus kasar. Dia duduk menyilangkan kaki dan tatapan nya yang terkesan sombong. Len dan Liofa yang sudah selesai dengan klien nya duduk di sofa dengan pandangan sinis ke Liona.

"You dua ni suka i ke? Merenung i dari tadi."

Seolah lupa yang dibuat nya, Liona berkata dengan polosnya. Rasa nak gelak saja Liofa dibuat nya. Bergurau ke dia ni?

"Tch, siapa yang nak sukakan perempuan macam kau? Perasan lebih." Ujar Liofa dengan nada mengejek nya.

"Kak!"

Tahu pun marah. Senang hati Liofa mendengar nada marah di percakapan Liona.

"Liona, abang tak nak marah tapi abang nak nasihatkan kau."

"Kau nasihatkan lah dia. Dia nye masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hari ni patuh esok buat lagi. Kenal sangat perangai manja budak ni." Liofa berujar tanpa memandang Len. Dia masih menatap Liona dengan pandangan tak puas hati.

"Akak Ofa, kau pun satu. Mana tak gerun situasi kalau dua-dua baran?"

Akhirnya Liofa mengalihkan pandangan. Dia menjeling Len dan bermain dengan telefon bimbit nya. Tak ingin dia bertikam lidah dengan Len kat situ.

"Liona, tolong sedar diri. Kau tu sekadar kawan masa kecil bagi Ryu. Tak special pun. Terima hakikat."

"Apa punya nasihat, baik kau maki je. Mana tak naik baran budak ni kalau kau sindir dia macam tu." Kata Liofa dengan nada mengejek.

Sumpah, tak moden langsung nasihat Len ni. Nampak sangat lelaki ni sindir si Liona. Len pula sudah menjeling Liofa. Menegur pula akak dia ni.

"Ryu tu ada isteri. Dan, isteri dia berniqab. Nak banding dengan kau, wah macam langit dengan bumi perbedaan nya."

"Apa beza kau dengan aku, kak? Tegur aurat aku pun tak. Nak acah suci kat sini?" Liona berkata sinis. Dia nak tengok apa yang akak nya ni boleh balas.

"At least , aku masih solat dan difasa mencuba menutup aurat. Lah kau? masih minum arak dan jual badan kau tu ke merata tempat. Aku selamatkan kau dan nasihatkan kau tapi kau? tak peduli langsung. Tak payah lah nak cuba jadi pedas bila bercakap dengan aku. Kau tetap kalah, Liona."

Terdiam terus Liona dibuatnya. Apa yang dicakap benar belaka. Tak boleh membantah, cepat Liona berusaha menyusun ayat untuk membalas balik.

"Aku bagitahu lah. Isteri dia cantik gila. Mata indah macam permata. Sempurna. Ryu nampak sangat sayang dengan isteri dia, move on jelah. Cari lelaki lain." Sambung Liofa apabila Liona tak berujar lagi. Dia kini bercakap dengan nada lembut. Siapa tahu Liona dengar cakap.

Len memerhati mimik muka Liona yang datar. Gadis itu terdiam. Dia menunduk dan tangannya menjadi penumbuk.

Tiba-tiba gadis itu berdiri. Dia memandang abang dan kakak nya dengan pandangan yang tidak dimengerti.

"Aku akan cuba. Aku akan dapatkan Ryu. Tak kira mana! Jadi murahan pun aku sanggup!" Kata nya dengan lantang lalu melangkah pergi ke tangga.

Dia naik dan langsung berlari ke bilik tidur nya. Liofa dan Len pula diam di sofa. Dah agak dah jawaban adik bongsu mereka ni.

...

AEDINA menyilang kaki nya lalu menghela nafas. Dia menyambar air kopi yang dipesan nya tadi lalu menghirup nya.

Dia melirik jam di tangan lalu menghela nafas lagi. Aedina memandang sekitar. Kemana lah orang yang ajak dia berjumpa ni.

Kringg.

Suara telefon bimbit nya berbunyi bingkas dia mengangkat. Dia menunggu sahutan dari seberang.

"Sayangg, hari ini kita tak boleh jumpa lah. I ada hal. Nanti i transfer duit untuk you belanja kat mall. Boleh, sayang?"

"Ish, you ni. Okeylah. Transfer tu banyak sikit!"

"Iye, sayang."

Selepas itu panggilan terputus. Aedina menghempas telefon bimbit nya ke dalam handbag dan melangkah pergi. Merasa geram dengan boyfriend nya yang membatalkan date mereka.

Disaat dia berjalan sambil melihat keliling, tak sengaja dia melanggar seseorang hingga kedua-dua nya jatuh serentak.

BRUK!

"Aww.." Rintih nya perlahan sembari mengusap punggung nya. Dia melirik seorang lelaki yang juga jatuh.

"Awak tak--"

Terkedu Aedina apabila melihat wajah lelaki itu. Dia yang sudah berdiri lantas mundur dua langkah apabila lelaki itu memandang nya dengan riak kebingungan.

"Jalan tengok depan. Bukan handphone."

Lagi terkejut Aedina apabila lelaki itu berujar. Dia cepat ingin melangkah pergi namun lelaki itu sudah pergi terlebih dahulu ke hadapan nya dan berlari kecil ke seorang perempuan lain yang berniqab.

Dia melihat lelaki itu memeluk dengan erat perempuan tersebut bahkan mencium kening.

"Anak puan Hazlin, kan? asal.. makin handsome?" Gumam nya memerhati pasangan yang terkesan romantis.

"Isteri dia ke? dah ada orang lain  lepas aku lari? Cepatnya."

Dia mengambil langkah besar ke pasangan itu berniat menegur. Mana tahu Ryu ingat dia lagi.

"Dia pernah terpesona pandang aku. Kali ni mesti sama,kan?"

Dia membetulkan shawl nya dan menepuk bahu wanita berniqab itu dan tersenyum apabila pasangan itu memandang nya dengan mimik kebingungan.

"Hi, awak isteri Ryu ke?" Tak berbasa-basi, Aedina langsung bertanya.

"Emh, ya. Awak kawan--"

Tergamam Adeena melihat wajah gadis yang menegurnya. Dia tak dapat meneruskan perkataan nya dan diam merenung wajah Aedina.

"Taklah kawan. Tapi kenalan macam itu."

Adeena mengalihkan pandangan nya tak ingin memandang lama. Dia mengangguk sebagai jawaban.

"Kenapa?" Peka akan riak muka Adeena, Ryu membawa badan wanita itu ke belakang nya dan bertanya.

Dia kenal siapa wanita didepan nya. Dia, wanita yang lari di hari pernikahan. Dia juga yang membuat Ryu berjumpa dengan cinta hati nya, Adeena.

"Tak ingat ke? ni sayalah, Aedina. Yang dijodohkan--"

"Diam. Jangan cakap hal tu depan isteri aku. Aku taknak ingat dan takkan ingat orang yang lari dari hari nikah. Jom, dear wife." Celah Ryu dan segera dia menarik tangan Adeena agar menjauh dari Aedina.

Dia tahu akan hubungan Adeena dan Aedina sebagai akak dan adik kembar. Tentu, Adeena tergaman memandang adik kembar nya yang sudah lama tak berjumpa.

"Tunggu! Aku ada alasan."

"Apapun alasan kau, tak berguna lagi. Kau bahagia aku bahagia. Aku tak lupa, terima kasih sebab lari." Ryu mencelah lagi dan kini dia betul-betul pergi dari pandangan Aedina bersama Adeena.

Aedina mendengus apabila Ryu mengelak nya bahkan berusaha melindungi isteri nya. Rasa tak rela ada di hatinya. Kenapa baru sekarang dia rasa menyesal?

Adeena kebingungan namun tak bersuara. Dia membiarkan saja Ryu menarik nya dan menunggu Ryu mengatur nafas.

"Kenapa ni, abang?"

"Muak tengok dia."

"Adik saya tu."

"I know, dear wife. Don't think about it again." Kata Ryu dengan nada serius.

Adeena mengangguk patuh saja. Tak berani dia nak bantah lagi. Nyawa ada satu jo.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now