BAB 1:

1.1K 38 1
                                    

MATA Aleena tak berkelip memandang sosok tubuh yang melangkah masuk ke kantin yang mula padat dengan pelajar tingkatan tiga dan empat.

Handsomenya!

"Hoi tahu lah nampak crush. Tapi nasi lemak tu makanlah." Enrin menyiku lengan Aleena. Menyedarkan rakannya yang bagai disumpah menjadi patung cendana apabila melihat jejaka idamannya itu.

"Ish kau ni. Diamlah!" Aleena kembali menyiku Enrin tanpa memandang gadis itu. Mata bagai dipaku pada jejaka yang memakai kemeja berwarna biru gelap.

Nak tengok crush pun tak senang. Huh.

"Kau ni pelik betul lah Leen. Lelaki yang nak kat kau semua kau reject. Hedryn yang tak nak kat kau kemain kau kejar," komen Enrin selamba sambil menyuap makanan yang dibelinya sebentar tadi.

"Kau tahu mana yang dia tak nak aku?" Aleena menjeling Enrin yang duduk di sebelahnya. Sedap mulut aje kata Hedryn tak nak dia.

Belum cuba belum tahu. Kan?

"Hmmm dia kenal kau pun tak."

"Apa-apa jelah." Aleena sambung menyuap nasi lemak yang dibelinya tadi ke dalam mulut.

Hmm nasi lemak makcik kantin sedap!

"Aku rasa aku nak confess kat dia lah." Spontan kata-kata itu meniti di bibir delima milik Aleena setelah nasi lemak tadi ditelan melepasi kerongkong.

Uhuk!

"Hoi kau dah kenapa?" Aleena menepuk-nepuk belakang Enrin yang tercekik bagai nak mati. Segelas air milo yang dibeli oleh mereka tadi dihulur kepada Enrin.

"Uhuk... Kau seriuslah, Leen?" Enrin menepuk dadanya beberapa kali. Huluran air daripada Aleena disambut sebelum air coklat itu diteguk rakus.

Pedih weh!

"Haah." Aleena mengangguk sebelum menyuapkan lagi nasi lemak ayam ke dalam mulutnya.

Mata tertumpu kembali pada seorang pelajar lelaki tingkatan enam atas yang membeli air di kantin.

Ya Allah kacaknya bakal suami Aleena!

Eh? Tergatal pula.

"El..." Suara yang memanggil Aleena mengalihkan perhatian gadis itu.

Ah! Dia ini lagi! Lelaki ini seorang sahaja sering memanggil Aleena dengan panggilan 'El'.

"Eh Hafeez..." Aleena mengukir senyuman nipis apabila matanya mendongak memandang pelajar lelaki berbaju biru itu.

Terpaksa layan pelajar tingkatan lima yang tak habis-habis nak mengurat dia.

"Nah." Hafeez yang berdiri di sebelah Aleena menghulurkan sekotak air laici yang dibelinya di koperasi tadi kepada Aleena.

Aleena cepat-cepat menyambutnya dengan wajah terpaksa. Bibir masih mengukir senyuman nipis.

Dia nak tengok Hedryn bukan Hafeez!

"Oh terima kasih. Susahkan awak aje. Ini dua ringgit kan?"Terus Aleena capai dompet miliknya yang disimpan di dalam poket baju kurung biru pengawasnya.

Dua keping not rm1 dihulurkan kepada Hafeez.

Cepat lah pergi, dia nak tengok crush!

"Tak perlu. Saya bagi kat awak, bukan jual." Hafeez menolak duit yang dihulur oleh Aleena dengan lembut. Senyuman manis tak lekang daripada bibirnya.

PAST LOVEWhere stories live. Discover now