BAB 5:

455 21 0
                                    

BEG disandang pada bahu sebelum mereka berdiri dan melangkah meninggalkan kafe yang terletak di tingkat satu mall.

"Kau nak pergi kedai buku?" tanya Enrin setelah menekan punat lif untuk ke tingkat atas. Tahu sangat betapa Aleena ingin ke kedai itu.

"Nak! Ada novel baru dari author yang aku minat," jawab Aleena teruja. Mereka berdua berdiri di depan pintu lif sambil berborak-borak pelbagai hal.

"Kau ni asyik novel aje. Boring lah." Enrin tayang muka toya. Kaki melangkah masuk ke dalam kotak lif apabila pintu lif terbuka.

"Tak boring lah! Kat situ kau boleh jumpa lelaki idaman." Aleena turut melangkah masuk ke dalam kotak lif sebelum matanya membulat memandang jejaka yang berdiri di dalam kotak lif.

Hedryn.

Lebih tepatnya, sedang memandang Aleena sambil bersandar pada dinding lif. Tangannya disilang pada dada.

"Lelaki idaman?" Hedryn jongket sebelah kening. Mata tak lepas memandang Aleena yang anggun memakai shawl berwarna merah jambu.

Aleena kemam bibir. Dia dengar pulak dah!

Laju, tangan Aleena menarik lengan Enrin keluar dari kotak lif. Jeritan Enrin yang terkejut atas tindakan Aleena tidak dihiraukan.

Yang penting, Aleena tak nak seruang dengan Hedryn.

"Kau kenapa?!" Enrin merungkaikan lengannya yang dicengkam oleh Aleena apabila mereka menjauhi kotak lif. Bulat matanya memandang Aleena yang tampak selamba.

"Aku malas lah nak jumpa dia tu. Kita naik eskalator jelah."

Sekali lagi, Enrin menjadi mangsa heretan Aleena. Rela tak rela, kakinya mengikut juga langkah sahabatnya itu.

"Haih kenapa lah mesti jumpa kat sini... Dia tak ada mall lain ke nak pergi?" Aleena mengeluh sekali apabila mereka sudah melangkah naik ke atas eskalator yang bergerak.

"Lah... Biarlah dia."

Aleena memutarkan bebola matanya ke atas. Ada juga yang kena cepuk dengan dia nanti.

"Hish kau ni. Benci kau." Kaki melangkah melepasi eskalator apabila tiba di tingkat dua.

"Jangan benci benci eh. Nanti aku mati, padan muka kau. Rindu separuh mati nanti," ucap Enrin diiringi tawanya sendiri.

"Tak lawak lah. Mati mati ni jangan disebut." Eskalator yang akan membawa mereka ke tingkat tiga, dituju.

Enrin masih bersama tawanya. Entah apa yang lucu, Aleena pun tak tahu.

Tiba sahaja mereka di tingkat tiga, Aleena sekali lagi mengheret Enrin yang tampak redha dengan perbuatannya.

"Hoi sabar! Tak lari mana pun Popular tu!" jerit Enrin apabila Aleena menariknya dengan lebih laju.

"Nanti habis novel tu!"

Sampai sahaja di depan Popular, Aleena tak fikir panjang. Terus sahaja dia masuk ke dalam kedai buku itu dan meluru ke arah rak novel.

Enrin yang mengikut, melepaskan satu keluhan. Entah apa yang syok sangat baca novel tu.

"Weh mana ni... Tak kan dah habis?" Aleena bermonolog sendiri. Iris matanya meliar ke seluruh bahagian novel Melayu itu. Mencari novel yang diingini.

"Kau nak novel apa?" tanya Enrin. Kalau dia tolong, cepat sikit mereka boleh keluar dari kedai ni. Dia dah tak sabar nak borong make up di Watson.

PAST LOVEWhere stories live. Discover now