BAB 3:

482 29 0
                                    

DAHINYA dipicit berkali-kali. Tertekan mengajar si adik. Kecil besar kecil besar aje dia pandang adiknya yang seorang ini.

"Haffan Meelzad! Tak kan tak ingat lagi?!"

Hedryn meraup wajah dan rambutnya berkali-kali. Kesabarannya kian menipis. Wajah si adik direnung tajam.

"Hmmm tak," balas Haffan selamba bersama gelengan. Pura-pura tak nampak Hedryn yang dah pandang dia macam nak ditelannya.

"Ya Allah! Ini mudah je, Apan. Nanti tingkatan empat macam mana nak survive dengan science stream?"

"Apan nak masuk sport science macam abang Ed, lah."

"Jangan, Apan. Abang ambil STPM aliran ni pun mama papa mengamuk. Apan jangan kecewakan mama papa macam abang, Pan." Hedryn menggosok kepala adiknya dengan kasar.

Memang dia kecewakan mama papa apabila dia menyatakan minatnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains sukan walhal mama dan papa menyuruhnya untuk mengambil bidang pengurusan perniagaan.

Masih dia ingat riak kecewa yang terukir jelas pada wajah mama dan papa.

Tapi dia... tetap dengan pendiriannya.

"Apan kena banggakan mama papa, Pan. Jadi sekarang, ulang balik kereaktifan logam bermula dari atas."

Haffan mengangguk sebelum dia menyebut satu persatu. Pada yang salah, Hedryn betulkan.

"Apan nak jadi macam Aleena, lah. Dia bijak sangatlah, bang. Sains, Sejarah, Matematik dan beberapa subjek lain dia dapat markah 100%. Tak tahulah dia pakai otak apa. Dah lah cantik," cerita Haffan sambil mencebik apabila mengingatkan Aleena yang merupakan rakan sekelasnya yang begitu bijak pandai.

"Usaha, Pan. Usaha, usaha dan selebihnya berserah pada Allah."

Haffan mengangguk laju. Dia pun nak jadi macam abangnya yang sangat bijak.

Aleena yang berada di sebalik dinding di hujung bangunan tersenyum sehingga lesung pipit di pipi kanannya terbentuk apabila melihat dua beradik yang duduk di meja yang berada tepat di bawah pohon.

"Haritu cakap dah tak suka... Ini apa?" Enrin mencuit bahu Aleena sebelum dia bercekak pinggang.

Atas bawah atas bawah dia pandang Aleena yang dah macam pencuri menyorok belakang dinding.

"Aku ternampak aje lah..." nafi Aleena. Walhal dia dah berdiri di situ hampir lima minit setelah perjumpaan pengawas SM Cahaya Bestari tamat.

"Ya ya je kau ni." Enrin memandang Aleena bersama pandangan meminta kebenaran.

Aleena tersengih seperti kerang busuk. Aduh...

"50/50 lah. Ingat mudah ke nak move on?"

"Suka hati engkau lah!" Enrin tayang muka menyampah. Sempat dia tampar lengan Aleena sekali.

Aleena mengaduh. Penangan tamparan Enrin tak boleh dibawa main. Halaju dia tu memang padu.

"Aleena, Enrin?"

Serentak Aleena dan Enrin berpaling. Mata mereka disapa oleh susuk tubuh pengetua.

"Pengetua? Assalamualaikum, pengetua." Aleena dan Enrin membongkok sedikit sembari memberi salam kepada pengetua sekolah.

"Waalaikumsalam. Ini kenapa belum balik?" Encik Zuhairi menjawab salam bersama satu senyuman buat dua anak muridnya.

Murid-murid kebanggaan sekolah.

"Baru habis mesyuarat pengawas, pengetua," jawab Aleena apabila Enrin hanya diam terkulat-kulat di sebelahnya.

PAST LOVEWhere stories live. Discover now