BAB 9:

343 15 1
                                    

SEKARANG, Aleena benar-benar rasa nak sorok muka. Menggerutu rasa geram apabila ada yang berbisik-bisik sesama sendiri sambil memandang ke arahya.

"Masuklah! Kira baik dah aku jemput ni." Wajah poyo ditayang selepas cermin kereta diturunkan. Kaca mata hitam pula tersangkut elok di atas hidung mancungnya.

Mata yang tadinya meliar ke sekeliling, jatuh pada lelaki yang berada di bahagian kerusi pemandu. Bibir diketap erat. Tangan turut digenggam cuba memupuk kesabaran. Setelah tujuh tahun, makin kerek perangai mamat ni!

"Saya mana pandai nak buka!" Aleena ketap gigi bersama mata yang tajam menikam seraut wajah tampan Hedryn.

Manalah Aleena tahu macam mana nak buka pintu kereta mewah ni. Dia mana pernah naik.

Hedryn yang duduk di kerusi bahagian pemandu melepaskan tawa kecil sebelum keluar daripada perut kereta.

"Banyak songeh la kau ni." Pintu belah penumpang dibuka. Mata memberi isyarat kepada Aleena untuk masuk.

Bulat mata Aleena mendengar kata-kata Hedryn. Eh mamat ni! Padahal dia yang selamba ajak orang keluar.

"Hah dipersilakan puan besar. Ke nak suruh aku dukung kau masuk sekali?" Sinis ayat itu meniti pada bibir Hedryn. Mengundang jelingan tajam daripada Aleena yang sedari tadi cuba bersabar.

"Masuk lah. Alamak aih..." Sebelah tangan diseluk masuk ke dalam kocek manakala sebelah lagi diletakkan di bahagian kereta. Menjaga dahi Aleena daripada terhantuk.

Malas nak bertekak, Aleena masuk ke dalam perut kereta sebelum pintu kereta ditutup oleh Hedryn dengan penuh berhati-hati. Nak hempas, sayang kereta.

Kereta mula bergerak keluar dari fakulti itu. Sempat Aleena menangkap mata-mata pelajar yang masih memandang ke arahnya.

Sah, pasti topik Aleena menjadi gosip hangat mingguan di group universiti.

"Apa yang kau muncung sangat tu? Dah macam itik dah aku tengok kau ni..." Hedryn menegur Aleena sambil memandu menuju keluar dari pagar universiti. Wajah Aleena dikerling melalui ekor mata.

Aleena diam. Memang dia nak memberontak sekarang ni. Mana tidaknya, baru dia nak hidupkan enjin motosikal, ada pelajar yang datang mencarinya dan memberitahu ada seseorang yang menunggunya di tepi laluan pejalan kaki.

Tak perlu tanya betapa terkejutnya Aleena apabila Hedryn muncul bersama Ferrari F8 berwarna merah yang diparkir di tepi laluan. Selamba macam universiti tu bapa dia yang pegang.

"Macam mana awak tahu blok saya kat situ?" Aleena kerut dahi. Di universiti itu banyak blok. Dan tempat dia terlanggar Hedryn tempoh hari pun lumayan jauh dengan bloknya.

"Aku agak je. Aku tanya student sana," bohong Hedryn bersama riak yang tidak terbaca.

Aleena pula menyimpan senyum sinis. Dia bukannya slow sangat nak tangkap semua ini. Otak seorang Elraena Aleena cekap menangkap sesuatu.

Mestilah Hedryn menyuruh seseorang untuk mencari semua maklumat tentang dirinya. Aleena tahu benar siapa Hedryn memandangkan dia pernah satu sekolah dengan lelaki itu.

Ting!

Telefon bimbit dicapai. Notifikasi Whatsapp dari Medysha di group 'Beautiful Disaster' dibuka.

PAST LOVEOnde histórias criam vida. Descubra agora