BAB 10:

532 26 2
                                    

HARI ini, hari ke lapan Aleena keluar makan tengah hari bersama Hedryn. Soal pertengkarannya dengan Daniel gara-gara semua ini membuatkan fikiran Aleena semakin serabut.

"Hi. Long time no see, huh?" Hedryn memandang seraut wajah yang tampak berserabut dan tidak seperti biasa. Biasanya hanya masam mencuka namun kali ini pakej kacau.

Aleena diam. Langsung tidak membalas sapaan Hedryn di sebelahnya. Sekadar tangan yang bergerak memasang tali pinggang.

"Pahal kau ni? Gaduh dengan kekasih ke?" Signal dipasang sebelum kereta mula bergerak menuju keluar dari kawasan universiti. Ekor matanya bergerak mengintai Aleena yang duduk di kerusi penumpang.

Hedryn tersenyum senget. Sah, memang Aleena bergaduh dengan sang kekasih. Mustahil jikalau tidak.

"Memang tak ada mulut ke nak menjawab?" bidas Hedryn. Sebenarnya hari ini baru mereka keluar memandangkan semalam Hedryn terpaksa membatalkan makan tengah hari mereka berdua kerana sibuk mengurus syarikat bersama ibundanya.

"Seronok dapat hancurkan hubungan saya dengan Daniel? Seronok? Apa yang awak nak sebenarnya?" Aleena akhirnya membuka mulut bersama ayat yang jelas dituju pada Hedryn. Sedari tadi Aleena mencuba untuk tidak menghambur amarahnya. Namun kesabarannya kian terhakis apabila Hedryn seolah-olah mengasaknya.

"You're much smarter than I thought." Pedal minyak ditekan lebih kuat membuatkan kelajuan kereta turut bertambah.

Aleena terlalu cekap menangkap bahawa ada sesuatu yang Hedryn inginkan dan itu membuatkan Hedryn benci.

Cuma sesuatu itu, Hedryn akan simpan kemas. Setidaknya bukan sekarang. Mungkin nanti.

"I am. So just tell me! Apa yang awak nak?!" Naik seoktaf suara Aleena. Amarahnya kian mencanak. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi.

Pelbagai kejadian menimpanya dalam satu masa membuatkan Aleena tersepit dan serabut. Kalaulah dia tidak terlanggar Hedryn tempoh hari dan komputer ribanya tidak rosak, pasti semua ini tidak akan terjadi!

"Daniel bagitahu abang yang adik keluar dengan lelaki lain. Kau orang tu dah nak bertunang tahu? Kenapa adik buat perangai? Abang kecewa."

"Kau suka dapat keluar dengan lelaki lain? Kau bangga dapat lelaki yang jauh lebih kaya dari aku? Kau bangga dapat curang dengan aku?!"

"Kau tahu tak student yang nama Aleena tu? Hari-hari ada lelaki kaya datang jemput dia time lunch hour!"

Suara abang, kekasih dan pelajar lain itu kekal mengganggu Aleena.

"I won't tell you now or forever."

Setitik air mata Aleena jatuh. Entah apa yang Hedryn inginkan daripadanya juga dia tidak tahu. Entah apa salahnya dengan Hedryn sehingga lelaki ini menjeratnya ke dalam permainan ini.

"Awak jahat. Awak jahat, Hedryn." Makin deras air mata itu membasahi pipi Aleena.

"I am and I'm sorry for that," bisik Hedryn di dalam hati. Bibir dikemam rapat. Kelajuan kereta pula semakin ditambah. Dia tidak sanggup untuk melihat air mata Aleena yang semakin laju menuruni pipi.

"Awak jahat..."

Stereng kereta digenggam kemas. Hedryn tahu dia harus bertanggungjawab dan dia akan menggalas tanggungjawab itu.

Dia, penyebab semuanya.

"Aku memang jahat," akui Hedryn.

"Dan aku... Minta maaf. Sebab aku, kau jadi macam ini." Lanjutnya lagi.

PAST LOVEWhere stories live. Discover now