SB 4

414 30 0
                                    

"Chemist. Physics. haih..." fokus Iman mengikut jadual waktu.

"Apa yang kau mengeluh sangat nii Man?" sapa si Aireen yang berada di meja studynya.

"Esok ada physic 3 masa. Mahu mengantuklah aku esok. Homework dia yang haritu pun aku tak siap lagi. Kenapalah Physic tuu wujud. Asallah bukan buah durian yang jatuh atas kepala isaac newton tuu. Kalau tak mesti aku takkan belajar physic" bebel Iman yang menzip begnya lalu diletakkan di tepi katil.

"Kalau Isaac newton tu mati pun kau tetap kena belajar physic. Kau ingat dia sorang je ke yang buat physic" sampuk Eliya yang masuk ke dalam dorm dengan rambut basahnya.

"Terkejut aku nok. Eh asal nampak macam dah sihat?" soal Iman melihatkan Eliya yang bernyanyi riang memilih pakaian tidurnya.

"Lepas kena jaga dengan Diya terus sihat ke. Memang hebat penangan si Diya tu. Takut sampai sihat" Iman cuba sakat Eliya

"Kenapa pulak aku nak takut dengan dia. Tadi aku boleh tidur lama. Tu yang sihat. Takde kena mengena dengan dia langsung" Eliya menekan setiap bait ayat terakhirnya.

"Ha lagi satu, idea siapa yang suruh si Diya tu jaga aku. Makin tengok dia tadi makin rasa nak demam. Nasib baiklah dia tak ajak perang" bebel Eliya.

"Siapa lagi kalau bukan akak Aireen dia. Dia tuu dengar arahan akak Aireen je" perli si Iman kepada Aireen yang ralit membuat homework.

"Takdelah aku saja je minta tolong dia. Dah alang-alang dia ada kat situ" jawab Aireen yang tak lepas pen di tangan.

"Ha Aireen pasal training bola jaring tu kau...

Suara Iman perlahan-lahan tenggelam apabila fokus Eliya lari melihat notepad dan air kotak susu strawberry di atas meja belajarnya.

"Minta maaf. Tak sangka sampai boleh demam. After this, kalau nak apa-apa bagitahulah. Nak bubur acik dm pun saya boleh tolong requestkan. Bye"

~D

Senyuman kecil terukir di bibirnya. Rasa geli hati dengan perangai seorang itu. Kadang perangainya tidak lah teruk mana. Cuma a bit annoying.

~~~

"oii oii kau nii kenapa?" hairan Iman apabila Eliya membawa diri ke belakangnya seolah melarikan diri dari sesuatu.

"Tuu ada Diya" Eliya tunjuk Diya yang sedang bergelak ketawa dengan Sha di kerusi batu di taman bunga sekolah itu.

"Lah kau nak takut asal, bukannya kau buat salah pun hari ni" ujar Iman lagi.

"Eh kau tahu kan kalau aku buat baik pun dia tetap cari kesalahan aku. Macam kau tak kenal dia tu macam mana" terang Eliya. Iman pun hanya mengangguk. Dia pun setuju. Hairan. Kenapa si Diya suka sangat tengok Eliya merana.

Kringg!! Kringg!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah habis. Semestinya dua ketul tuu kena masuk kelas. Tapi tetiba boleh nampak tanduk seytan mula muncul di kepala Iman. Eliya yang disebelah hanya beri pandangan faham.

"Aku rasa cikgu Tipah takde" ujar Iman tersenyum. Eliya menggeleng. Malas melayan si Iman ni. Buat benda jahat no.1. Masalahnya nak buat benda jahat suka ajak dirinya. Dia malas nak ikut hari ni.

"Main game kat tempat biasa" ajak Iman. Eliya memandang Iman lama. Iman ni memang cantik orangnya. Hari-hari akan ada surat cinta yang akan diberi padanya. Kalau tak melalui Eliya dan Aireen. Mesti tetiba akan muncul surat bawah mejanya atau depan bilik. Iman ni more to natural beauty. Kalau sekali tengok memang takkan terfikir dia ada otak-otak nakal.

Beats [gxg]Where stories live. Discover now