SB 1

430 31 1
                                    

Tangannya diangkat menghalang cahaya matahari dari terus cucuk matanya. Panas terik. Makin lama dunia ni hidup, makin teruk panasnya.

"Panassss" jerit rakan setugasnya di sebelah. Dia menjeling tajam Iman yang mengamuk.

"Kau yang kantoikan" ujar Eliya sambil menyapu daun kering di sebalik rumput-rumput.

"Salah kucing tu sebab tetiba ada dekat situ" sambung Iman memberi alasan.

"Kucing tu tak gigit kau pun" jawab Eliya panaskan hati Iman. Dia geram sebab Iman dah tinggalkan dia tadi. Last sekali sama-sama kena denda.

"Kucing tu-

"Daun tu tak ambik" lagi panas hatinya bila sedar gerangan yang menegur. Dah lah dirinya panas dek kena matahari yang terus ke dirinya. Muncul pula manusia yang membuat onar terhadapnya. Yang menjadi punca dan asbab kenapa dia berada di sini sekarang.

Kalau ikutkan hati mahu saja dia baling penyapu lidi ni ke kepala budak tu. Biar tertonjol terus kepalanya.

Biar akal dan fikiran dia waras sikit. Takde setiap masa nak ampu cikgu-cikgu dekat sini dah.

"Agaknya dah habis denda nak bagi. Sapu daun juga nak diberinya" sindir Eliya. Selalunya orangnya jenis tenang dalam apa jua situasi. Tapii kalau dengan gadis di hadapannya ini memang takkan pernah tenang.

"Saya cuma menjalankan tugas saya je. Awak langgar peraturan, saya report. Mudah. As easy as abc" senyum leret terukir di bibir gadis hadapannya.

"Tch, abc" perlinya.

"You can say anything you want but look, siapa yang berdiri bawah bumbung dan siapa yang tengah tersidai dekat tengah panas sekarang nii" gadis itu memeluk dada membangga diri.

Terdiam dia dengan jelingan tajamnya. Gadis itu pun membalas dengan jelingan yang sama.

Terus tangannya hampir menggapai pony gadis itu tetapi ditahan oleh rakan subahatnya.

"Sabar Yaa sabar. Aku tahu masih ada kesabaran dan keimanan dalam hati kau" heh, budak ni sangat tak membantu.

Gadis itu tersenyum sinis lalu bergerak pergii dari mereka.

Dia melepaskan diri dari rakannya.

"Erghh! geramnya aku. Kecik besar kecik besar je aku tengok budak tu. Kalau kau tak tahan aku tadi mahu aku ganti pony dia tuu dengan ekor kuda. Baru dia tahu" rakannya hanya gelakkannya.

"Apa! Kau gelak, aku tanam kau dengan dia tepi sawah tuu nanti" marah di dada masih terasa.

"Eh kau-

"Kamu berdua tu kenapa duk tercegat lagi dekat situ! Sambung kerja sampai habis!" tegur seorang guru yang sepatutnya memantau mereka. Tadi hilang pergi minum air agaknya.

#####

"HAHAHA, yang kau nii dah kenapa. Dah macam terung cair je" ujar Aireen rakan si Eliya dan Iman melihatkan keadaan Eliya yang terlantar di atas katil dengan berwajah merah dan ais di muka. Tak ketinggalan Iman yang menyapu moisturizer pada lengan Eliya.

"Kau salahkan adik kesayangan kau tu. Boleh dia pergi suggest dekat cikgu suruh kitaorang ni kena denda menyapu daun kering dekat padang tengah-tengah hari buta tu. Apa gila ke dia, daun kering pun takde kat situ. Ni mesti sebab ada Eliya, kalau tak denda tak berat macam tu" ujar Iman menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

"Hah? adik aku? siapa?" Aireen duduk bersila di hadapan mereka.

"alah si Diya Aneesa tuu" jawab Iman. Panas jugak hatinya. Sebab dia pun didenda jugak. Tapi lagi kesian dekat kawan dia yang sorang tu. Dah macam seytan terbakar.

"Oh, budak tu ke. Bukan dia baik ke? Asal korang tak suka sangat budak tu"

"Sebab dia minah port. Semua benda dia nak report ke cikgu" sambung Iman lagi.

"Dengkinya korang" ujar Aireen dengan pandangan jijik.

"Eh tolong sikit takde masa nak dengki ke budak tu" ujar Iman dan Eliya tayang wajah menyampah.

"Dahlah aku nak pergi mandi. Dah busuk nii" Iman bangun dari duduknya lalu mencapai tuala mandi dan toiletries nya.

"Korang buat apa sampai kena denda ni?" soal si Aireen

"Kitaorang tak datang assembly sebab bangun lambat. Lepastu terserempak dengan dia masa nak pergi sekolah pagi tadi" terang Eliya dengan ais di muka. Memang pagi tadi chaos gila. Sempat je dia lari dari si Diya tuu tapi boleh pulak budak tu gi report dekat cikgu disiplin.

"Patutlah" Aireen mengangguk kecik. "Kau mimpi Kak Hannah lagi ke?" soal Aireen mampu buatkan Eliya terdiam. Dia mengangguk saja sebagai jawapan.

"Kau pulak pergi mana sampai kau taktahu apa-apa ni. Dia announced dekat assembly rasanya tadi" sambung Eliya lagi.

"Entah. Tengah berak kot waktu tu" selamba Aireen menjawab. Yang Eliya dah tayang wajah jijik.

"Kau ketua pelajar pun boleh curi tulang pergi tandas time-time perhimpunan" kecam Eliya.

"Habis takkan aku nak tahan berak semata aku ketua pelajar, sembelitlah aku" balasan Aireen diamkan Eliya. Dah tak tahu nak balas apa.

"Teruk jugak ye kau ni" Aireen menyentuh bawah pipi dan dahi Eliya.

"Eiii, jangan sentuh aku. Kau berak tadi" Eliya menepis tangan Aireen.

"Heh, macam aku tak basuh tangan!" Aireen menjelingnya saja.

"Apa-apa pun jangan bagii aku jumpa dia. Mungkin aku akan picit-picit dia simpan dalam botol baling dekat tengah laut" sambung Eliya dengan membuat aksi picit-picit.

"Nak picit siapa?" tetiba suara yang dikata Eliya tiba menyapa gegendang telinganya.

Waktu-waktu sekarang jugaklah kau nak datang. 

"Oh, Diya" Aireen bangun dari duduknya lalu mengiring Diya keluar dari bilik. Melihatkan Eliya yang menjeling si Diya dari jauh. Mahu perang dunia ketiga nanti.

"Kenapa kak Aireen?" soal si Diya hairan.

"Not the right time to meet me" ujar Aireen berbisik.

"oh, saya datang nak bagi report ni" Diya hulur sebuku file kepada Aireen. Dia hanya menyambut sahaja.

"Okeylah, Diya pergi dulu. Assalamualaikum"

Aireen mencapai lengan Diya sebelum sempat Diya memalingkan diri.

"Diya, minta maaf dekat Eliya dulu boleh? Akak tahu Diya just jalankan tugas, but macam melampau sangat sidai diaorang tengah panas. Macam mana if one of them dehydrated. Bahaya tau" ujar Diya lembut.

"Sorry akak" Diya mengelak pandangan Aireen.

"Ha gi masuk minta maaf"

Diya akur lalu mendekati Eliya yang baring membelakanginya.

"Err" Diya cuba membuka bicara

"Jangan cakap dengan saya" laju saja Eliya memintas.

"heh, awak ingat saya nak cakap dengan awak ke. Mentang-mentang kawan dengan ketua pengawas. Memang tidaklah saya nak minta maaf. Bwerkk" Diya terus berlari keluar bilik.

"Ei budak ni!" Eliya terus bangun.

"Diya! Sekali lagi saya jumpa awak! Saya buang awak dalam tasik!" jerit Eliya di daun pintu kepada Diya yang sudah jauh ke hujung koridor.

Aireen yang menonton hanya mengurut pelipisnya. Sampai ke sudah memang tak berbaik bebudak dua ni.

tbc...

FYI: 10 kali fikir nak pub cerita ni

Beats [gxg]Where stories live. Discover now