SB 7

294 24 6
                                    

Matanya disepet sedikit bila dia mendongak ke langit. Sinar cahaya yang terpancar terasa perit ke wajahnya. Dia mengeluh berat.

Suasana riuh di sekelilingnya diabaikan. Rasa menyesal dia lebih berat sekarang ni.

Rasa menyesal kerana terlalu menyerlah di sekolah ni sehingga setiap pergerakannya diperhati.

Dia mengeluh lagi sambil mentafsir sekeliling. Ramai yang sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang ready untuk memulakan acara mereka, sekumpulan pbsm di tepi padang sentiasa bersedia jikalau ada sesuatu tidak diingini terjadi.

Ya, hari nii adalah hari sukan tahunan mereka. Dan dia paling benci benda nii. Dia tak berminat sangat dalam sukan. Tak macam Iman dan Aireen yang sertai banyak acara. Jadinya dia selalu skip hari sukan. Datang masa nak tengok acara Iman dengan Aireen ja.

Tapii taktahu kenapa tahun nii dia ditangkap pula. Dengan cikgu housenya sendiri pulak tu.

Sekarang dia tengah berdiri di sebelah pasir lompat jauh. Lepas orang lompat, dia dipaksa untuk ukur jauh lompatan peserta.

Sangat bosan. Dan panas. Dengan takde khemahnya. Kadang-kadang, sempatt Imam dan Aireen mengejek dirinya. Sukalah tuu tengok dia terseksa.

Eliya mengeluh lebih berat kali nii bila ternampak figura yang akan melompat lepas nii.

Diya Aneesa

Johan acara lompat jauh setiap tahun. Terfikir juga untuk tengok sejauh mana kehebatan dia sampai pernah ditawar untuk menjadi wakil negeri.

Diya ambil nafas sebelum buka langkah laju dan melompat ke atas pasir tetapi-

"Aduh!" adunya apabila kaki dia terseliuh seraya dia menyentuh pasir. Orang sekeliling dan cikgu yang melihat kejadian agak terkejut. Termasuk Eliya.

Terus cikgu dan murid lain menghampiri Diya. Tak terlepas juga Eliya. Dia jenguk sedikit di khalayak ramai tu.

"Sal, pbsm semua tengah busy nii. Kena minta orang lain bawakan Diya ke bilik sakit" ujar salah seorang cikgu pemantau ke cikgu sal.

"Ada sesiapa yang free ke yang boleh bawa Diya pergii bilik sakit" cikgu Sal memandang seorang demi seorang murid di situ. Termasuk Eliya.

"Saya boleh kalau cikgu izin" sapa Eliya.

Terus riak Diya berubah tidak senang bila tahu gerangan yang bakal membantunya.

"Takpe cikgu, saya boleh jalan sendiri pergii bilik sakit" Diya cuba menggagahkan diri untuk berdiri.

"Eh!" Eliya pantas menyambut Diya yang tak seimbang tu.

"Takpelah saya bawa, awak tu nak berdiri pun terkial ada hati nak jalan sendiri" ujar Eliya perlahan. Diya hanya menjeling sekilas.

"Nak tolong ke nak hina nii" balas Diya balik.

"Nak tolong, kalau tak saya takde dekat sini dengan awak" Eliya menarik lengan Diya diletakkan ke bahunya.

"Dah habis?" soal cikgu Sal. Eliya dan Diya hanya tersengih malu. Cikgu dengan budak lain semua dah lali dengan pergaduhan mereka.

"Saya gerak dulu ye, cikgu" Eliya membuka langkah memapah Diya.

"Eh awak, laju sikit please. Bila nak sampai macam ni"

"Banyak bunyi pula, nanti laju awak sakit pula. Dah tolong tu bersyukur sikit"

Orang sekeliling geleng sahaja dengan mereka. Pelik dengan perangai berdua tu yang tak pernah nak berbaik.

~~

Beats [gxg]Where stories live. Discover now