SB 5

307 25 1
                                    

"Reen" Iman hulur red love origami pada Aireen yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Aireen lihat sekilas pada kertas itu.

"Buanglah" ujar Aireen datar.

Terangkat kening Iman hairan. "Serious?" soal Iman ingin kepastian. Aireen angguk saja.

"Betul nii?" Aireen gulingkan biji matanya. Susah betul nak berurusan dengan Iman nii.

"Kalau kau nak baca, bacalah"

"Lahh, orang nii bagi engkau bukan bagi aku. Asal aku pulak kena baca" Iman dengus kasar. Dia letak origami love letter atas meja Aireen.

"Kenapa kau nak amuk pulak nii?" balas Aireen frust.

"Takde lah, kau tak kesian ke dekat orang yang tulis surat nii. Dia tunggu balasan kau. Dari kita form 3 sampai sekarang tak putus-putus surat dia. Aku tengok orang lain semua dah give up. Kau tak rasa ke cinta dia tu betul-betul tulus" ujar Iman penuh dramatik.

Aireen sepenuhnya mengabaikan Iman.

"Kalau kau taknak meh sini aku bacakan untuk kau" Iman ambik semula kertas itu. Lalu dibuka setiap lipatan mendedahkan tulisan-tulisan tangan yang dikarang indah.

"Ehem, ehem" Iman membetulkan kotak suaranya.

"Hari ke 230" Terhenti tingkah Aireen. Fokusnya pada suara Iman.

"Lagi sekali kau bertemu aku di sehelai kertas"
"Bagaimana harimu?"

"Surat sebelum ini ialah kata-kata cinta dari seketul hati"
"Namun hari ni, suratan ini aku ingin curahkan perkara yang terbuku di fikiran"
"Berita baik juga buatmu"

"Sejak surat ini wujud, kau tidak pernah memandang aku, semakin hari membuatkan aku hilang harapan. Sekarang namamu sering menitip dibibirku disampaikan kepada tuhan. Berharap serta berdoa supaya perasaan ini dihilangkan. Tidak mengapa, hanya tinggal beberapa bulan sahaja kau pergi dari hidup aku. Aku harap dengan ketidakhadiran kau di mataku, aku dapat melupakanmu"

Moga kau kekal tersenyum ketenanganku, Aireen.

"Tamat. Bukan main ketenanganku,Aireen. See! maksud nama kau pun dia tahu. Sweetnya dia nii" Iman jenguk reaksi Aireen. Aireen hanya renung ke depan memikirkan sesuatu

"Kuch kuch hota hai? (terasa sesuatu?)" ujar Iman dengan wajah nakalnya. Aireen tonjol dahi Iman menyebabkan Iman hilang keseimbangan dan terjatuh.

"Otak kau kuch kuch hota hai. Dah habis baca kan? Boleh buang dah" ujar Aireen sambung membuat kerjanya.

"Heh, kau ni memang tak ada perasaan betul. Cuba kau tunjukkan sikit perasaan kasih dan cinta kau tu" bebel Iman seraya melipat semula love letter itu.

"Bising je kau nii" bidas Aireen. Iman mencebik. Dia tak buang origami tu tapi dia letak balik atas meja Aireen. Kalau nak dibuang biar Aireen sendiri yang buang, bukan hak dia untuk buang walaupun dengan kebenaran Aireen.

"Tak romantis langsung" balas Iman memanaskan hati Aireen.

"Macamlah kau tu romantis sangat. Kau couple dengan ramai laki tu romantis sangatlah tuu"

"Oitt! aku tak jumpa cinta sejati aku lag-

Pintu bilik dibuka kasar buatkan ayat Iman terpotong.

"Oii! Eliya! Kau pergi mana hah tengah malam baru nak balik?" tegur Iman lepas tengok jam di dinding.

"Oh, aku keluar. By the way, nah burger daging. Aku belikan untuk korang sekali. Makanlah" hulur Eliya lalu duduk di lantai menyejukkan diri.

"Mana satu aku punya?" soal Iman dengan wajah kebulurnya.

Beats [gxg]Where stories live. Discover now