Raja & Tengku : 10

6.6K 234 12
                                    

Setelah penat berkerja sepanjang seminggu ini. Akhirnya, hujung minggu tiba juga. Tengku Izara menuruni tangga dengan berhati-hati. Dapat dia dengar bunyi keriuhan di ruang tamu rumah keluarganya.

Ada siapa-siapa datang ke? Kenapa babah dan mummy tak bagitahu dia apa-apa?

Masuk sahaja ke dalam ruang tamu, matanya terus disuguhi dengan keluarga mertuanya. Gembira di rasakan. Langsung dia menerpa ke arah keluarga mertuanya itu.

"Ayah, bonda, Nisa." Panggil Tengku Izara denagn menyebut seorang demi seorang.

Tan Sri Raja Ahmad, Puan Sri Tengku Ameena dan Raja Anisa yang dipanggil langsung berpaling menghadap punca suara tersebut. Terbit senyuman di bibir masing-masing. Raja Anisa terus bangun dari duduknya dan laju mendekati kakak iparnya itu. Dekat sahaja, terus dipeluk tubuh Tengku Izara.

Tengku Izara membalas pelukan adik iparnya ini. Rindu tak terkata lah. Sempat dia mencium tepi kepala Raja Anisa. Raja Anisa memang manja dengan dia dari awal dia masuk ke dalam keluarga ini lagi.

"Rindu kak long.." Luah Raja Anisa di dalam pelukan dengan suara yang agak sebak.

"Kak long pun rindu sangat dengan adik manja kak long ni. Nisa sihat?" Diusap belakang badan Raja Anisa.

Memang sudah lama dia balik ke Malaysia. Cuma belum sempat nak menjeguk keluarga mertuanya. Terlalu banyak sangat kerja. Haih.

"Sihat." Balasnya ringkas.

Selepas beberapa minit berpelukan dengan adik iparnya ini, Tengku Izara berpaling memandang ayah dan bonda. Dia bersalaman dengan kedua orang mertuanya itu dengan penuh hormat. Dikucup kekura tangan tua itu dengan sayang.

Selepas itu, baru lah dia perasan ada nya seorang lelaki di sebelah Puan Sri Tengku Ameena. Siapa lagi kalau bukan Raja Ghibran. Elok dia duduk di sebelah bonda. Bibir tu.. siap tersenyum manis lagi. Manis sampai nak potong kaki.

Malu Tengku Izara dibuatnya. Wajahnya mula membahang bila ditenung begitu intens oleh suaminya di hadapan keluarga mereka. Tiba-tiba, dia tersentak kerana ditegur oleh babah.

"Tengok je ke suami tu? Salam." Arah Tengku Dato Sri Izlan.

Dari tadi dia dok perhati anak bongsunya ini. Yang lain semua menyimpan senyum masing-masing. Lagak budak dua orang ini macam baru lepas nikah. Padahal mereka dah selamat jadi suami dan isteri sejak 6 tahun lepas lagi.

Mata coklat pekat Tengku Izara bertembung dengan mata hazel Raja Ghibran. Berdegup laju jantung dia. Sama juga halnya dengan Raja Ghibran. Rindu dia nak tatap isterinya.

Perlahan Tengku Izara menghulurkan tangan kepada Raja Ghibran. Lalu, Raja Ghibran menyambut huluran tangan si isteri. Tengku Izara menyalami tangan suaminya dan dikucup penuh hormat. Dah lama dia tak salam dan cium tangan Raja Ghibran.

Tiba-tiba, hatinya dihurung rasa sebak. Sebak kerana meninggalkan suaminya selama empat tahun. Sebak kerana melihat perubahan suaminya. Dia rindu suaminya. Tapi, terlalu awal untuk dia kembali menerima Raja Ghibran masuk semula ke dalam hidupnya.

Selepas bersalaman dengan Raja Ghibran, Tengku Izara terus melabuhkan punggung di sebelah Tengku Intan. Walaupun di sebelah Raja Ghibran ada tempat kosong. Tapi, dia tak nak.

"Lama ayah tak jumpa Zara. Rindu lah ayah dengan menantu kesayangan ayah ni." Luah Tan Sri Raja Ahmad jujur. Dia tersenyum manis ke arah menantunya yang seorang itu.

Tersipu malu Tengku Izara. Mesti muka dia dah berubah warna. Lagi-lagi dari tadi Raja Ghibran langsung tak mengalihkan pandangannya ke arah lain. Bukan Tengku Izara tak perasan. Tapi, dia buat endah sahaja. Malas nak tengok dan layan.

"Zara pun rindu ayah. Rindu nak buat chocolate cupcake sama-sama dengan ayah." Balas Tengku Izara dan menghadiahkan senyuman manis kepada ayah mertuanya.

"Nanti Zara datang rumah. Kita buat chocolate cupcake sama-sama. Dah empat tahun ayah tak rasa chocolate cupcake Zara. Ayah ada juga beli. Tak sama rasanya macam menantu ayah buat." Puji melambung ini. Kembang bontot Tengku Izara.

Naik sedikit bahu dia. Bangga kena puji dengan bapa mertua. Hehe.

Raja Ghibran pun turut senang dengan sikap isterinya. Dia akui. Isterinya memang sangat pandai ambil hati ayah dan bonda. Dia suka tengok keakraban ayah, bonda dan adiknya dengan Tengku Izara.

Selepas itu, banyak yang mereka bualkan. Tengku Izara meminta diri untuk ke dapur sebentar. Dia ingin memasak hidangan makan tengah hari untuk keluarga mertuanya. Lagipun dia memang nak masak hari ini. Kebetulan pula keluarga mertuanya ada. Memang langkah panjang.

Bik Ana disuruh Tengku Izara untuk membuat kerja lain. Jangan ganggu dia di dapur. Tengku Izara lebih gemar memasak seorang diri dari ada teman. Tengku Intan nak teman dan tolong dia tadi pun dia tak bagi. Dia akan jadi kurang selesa.

Tengah elok dia memotong lobak merah. Tiba-tiba, dia terasa pinggangnya ada yang memeluk dari belakang. Terhenti pergerakannya. Tak perlu dia bertanyakan siapa. Dari bau perfume pun dia dah tahu gerangannya.

Tengku Izara menyambung semula memotong lobak merah. Diendahkan sahaja Raja Ghibran yang berada di belakangnya. Selepas itu, dapat Tengku Izara rasa yang bahu sebelah kirinya memberat.

Raja Ghibran membenamkan wajahnya di celah leher isterinya. Rindu betul dia dengan Tengku Izara. Dah lama dia tak bau isterinya ini. Dikucup perlahan leher Tengku Izara.

Menggeliat geli Tengku Izara. Nak ditegah dan melawan, dia tengah pegang pisau. Bahaya. Kalau ditegur, mesti Raja Ghibran tak makan saman. Dia kenal sangat suaminya bagaimana.

"A-awak. Saya tengah pegang pisau ni." Akhirnya, keluar juga suara emas Tengku Izara. Tersenyum kecil Raja Ghibran.

Memang sengaja dia buat macam tadi. Semata-mata nak dengar isterinya bercakap. Tadi dekat depan, bukan main berceloteh lagi mulut kecil tu. Nak saja dia gigit-gigit. Geram lah.

Eh? Lain macammm..

"Potong je lah. Abang nak peluk je. Rindu. Dulu tak pernah buat. Kalau peluk pun masa tidur. Sorry, sayang.." Kata Raja Ghibran berbisik.

Tengku Izara menggigit sedikit bibir bawahnya. Dia masih ralit memotong lobak merah. Dibiarkan sahaja Raja Ghibran yang memeluknya itu. Dapat dia rasa hembusan nafas hangat di lehernya.

"Dah. Lepas. Pergi depan sana lah. Tak payah nak sibuk dekat dapur ni." Halau Tengku Izara sembari melepaskan tangan Raja Ghibran yang masih memeluk pinggangnya itu.

Selepas itu, Tengku Izara bergerak ke arah periuk yang sedang berada di atas dapur gas. Dia melihat ke dalam. Hari ini, Tengku Izara memasak tom yam kegemaran Raja Ghibran. Lagipun dia dah lama tak masak tom yam.

"Sedapnya bau. Dah lama abang tak makan tom yam yang sayang masak." Ujar Raja Ghibran dengan masih merapatkan jarak mereka berdua.

Tengku Izara berkalih sedikit. Dia tak nak dekat-dekat dengan Raja Ghibran. Bau wangian suaminya menusuk ke dalam lubang hidung dia. Perit hidung dia rasakan. Bau minyak wangi yang terlampau kuat. Dia pakai satu botol ke apa? Menyengat weh.

"Jangan dekat. Boleh tak awak duduk diam-diam je dekat depan tu? Tak payah nak menyemak dekat dapur ni. Rimas lah." Omel Tengku Izara sambil menolak badan suaminya menjauh dari dia.

Terkedu Raja Ghibran bila isterinya sendiri rasa rimas dan menganggap kedatangan dia di dapur ini ialah menyemak semata. Dia nak tengok saja. Lagipun tadi dia ke tandas. Kebetulan.

"Maaf kalau kedatangan abang ke sini menyemak bagi sayang. Abang pergi depan dulu." Sempat Raja Ghibran mencium tepi kepala isterinya sebelum berlalu pergi meninggalkan ruang dapur itu.

Tengku Izara mengendahkan sahaja. Dia memegang tepi kepalanya tempat yang dicium Raja Ghibran barusan. Terasa hangat.


Tbc..

Yuhuuu.. cuba lagi Ghibran😊
Jangan putus asa💪🏻

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Izara Aurora [C]Where stories live. Discover now