Raja & Tengku : 25

6.8K 207 14
                                    

Tengku Izara menarik nafas apabila melihat penampilannya sekarang. Sangat seksi. Malam itu, dia hanya memakai lingerie berwarna hitam. Sangat kontra dengan warna kulit dia yang putih mulus itu.

Kejung Tengku Izara pada awalnya bila melihat diri dia dalam lingerie ini. Sungguh dia tak sangka yang dia akan bernampilan seperti ini. Tengku Izara merasa sangat terbuka.

"Hish. Ini baju ke apa? Menyesal pula aku beli. Dan lagi menyesal bila aku offer nak goda dia. Haih.." Tengku Izara menggigit bibir bawahnya.

Dia rasa ragu-ragu nak keluar. Ini kalau keluar macam ni. Tak sempat dia nak goda, Raja Ghibran dah ngap dia dulu. Macam mana? Dia baru nak mula step menggoda. Raja Ghibran dah tarik dia ke katil.

Mampus!

Tak dapat nak dibayangkan nasib dia seperti apa nanti. Tengku Izara rasa malu bila nak membayangkan perkara seperti itu. Yalah, dah empat tahun tak bersama.

Sedangkan Raja Ghibran ajak dia mandi sama pun. Tengku Izara lagi bijak dia larikan diri. Lepastu dia mandi dekat bilik tetamu.

Ada satu hari tu, Raja Ghibran kejar dia satu rumah. Sampai Tengku Izara menyorok dalam stor. Dan akhirnya, Raja Ghibran mengalah. Masing-masing mandi sendiri. Apa ke bongok lah dua orang ni. Nak mandi pun susah sangat. Mandi je ler..

Setelah agak lama dia bertapa dalam bilik air sambil menilik pemakaian dia di dalam cermin. Tengku Izara mengambil keputusan untuk keluar. Dia dah janji. Jadi, dia harus tepati.

Dengan gerakan perlahan dia membuka pintu bilik air. Dia menjegulkan kepalanya mengintai sama ada, ada Raja Ghibran atau tidak.

Ternyata tiada. Tengku Izara melangkah keluar dan melihat jam di dinding yang tergantung. Sudah pukul 10 malam.

Aik? Biasanya waktu-waktu macam ni suami dia duduk dalam bilik. Dah ready nak tidur. Ni ke mana pula? Bingung Tengku Izara.

Tiba-tiba, dia terfikir yang mungkin Raja Ghibran berada di bilik kerjanya. Tengku Izara mengambil satin bathrobe di dalam closet dan dipakai. Selepas itu, Tengku Izara membawa langkahnya ke dapur dahulu untuk membuat air teh buat Raja Ghibran.

Siap sahaja membuatkan air, Tengku Izara menuju ke bilik kerja Raja Ghibran. Dia mengemaskan ikatan tali satin bathrobe nya dan dengan bacaan bismillah. Dia memulas tombol pintu dan melihat suaminya.

Ternyata betul. Raja Ghibran ada di sini. Fokus sangat tu sampai tak sedar kewujudan Tengku Izara yang dah masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Abang.." Panggil Tengku Izara perlahan. Dia meletakkan cawan yang berisi air teh di atas meja Raja Ghibran.

Mengangkat kepala Raja Ghibran memandang arah isterinya. Tak berkelip mata dia merenung isterinya sekarang. Apa lagi Tengku Izara memakai satin bathrobe. Lurah dada agak terbuka sedikit. Nampak seksi sangat. Meneguk air liur Raja Ghibran melihat isterinya.

Dia menahan debaran di dada yang sedang berpalu laju. Rentak jantungnya sudah tidak teratur. Dia berdehem seketika sebelum memandang wajah manis Tengku Izara.

"Yes, my sweet babygirl." Raja Ghibran menggamit Tengku Izara mendekatinya.

Dekat sahaja Tengku Izara, Raja Ghibran menarik tangan isterinya untuk duduk di atas ribanya. Tengku Izara mengalungkan tangannya di batang leher Raja Ghibran.

"Buat apa tak tidur lagi ni? Biasanya abang waktu-waktu macam ni dah ada dekat dalam bilik. Abang dah ready nak tidur." Kata Tengku Izara sembari menyoal.

"Tadi ada klien call nak beli kereta. So, abang nak check stock. Sorry, sayang." Diusap pipi Tengku Izara. Lembutnya kulit.

"Sayang kenapa tak tidur lagi?"

IZARA AURORA [C]Where stories live. Discover now