Raja & Tengku : 35

4.9K 194 12
                                    

Sampai sahaja di rumah, pantas Tengku Izara membuka pintu utama rumah dan melangkah masuk ke dalam. Raja Ghibran mengejar langkah pantas isterinya.

"Habis lah kau. Tadi dah plan lain. Sekarang jadi lain. Mampus." Gumam Raja Ghibran perlahan.

Dia terpaksa balik dengan Tunku Rafiq. Baru sahaja dia nak naik kereta dengan Tengku Izara. Tengku Izara dah kunci kereta dan terus meninggalkan dia. Itu yang balik dengan Tunku Rafiq.

"Sayang.." Panggil Raja Ghibran selepas melihat sekitar ruang tamu tiada isterinya.

Tapi handbag ada. Mesti ada di dapur. Raja Ghibran berjalan ke arah dapur dan dapat dia lihat Tengku Izara yang tengah meneguk air sejuk.

Tengku Izara berpaling seketika memandang suaminya dan memberi jelingan tajam kepada sang suami. Payau Raja Ghibran rasakan untuk menelan air liur dia sendiri.

Jelingan isterinya cukup mengena di hatinya. Terasa seakan disiat. Wuu.. melampau. Aku pukul kau, Ghibran. Geram je lah author tengok kau ni. Besar kecil-besar kecil.

Raja Ghibran mula membuka langkahnya dan berjalan mendekati sang isteri. Dekat sahaja, terus dipeluk tubuh mungil itu dari tepi. Disengetkan sedikit kepalanya melihat wajah jelita Tengku Izara.

Lega hati Raja Ghibran bila Tengku Izara tidak menolak pelukannya itu. Kalau sampai Tengku Izara tolak. Tahu lah dia nanti nak buat macam mana. Dia ikat isterinya dekat atas katil.

"Sayang.." Panggil Raja Ghibran dengan lembut.

Tengku Izara sekadar mengerling sekilas memandang suaminya. Malas nak bercakap dengan Raja Ghibran sekarang.

"Sayang.. I miss you so much." Raja Ghibran menenggelamkan wajahnya di ceruk leher Tengku Izara.

Tengku Izara menolak suaminya dan terus berlalu pergi. Tak sempat Raja Ghibran nak menahan. Pantas Raja Ghibran mengejar Tengku Izara.

"Laju betul bini aku jalan walaupun kaki pendek." Getus Raja Ghibran perlahan.

Ini kalau Tengku Izara dengar.. mahu kena pelangkung si Raja Ghibran ni. Suka suki dia saja kata kaki Tengku Izara pendek.

"Sayang.." Seru Raja Ghibran lagi. Dia masih berusaha memanggil Tengku Izara. Tapi, Tengku Izara langsung tak menyahut.

Mukanya pun masam sahaja. Mereka berdua sudah sama-sama berada di dalam bilik tidur mereka.

"Hei, hei, hei." Raja Ghibran menghalang laluan Tengku Izara yang ingin masuk ke dalam bilik air.

Tengku Izara melepaskan keluhan berat dan memandang ke arah lain. Malas nak tengok muka suaminya sekarang. Menyampah. Nak merajuk.

Raja Ghibran merapatkan jarak antara mereka dan memegang kedua bahu Tengku Izara. Ditatap dalam wajah isterinya dengan penuh kasih dan sayang.

"I'm sorry. Jangan lah marah macam ni. Please baby abang.. baby manja abang ni. Alolo dia merajuk." Dicium-cium pipi Tengku Izara.

Nasib Tengku Izara tidak mengelak. Dia biarkan sahaja. Tengku Izara nak senyum. Tapi dia tahan. Nak merajuk dulu. Biarkan.

"Sayang.." Meleret suara Raja Ghibran memanggil si isteri yang masih diam tidak menyahut atau memberi respon pada panggilannya barusan.

"Nanti saya nak keluar dengan Rissa. Ada majlis makan malam dekat company dia jadi model. Dia minta teman." Beritahu Tengku Izara mendatar.

"Kenapa baru bagitahu? Abang tak izinkan." Halang Raja Ghibran. Mana mungkin dia nak bagi.

Lagi-lagi mereka tengah keadaan merajuk dan serius macam ni. Dia tak nak berpisah dan biarkan isterinya pergi tanpa dipujuk. Apa lagi pergi dengan keadaan mereka belum berbaik.

Izara Aurora [C]Where stories live. Discover now