Bab Dua Puluh Tiga 🦋

2.4K 92 2
                                    

"Abang.." Perlahan saja Adeena bersuara. Dia memandang Ryu yang sibuk memandu.

Selepas seharian berbelanja, Ryu hilang mood sebab pertemuan tak sengaja dengan Aedina, adik kembar isteri nya.

"Hem.." Hanya deheman yang dibalas. Adeena menarik nafas dalam. Rasa sukar untuk dia bicara selepas melihat perubahan Ryu yang agak tiba-tiba baginya.

"Edina.."

"Don't talk about her."

Keluar terus bahasa english Ryu. Adeena terdiam dan dia mengangguk sebagai jawaban. Baru aje nak bertanya, hilang sudah rasa bertanya nya itu.

"Abang tak marah. Abang geram je dia muncul tiba-tiba. Macam tengah permainkan abang."

Adeena mengangguk. Dia tak tahu harus berkata apa jadi dia tunggu saja apa yang keluar dari mulut Ryu. Ryu pula berdiam diri selepas cakap beberapa patah tadi. Lepas itu dia fokus dengan pemanduan nya.

"Dia sama betul dengan saya.."

"Mestilah sayang. Kan kembar seiras. Lainlah kalau abang dengan Ren tu. Kembar tapi tak seiras." Celah Ryu. Adeena tergelak kecil mendengar ujaran Ryu.

"Walaupun awak dengan Dina kembar tapi awak berdua terlalu berbeza. Sebab itu, sayang abang ni lebih menawan dari Edina." Kata Ryu tanpa memandang Adeena namun bibir nya terukir senyuman kecil.

Adeena tersenyum lebar dibalik niqab yang menutup wajah wanita itu. Dia tak bersuara. Rasa malu menyaluti dirinya. Ryu melirik Adeena lalu terkekeh. Dia fokus pada pemanduan dan Adeena pula sedang menahan malu.

"Awak kata nak makan takoyaki,kan?"

"Ya, ada dekat tepi tu je. Abang berhenti belah kanan. Dah penuh belah kiri." Ujar Adeena dengan excited. Takoyaki memang kesukaan nya. Ryu akan bertanya nak takoyaki tak ketika mereka keluar.

Adeena membetulkan niqab nya dan memandang Ryu. Yang dipandang tersenyum lalu membuka satu bekas yang disimpan di kereta. Sehelai duit RM100 diberi kepada Adeena. Wanita itu tersenyum makin lebar dan dia segera keluar dari kereta selepas Ryu telah memarkirkan kereta.

Adeena meminta Ryu untuk tunggu dia di kereta sahaja. Katanya, nanti banyak yang goda Ryu! Aduhai, Deena nii. Mata Adeena melihat ke kanan dan ke kiri apabila dia akan melintas. Wanita itu mula melangkah apabila sudah tiada lagi kereta.

Dia tersenyum disebalik niqab putihnya dan langkah makin laju apabila dia semakin hampir dengan kedai takoyaki itu. 

PINGG! PINGG! 

Bunyi nyaring berdensing ditelinga Adeena. Wanita itu merasa shock tiba-tiba dan mundur kebelakang kerana merasa terkejut dengan sebuah motor yang melaju kearahnya. Ditambah malang, pandangan gadis itu mendadak kabur dan kakinya terasa lemah untuk kekal berdiri atau berjalan. Dia ingin melompat kesamping apabila motor itu makin mendekat namun Adeena jatuh ke jalan tar itu dan pandangannya sekabur mungkin. Suara tak dapat dia keluarkan. Ryu perasan atau tidak..?

"ADEENA! BAHAYA!" Uh, kenapa lambat sangat?.. 

Pandangan Adeena kabur dan akhirnya gelap gelita.Sebelum dia menutup mata, dia melihat bayangan Ryu berlari kearah nya dan tubuhnya yang sudah terjatuh dibawah ke dekapan Ryu. Matanya menangkap bunyi yang teramat kuat seperti motor itu melanggar sesuatu.

"Sayang.. Ya Allah.." Sesak bagi Ryu untuk keluarkan perkataan itu. Dia memeluk tubuh kecil isterinya. Dia ingat penyakit Adeena masih belum sembuh sepenuhnya dan boleh kambuh bila-bila masa. Tapi kenapa perlu disaat genting lah wanita itu pingsan tiba-tiba dan hampir membahayakan dirinya sendiri.

Tangan nya memegang wajah Adeena dengan rasa sebak didada. Matanya mula berair namun dia menahan agar tangisan nya tidak tumpah. Mengingat keadaan, Ryu langsung mencari telefon di kocek seluarnya. Berdiri saja dia, tubuh Adeena dihampiri banyak wanita yang memang nak mendekat dan menolong Adeena tapi Ryu lebih pantas.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now