CHAPTER 14

106 10 1
                                    

Malasnya nak pergi...ya sekarang aku berada di hadapan satu kedai? Mungkin bukan kedai tetapi kelas untuk kursus kahwin.
Sumpah tak mahu pergi. Lama gila. Dari 9 pagi sehingga 2 tengah hari. Mummy ni pun. Kalau nak bagi kita pergi kursus kahwin janganlah lama - lama. Bosan nanti.

Aku mulakan gerakan ku untuk masuk ke dalam. Woah..tempat ini besar juga. Hiasan dalamanya sungguh cantik.

"Hai! Newbie?" Tiba - tiba seorang perempuan menegurku. Aku mengganguk kata ya. Baru first day kan. Ni pun berdebar.

"Nama akak Engku Rina. Akak pun baru kat sini." Dia memperkenalkan diri dia. Engku Rina? Ada engku. Mesti keturunan diraja.

"Saya Nur Iyina Aurora. Akak umur berapa tahun?" Tanyaku

"27 tahun"

"Lahh. Kita sama umur la. Tak payah akak - akak lah" terus dia ketawa.

"Jom akak bawak kamu masuk. Kejap lagi kelas mula." Pelawa Rina.

Aku mengikutinya sehingga masuk ke sebuah kelas. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Cantik betul kelas dia.

First - first ingat diorang ajar guna papan putih. Tengok - tengok guna smart TV. Memang canggih betul!.

Dan mulalah sesi pengenalan diru kepada semua orang termasuklah. Seramai 7 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Dan sekarang Rina duduk bersebelahan denganku.

...

5 jam kemudian.

Akhirnya tamat sudah kelas untuk hari ini. Aku sedang bersembang bersama Rina tiba - tiba telefonku berbunyi.

Aku melihat siapa yang menelefonku. Mummy rupanya.
Oh mungkin mummy sudah sampai. Tadi sewaktu kelas mummy memberitahu aku yang mummy akan mengambilku dan membawa ke suatu tempat. Rahsia katanya.

Aku meminta izin untuk pergi lalu pantas aku bergerak keluar dari tempat ini.

Aku mencari mana kereta mummyku. Tidak sampai 5 minit aku mendengar sebuah kereta hon.

Oh situ rupanya! Aku bergegas bergerak ke kereta Tesla itu.

"Sorry lambat mummy! Cari kereta mummy, tapi tak jumpa" mummyku menggangguk tanda faham.

"Kita pergi mana mummy?" Tanyaku.

"Butik" Butik? Nak buat apa pergi sana?

"Mummy nak beli baju baru ke?" Tanyaku lagi sekali. Mahu meminta kepastian.

"Bukann. Nak cari baju kamu." Baju apa pulak niii? Dah belambak baju kat rumah. Termasuk gaun.

Sebelum aku bertanya sekali kagi mummy memotongku.

"Gaun pengantin" gaun pengantin?! Kenapa hari ni?! Okay kejap kita kena guna otak nak fikir alasan. Malas nak pergi ni.

"Tak nak lah mummy...bosann" konfem mummy bergerak balik rumah.

"Jangan nak mengada. Abang kamu, Issac dengan maknya dah sampai sana." Sudahhhhhh. Ada Issac ke?!!!! Ya Allah malasnya nak jumpa diaaa. Sumpah tak de mood kalau nak jumpa dia. Dari ada selera nak makan terus tak da. Dari happy - happy terus muram.

"Mummy please! Iyina tak nak try baju! Mummy cari la baju apa pun Iyina tak kesah. Baju tidur ke baju mandi ke apa - apa lah untuk akad nikah nanti. Yang penting Iyina tak mahu pakai sekarang!" Aku membantah. Rasa benci bila jumpa dia. Sebab Issac nanti mesti rumah tangga aku musnah.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐎𝐅 𝐇𝐄𝐑 || [ ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ ]Where stories live. Discover now