CHAPTER 17

111 8 1
                                    

"Kau okay tak?" Tanya Engku Rina kepadaku. Mungkin dia nampak aku bedebar.

Bedebar? Tentulah. Hari ini hari pernikahanku. Tak lama lagi nak jadi isteri orang dah aku ni.

Makin tua ya? Haishh sedihhh. Lepas itu nanti minggu depan majlis resepinya pulak.

Nasib majlis pernikahanku buat secara sederhana. Hanya jiran dan orang terdekat sahaja. Nanti majlis resepi dibuat secara besar - besaran. Orang besar pun terlibat.

Aku memandang ke cermin yang berada di hadapanku. Hmm cantik juga eh Engku Rina make up! Saya suka saya suka !

"Cantik gila wei!" Pujiku.

"Tengoklahh siapa buatt" ha mula la dia ni.

"Malas aku nak layan kau." Aku mula melihat cermin di hadapan ku sekali lagi.

Rasa lain..rasa yang tidak pernah ku kudapi...gementar..takut..hari ini hari rasminya aku menjadi isteri Issac.

"Jangan nervous sangat. Nanti tak lawa kawan aku ni" Ni kalau terajang agak nya hidup lagi tak. Nasib pakai dress kalau tak mahunya aku terajang.

"Siap dah? Alhamdulilah. Pengantin lelaki dah sampai tinggal tunggu pengantin perempuanya pulak. Jom ikut mummy"

Allah. Dia dah sampai. Kalau aku terjatuh tengah jalan macam mana ? Malu 7 keturunan.

Aku dan mummyku mula berjalan ke pelamin yang telah dibuat. Cantik! Suka sangat! In love betul!

Aku dengan perlahan menuju ke arah pelamin dan duduk diatasnya. Aku melihat dihadapanku terdapat Issac, bapaku, tok kadi dan seorang lagi saksi.

Dalam beberapa minit aku akan menjadi isteri yang sah kepada Issac.

Mata dia memang tak boleh nak pandang tok kadi je ke? Nak jeling - jeling kita pulak. I know I'm pretty. Eh belagak sendiri nampak haha.

"Cantik anak daddy." Allah kembang hidung. Senyum aje la.

"Dah siap? Boleh mulakan?" Ujar tok kadi yang berada di hadapan Issac.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Iyina Aurora binti Muhammad Alden Uwais dengan mas kahwinya sebanyak 100 ribu ringgit tunai" ujar Muhammad Alden Uwais iaitu daddy kepada Iyina.

"Aku terima nikahnya Nur Iyina Aurora binti Muhammad Alden Uwais dengan mas kahwinya sebanyak 100 ribu ringgit tunai" jawab Issac.

"Sah?"

Semua mengatakan sah.

"Alhamdulilah..." dengan ini rasmilah aku menjadi isteri Issac yang sah. Ya allah..

Sesi pembatalan air sembahyang akan bermula sebentar lagi.

Aku melihat Issac bangun dari tempat duduknya. Kejap - kejap. Nak batal air sembahyang dah ke?

"Assalamualaikum Isteri Abang..." memerah pipiku setelah Issac katakan itu.

"Waalaikumussalam.."

"Izin abang pegang tangan sayang ya..?"

Perlahan dia memegang tanganku dan mengusap. Terus dia menyarungkan cincin bewarna emas di jariku.

Muat..cantik...sesuai! Aku melihat dan mengusap jari manisku.

"Okay? Sayang okay?" Aku mengganguk.

"Sayang...senyum sayang. Kamera kat depan."

.....

"Buka mulut...aaa..." apa ni main suap - suap. Tak suka tak suka

Tak suka tak suka pun makan juga. Aish hati - hati. Cepuk kang.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐎𝐅 𝐇𝐄𝐑 || [ ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ ]Where stories live. Discover now