CHAPTER 19

121 7 0
                                    

"Kau jangan percaya laki kau sangat. He's only using you. Kau akan mati jika kau hidup dengan dia." Suara garau yang tidak ku kenal bercakap.

"Who are you" tanyaku tegas.

"Don't trust his action. Remember he only using you for money" tidak sampai seminit aku dipindah ke bahagian lain. Bahagian ini menunjukkan aku diseksa dengan begitu sakit.

"Kesian kau. You shouldn't be with him. Kau terlalu percaya dia sangat" dia terus melempangku dimuka. Aku melihat satu klon aku sedang duduk di atas kerusi. Sedang menjerit meminta pertolongan dan berteriak seperti orang gila akibat dipukul dengan kuat.

Aku sekarang yang berdiri tidak dapat bergerak. Tidak dapat bercakap. Tidak dapat menolong klon ku yang berada di dalam kesakitan.

"You should be with me! Not him! Dengar...Issac pun curang belakang kau..." tidak sampai dia habiskan ayat dia aku telah terjaga dari tidurku.

Sudah seminggu aku telah mimpi aneh. Terlalu aneh... setelah aku mengahwini Issac, aku telah bermimpi hal - hal aneh tentang aku dan Issac. Seperti aku diseksa dan Issac cuba menolongku. Mungkin hanya mainan tidur. Aku melihat jam di sebelah katilku. 4.38 pagi...

Aku melangkah memasuki bilik air dan mengambil wuduk. Ingin menunaikan solat tahajjud. Sudah berhari - hari aku tersedar dari tidurku akibat mimpi yang aneh itu.

Aku mula memakai telekung dan menunaikan solat tahajjud. Selepas selesai aku meminta tolong dari Allah yang maha Esa untuk menolongku. Bagiku mimpi yang aneh itu ialah suatu pertunjuk yang tidak baik. Mohon Allah memberi petunjuk agar aku tahu apa yang akan terjadi.

Aku melangkah keluar dari bilikku dan turun ke bawah untuk membuat sedikit sarapan untuk Issac. Maklumlah dah berkahwin. Aku memulakan masakan dengan membuat omelette dan air kopi. Setelah itu aku hidangkan di atas meja dan ditutupi oleh tudung saji.

Aku mula mengemas rumah. Aku membuka lagu di telefon pintarku. Tangan ku memantas menaip band The Weeknd Playlist di Spotify. Aku mula menyapu ruang tamu dan vacuum segala habuk - habuk yang gatal berada di ruang tamuku. Setelah 30 minit aku merasa sesuatu memeluk pinggangku. Siapa lagi kalau bukan Issac.

"Mia Bella...hmm wangi..." terus dia memegang dan mengusap rambutku.

"Pergi mandi sana. Busuk busuk." Arahku.

"Sampai hati kata abang busuk. Ish" perlahan dia mengucup dahiku.

"Issac! Ish berus gigi tak?! Habis muka saya!"

"Hehe. Sorry la bidadari abang. Abang nak cium tak salahkan? Hm dah la abang nak mandi. Nanti abang turun balik" pantas dia menaiki tangga. Sempat lagi dia mengedip matanya kepada ku. Haih! Suami, suami!

Oh ya. Aku dan dia memang tidur di bilik berasingan. Cerita dia bergini...

Flashback...

"Saya nak kita tidur bilik berasingan" tegasku

"Macam mana abang nak peluk sayang?"

"Peluk - peluk. Pergi peluk encik ikan sana" Maklumlah Encik Ikan itu teddy bear kesayangan Issac ni.

"Tak nak Encik Ikan. Nak sayang" pujuk dia.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐎𝐅 𝐇𝐄𝐑 || [ ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ ]Where stories live. Discover now