CHAPTER 22

65 3 7
                                    

"Haii! Nama awak siapa?" Tanya dia kepadaku.

"Hai..Nama saya Iyina.."

"Saya Issac. Saya nak jadi kawan awak boleh? Mak kita suruh kita kawan dengan awak" Aku senyum dan mengangguk.

Issac memegang tanganku dan membawa ke taman.

"Awak duduk atas tu, nanti kita tolak awak tau" Aku duduk di atas buaian dan membiarkan dia menolak.

"Mana mama awak?" Tanyaku.

"Dekat rumah awak lah." Rumahku?

"Rumah saya? Buat apa di sana?" Issac mengangkat kedua belah bahunya.

Selepas beberapa minit kami bermain di dalam rumah pula. Nak main apa eh? Masak - masak la.

"Umur awak berapa?" Tanya Issac"

"Umur kita 5" balasku sambil memasak sayur yang berada di dalam periuk.

"Wahh. Sama la kita" Issac duduk disebelahku dan menolong aku memotong bawang.

Bestnya main masak - masak dengan lelaki! Selepas itu Issac letakkan bawang dalam periuk.

"Awak! Banyak sangat bawang tuu. Kita tak suka bawanggg" Rengekku.

Issac ketawa lalu memandangku.

"Lah, kenapa tak bagitahu awal - awal." Issac mengeluarkan bawang yang lebih itu.

"Awak tak tanya..." Aku memuncungkan bibirku tanda aku merajuk.

"Awak jangan la merajuk nanti tak comel" Issac memujukku.

Luruh air mataku. Sedihnya lahai.

"Eh awakkk. Jangan nangis!" Issac mengelap mataku dengan jarinya.

Issac memberikan aku teddy bearnya. Comelnya! Teddy bear berbetuk itik. Alamak kita pula suka itik!

"Awak jangan cry cry. Nanti tak comel. Ni teddy bear saya. Awak ambil la. Saya hadiahkan dekat awak tau." Issac mengusap kepalaku.

"Alessendroo! It's time to go home. Mummy dah habis cakap - cakap dengan mummy Iyina" ujar ibu Issac.

Issac memegang tanganku dan berbisik "Saya kena balik Italy. Nanti kita jumpa lagi."

Issac berdiri dan belari sambil melambai ke aku.

Aku memeluk encik itik yang Issac berikan.

"Italy tu...apa..?"

Dari hari itu aku keseorangan dan menunggu Issac.

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...

Ya...sekarang aku sudah berumur 17 tahun. Ahhh! Bulan depan menghadap SPM.  Mummy, otak dah nak meletup!

Aku menulis setiap nota - nota penting di dalam notebook berbentuk ikan itu.

"Iyina!" Aku mendengar ibuku memanggil namaku dari bawah.

Aku lantas turun me bawah dan menjawab panggilan. "Ya?"

"Ada tetamu datang. Pakai elok - elok tau." Tetamu? Siapa pula datang. Haih malasnya. Orang nak study, tiba - tiba ada tetamu. Haish tak boleh fikir begitu! Tetamu kan pembawa rezeki.

Aku berjalan menuju ke bilikku dan duduk di atas katil sambil memeluk encik Itik. Mana Issac...sudah 12 tahun tidak berjumpa.

Aku berjalan ke arah almari dan mengambil satu jubah dan satu tudung bawal. Malas nak berfesyen. Duduk rumah aje pun.

Aku turun ke bawah dan berjalan ke dapur untuk membuat air. Biasalah. Kalau tetamu datang kita kena buat apa? Buat airrr.

Aku menghidangkan air di ruang tamu. Selepas beberapa minit aku mendengar ketukan di pintu utama.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐎𝐅 𝐇𝐄𝐑 || [ ᴏɴ ɢᴏɪɴɢ ]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora