BAB 9

2.6K 207 10
                                    

3 bulan kemudian.

Helena melihat wanita di hadapannya. Sampul surat dikeluarkan daripada tas tangan dan diletakkan di atas meja.

"Balance lepas habis job nanti," ucap Helena.

Nina mengangguk. Dia melihat isi kandungan sampul tersebut sebelum disimpan ke dalam beg, ia dipeluk erat.

"Dia macam mana?" tanya Helena.

"Pelan yang Cik Natalia buat, semuanya berjalan lancar. Dia tak syak apa-apa," jawab Nina, 'dia' yang dimaksudkan adalah Eden.

"Bila dia balik Malaysia?"

"Minggu depan. Awak tak tahu ke yang dia balik sebab nak bertunang?" Nina mengerutkan dahi, mustahil wanita itu tak tahu hal itu.

Senyuman Helena mati. Tapi, mamanya langsung tak buka mulut tentang berita itu. Dia dan Dira adalah sepupu, jadi mustahil keluarganya tak dijemput.

"Kalau macam tu, kita jumpa minggu depan," kata Helena sebelum beredar.

Dia harus menyusun rancangan seterusnya, sebelum lelaki itu pulang ke tanah air dan sebelum cincin disarungkan di jari Dira. Dia mahu melihat Eden kecewa kerana ditinggalkan. Dia mahu lelaki itu rasa betapa seksanya melihat orang yang dicintai, meninggalkan dirinya.

Cermin mata hitam, disangkut di atas hidung. Dia sudah bersedia untuk menamatkan rancangannya.

Helena mengalihkan pandangan kepada Puan Marissa yang sedang menyuap nasi, kemudian melihat Encik syed yang sedang perhati tingkahnya.

"Mama..." panggil Helena dan Puan Marissa mengangkat muka, memandang anak perempuannya.

"Dira nak bertunang ke? Kenapa El tak tahu apa-apa pun?" Helena mula bertanya.

Puan Marissa menghentikan suapan.

"Mama tak bagi tahu kak El ke?" Mika turut memandang mamanya dan diikuti Encik Syed.

"Mika tahu?" Helena melihat adiknya yang mengangguk. Sepertinya, cuma dia seorang yang tak tahu tentang berita itu.

"El dengar dari mana?" Puan Marissa menjawab soalannya dengan soalan.

Helena rasa aneh apabila soalan itu diaju kepadanya. Dia tak sepatutnya tahu tentang berita itu atau ada apa-apa yang disorok?

"El kan rapat dengan Dira." Helena berbohong. Walhal, sudah lama dia tak menghubungi sepupunya.

"Mama sibuk, terlupa nak bagi tahu," jawab Puan Marissa acuh tak acuh.

Helena merenung mamanya, lama. Saban hari wanita itu berada di rumah, tanpa melakukan apa-apa dan kini dia beri alasan sibuk?

"Kak Dira dengan bakal tunang dia tu sepadan, kan? Seorang cantik, seorang lagi hensem. Tak dapat bayangkan muka anak dia orang, macam mana nanti." Mika meluah rasa yang terbuku di hati.

Helena hentikan suapan, apabila mendengar ayat adiknya.

Puan Marissa perhati Helena yang tiba-tiba saja membisu.

"Majlis dia minggu depan. Baju El dah nak siap. Nanti pergi fitting, tapi rasanya tak payah sebab Rai yang bagi saiz," kata Puan Marissa.

"Kak Dira pilih tema warna krim, keluarga kena pakai warna burgundy." Mika menyampuk.

Helena mengetap bibir. Dia pernah mengimpikan mahu memilih gabungan warna itu sewaktu berbual dengan Eden dulu.

Kini, warna itu dipilih Dira. Semuanya seperti satu kebetulan pula?

"Kak El?" Mika siku kakaknya.

Helena yang tersedar daripada lamunan, melihat beberapa pasang mata yang melekat kepadanya.

"Kak El dah kenyang. Nak naik atas jap, ada kerja kena siapkan." Helena angkat kaki.

Puan Marissa dan Mika hanya jadi pemerhati.

"Kerja apa yang dia kena siapkan?" Encik Syed kerutkan dahi kerana anaknya seorang model.

"Itulah, Mika pun pelik." Mika turut mengangguk, bersetuju.

"Dah, makan cepat," tegur Puan Marissa.

Mika menyambung suapan sambil perhati mamanya yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu.


Nina berada di sebuah restoran, di hotel mewah. Dia mahu balas kebaikan Eden kerana telah banyak membantunya di Luxembourg.

"Encik Eden, tahniah," ucap Nina. Eden menjemputnya untuk meriahkan majlis pertunangan yang bakal berlangsung tak lama lagi.

"Terima kasih. Nanti datanglah dengan keluarga," balas Eden.

Nina hanya mengangguk, tanpa membuka mulut kerana seorang pelayan datang menghidang pencuci mulut.

"Kita orang tak oder ni." Nina melihat hidangan itu dengan kerutan di dahi.

Pelayan wanita itu menghadiahkan senyuman.

"Yang ni, desert terbaru dari cef kami."

Nina mengangguk seraya mengucapkan terima kasih. Dia melihat hidangan yang terhidang. Vanila panna cotta bersama sos beri.

"I enjoyed the meals, thank you," ucap Eden sebelum menyuap pencuci mulut.

Nina mengangguk. Hari ini merupakan pertemuan mereka yang terakhir dan selepas ini, misinya tamat. Tak sabar mahu menerima bayaran yang terakhir dan fokus menjaga ibunya pula.

Semua berjalan seperti yang dirancang. Dia hanya perlu makan tengahari bersama lelaki itu.

Eden mengelipkan mata beberapa kali kerana pandangan yang mulai kabur. Dia memicit pelipis yang tiba-tiba berdenyut.

"Encik Eden, okey?" Nina yang perasan perubahan lelaki itu, mula tak senang duduk.

Eden menggeleng beberapa kali, sambil memejam mata. Cuba membuang rasa pening yang menguasai diri.

"I think, I need to go..."

Nina mula panik apabila Eden sudah lentokkan kepala di atas meja. Dia melihat kiri dan kanan yang kosong, cuba meminta bantuan.

Belum sempat dia membuka mulut, Helena menghampiri meja mereka.

"Encik Eden kenapa? Saya berani bersumpah, saya tak buat apa-apa. Kita orang cuma berborak tadi." Nina terangkan situasi kepada Helena.

"Tolong papah dia kejap." Helena beri arahan.

Nina terus membantu, tanpa banyak soal. Tangan disangkut di bahu lelaki itu, apabila melihat Helena yang terkial-kial mahu memapah Eden.

Nasib meja yang dihuni mereka berada di hujung sekali dan agak tersorok.

"Kenapa ni Cik?" tegur seorang pelayan wanita yang kebetulan lalu.

"Jangan risau, tak ada apa. Dia pening sikit," jawab Helena bersahaja.

Wanita itu mengangguk, sebelum berlalu pergi dan meninggalkan dua orang wanita yang berperang mahu mengalihkan tubuh Eden.

"Hantar pergi lif dulu. Nanti you bayar bil, lepas tu naik atas tingkat 15." Helena memberi arahan. Mulut dimuncungkan pada tas tangan yang berada di atas meja.

Nina mengangguk dan memapah Eden bersama Helena, masuk ke sebuah lif kurung. Selepas itu, dia menghilangkan diri bersama tas Helena untuk membayar bil makanan tadi.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now