BAB 39

2.6K 251 13
                                    

Eden urut belakang leher akibat tak dapat melelapkan mata di tempat yang selesa. Sudah berhari-hari dia tidur di sofa.

Sehingga kini, Helena tak perasan kehilangannya kerana isterinya tidur begitu nyenyak. Dia selalu pastikan dirinya terjaga daripada tidur sebelum Helena.

Sejak bergelar penganggur, dia begitu sibuk menguruskan hal rumah tangganya. Resume sudah dihantar ke beberapa Universiti. Dia bercadang mahu menjadi seorang pensyarah dalam bidang International Relations, memandangkan dia ada pengalaman menjadi pegawai diplomatik.

Walaupun sudah berhenti berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, dia masih memiliki sumber pendapatan dari dua buah kafe.

Eden duduk di meja makan. Sarapan sudah dihidangkan seawal jam 8 pagi oleh Siti.

"Helena tak bangun lagi ke?" tegur Siti sambil meletakkan teko ke atas meja.

"Macam biasalah, Kak Siti." Eden mencapai sekeping roti lalu disapu jem.

Sudah seminggu Siti menetap di rumah ini, dan sepanjang tempoh tersebut Eden rasa seperti sedang menjalankan sesi penggambaran.

Kalau sebelum ini, dia hanya perlu melakonkan watak di hadapan Helena. Namun sekarang, dia perlu mantapkan lagi bakat lakonan di hadapan Siti.

Kalau Siti dapat menghidu sesuatu, pasti Ammar naik angin nanti. Tak pasal-pasal bibirnya pecah untuk kali yang kedua, selepas kejadian di hospital sebelum ini.

Sewaktu sedang mengecap air kopi yang panas, anak mata melekat kepada satu susuk tubuh yang mendekati meja makan.

Hampir tersembur air yang diminum Eden setelah melihat pakaian yang dikenakan isterinya.

"Kenapa pakai macam ni?" tegur Eden setelah meletakkan cawan ke atas meja.

"Kenapa?" Helena pulangkan semula soalan seraya melihat pakaian yang dipakai.

Seluar pendek yang hanya menutupi punggung, dipadankan dengan baju T.

"Tak malu ke Kak Siti tengok?" Eden berbisik. Takut perbualan mereka didengari Siti yang sedang sibuk di singki.

"Nak malu kenapa? Dia perempuan, saya pun perempuan. Lagipun, kalau pakai macam ni senang sikit." Helena angkat tangan yang berbalut dan kaki yang masih terdapat luka-luka kecil akibat terkena serpihan kaca sewaktu kemalangan.

Eden menghela nafas panjang sambil melihat betis Helena yang putih mulus. Sebelum ini, dia hanya melihat melalui skrin. Tapi, hari ini dia melihatnya secara live. Takut imannya lari lintang pukang keluar daripada badan pula.

"Aurat perempuan dengan perempuan, dari pusat sampai lutut. Lupa ke?" Eden mengingatkan.

Helena tersengih. Menayang barisan gigi yang tersusun rapi.

"Pergi tukar," tambah Eden lagi.

Dengan langkah yang malas, Helena mula menapak naik ke tingkat atas.

"Helena nak pergi mana tu? Dia tak nak sarapan ke?" tanya Siti sambil keringkan tangan dengan sehelai kain.

"Dia nak tukar baju. Terkena air," balas Eden yang berbohong.

Siti mengangguk beberapa kali.

"Duduklah, Kak Siti. Makan dengan kita orang." Eden sering pelawa wanita ini untuk makan bersama mereka, namun ajakannya selalu ditolak mentah-mentah.

"Tak apalah, Eden. Kak Siti dah makan sebelum sediakan sarapan tadi."

Belum sempat Eden buka mulut, dia terdengar derapan kaki Helena yang sedang menuruni anak tangga.

Cinta Berakhir BahagiaWhere stories live. Discover now