Prolog

15 0 0
                                    

Aafiyaah menguap kecil, tangannya pantas menutup gua yang beraskar putih itu. Dia kerling sekilas figura yang masih nyenyak tidur di sebelahnya.

Dia memerhati setiap inci wajah itu, setiap pagi pasti dia merenung wajah itu tetapi tak pernah jemu dia menghadap wajah yang sudah menyinari hidupnya yang sebelum ini dia sangkakan sudah kelam.

Tangannya naik mengusap wajah itu perlahan. Tangan bergerak mengusap mata  yang selalu memandangnya dengan penuh rasa cinta, hidung yang mancung pula itu dicuit sedikit.

Berkerut pemilik wajah sempurna itu apabila dikacau tidurnya. Bibir nipis kemerahan itu juga disentuh mengikut bentuknya yang sempurna terletak.

"Eh flower, why you tak tidur? Baru pukul 4:00 pagi." Si dia iaitu suami kepada Aafiyaah terjaga dari tidur.

"I tak mengantuk la hubby. Sayang~.Alang-alang you dah bangun sekali ni jomlah kita solat tahajud."Pujuk Aafiyaah.

"Hmm, yelah. You ambil wudhu la dulu biar I siapkan sejadah." Ujar suaminya sambil memandangnya dengan mata yang masih kuyu menahan kantuk.

"Eh,kenapa you pula yang kena sediakan sejadah biar i la yang buat, you tu suami i ni pula isteri. Dah, you pergi ambil wudhu dulu." Geram Aafiyah apabila tugasnya dirampas suaminya sendiri.

"Hmm, yelah. Suka hati you la my flower tercintah." Suaminya bangun menuju ke bilik air yang sudah tersedia dalam bilik mereka. Haish,mengantuk sangat tu sampai jalan pun terhuyung-hayang macam orang mabuk.

Aafiyah hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Haish, suami aku ni tak pernah kalau tak comel.

Dia bangun untuk menyiapkan apa yang patut.

"Assalamualaikumwarahmatullah." Selesai solat tahajud yang diimamkan oleh suaminya. Suami Aafiyah menadah tangan untuk membaca doa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Kami memohon ampun atas dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. Rahmatilah keluarga kami. Izinkanlah kami masuk ke syurga firdausMu tanpa dihisab Ya Allah. Matikanlah kami dalam husnul khotimah. Terima kasih atas kurnia dan nikmat telah kau beri kepada kami Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin."

Doa suaminya diaminkan. Suaminya pusing ke belakang sambil menghulurkan tangan. Aafiyah menyambut lembut tangan suaminya kemudian dicium dengan penuh rasa syukur kerana dikurniakan suami yang baik.

Sesudah itu Aafiyah melipat telekung dan sejadah yang digunakannya dan suaminya.

"Hubby, i turun dulu siapkan sarapan untuk anak-anak."

"Flower, hari ni biar hubby yang sediakan sarapan okey? You rehatlah dulu lagipun flower kan tengah kandungan anak kita. Mesti flower penat." Risau suaminya.

"Tapi.."

"Aip! Tak de tapi-tapi dah pergi rehat sana, kalau bosan baca buku yang hubby beli semalam." Tegas suaminya.

"Yelah-yelah." Pasrah Aafiyah.












Sekian salam perkenalan.

She's Perfect For MeWhere stories live. Discover now