Enggan menyimpan perasaan yang sudah lama ditahan selama bertahun-tahun. Dia, NAAZ AAFIYAH MAKAYLA membuat keputusan meluahkan isi hatinya kepada si dia. Tetapi si dia hanya diam dan pergi tinggalkan dirinya sepi dan terpinga-pinga seolah perasaanya hanya mainan. NABEEL. Akibat daripada kejadian itu Aafiyah mula membenci si dia. Lagi menambahkan sakit hatinya apabila keluarganya memaksa dia menerima pinangan daripada sebuah keluarga iaitu kenalan ayah dan ibunya. Disebabkan tidak mahu dituduh sebagai anak derhaka,dia menerima dengan hati yang rela tak berapa nak rela sebenarnya. Siapa pula Asyaar? Adakah hero kisah ini atau hanya orang ketiga yang menyemak dalam kisah ini?