Bab | 01

9 0 0
                                    

Aafiyah mengeluh perlahan. Manalah si Mich ni! Geram aku dibuatnya,kang kalau tak bagi makan asyik mengeow je.

"Mich oh Mich! Kau pergi mana? Tak nak makan ke, kalau tak nak sudah. Kau jangan sampai aku bagitahu bini kau pergi jumpa kucing betina jiran sebelah."

"Meow!" Muncul seekor kucing berwarna kelabu mendekati Aafiyah sambil membuat muka menyampah. Haish, sikit-sikit nak ugut. Penyibuklah tuan aku ni!

Aafiyah hanya buat tak tahu sahaja dengan muka Mich. Ada aku kisah dengan muka kau tu, bersyukurlah aku baik bagi makan. Eh dia ni tampar satgi kang!

Aafiyah bangun dari mencangkung apabila selesai meletakkan makanan ke dalam bekas makanan kucingnya.

Nak bagi makan pun degil.Aafiyah berjalan menaiki tangga meninggalkan dapur ibunya itu.

"Eh! Piya sini kejap, aku lapar la kau masakkan tomyam." Ibu saudaranya, Mak Teh memanggilnya dengan kasar.

"Tapi tak ada bahan lah Mak Teh" Balas Aafiyah.

"Kalau tahu tak ada pergilah beli! Itu pun nak aku ajar ke hah?!" Ujar Mak Teh dengan muka yang bengis.

Aafiyah hanya mengangguk. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya, dia membuka wardrobe memilih pakaian yang sesuai untuk keluar. Haish, lama lagi ke ibu nak balik dari UK. Lama-lama macam ni tak tahan aku.

Ibu kepada Aafiyah, Puan Sri Amelia outstation di UK selama seminggu. Ibunya mengamanahkan kakaknya iaitu Mak Teh atau nama sebenarnya Badriyah untuk menjaganya selama ketiadaan ibu.

Ish! Dia dah membantah cadangan ibunya dan dia juga mahu ikut tetapi dia sedar dia perlu bersekolah.

Dia tahu Mak Teh tidak menyukainya sejak dia kecil tapi dia sudah lama tidak berjumpa dengan Mak Teh kerana setiap kali balik kampung dia pasti memberi macam-macam alasan kepada ibunya seperti tak sihat lah,sakit perutlah dan macam-macam lagi.

Dia juga tidak tahu kenapa Mak Teh tidak menyukainya tetapi yang pasti dia pun tak suka Mak Teh!Sudahlah tu bercerita fasal keluarga aku.

Setelah siap menukar pakaian dia turun menuruni anak tangga. Dia kerling sekilas melihat Mak Teh menyandar di kerusi malas sambil membelek telefon Opponya itu.

"Lambat betul la kau bersiap. Aku lapar tahu tak?! Dah aku tukar selera aku nak makan seafood dekat kedai makan. Yang pasti kau yang bayar!" Ujar Mak Teh sambil menjelingnya.

Aafiyah mengangguk.Mak Teh bangun dari kerusi dia berjalan menuju ke pintu masuk rumah.

'Bila pula Mak Teh bersiap ni?' Getus hati Aafiyah. Dah la pakai baju ketat, pakai tudung tapi macam apa entah. Fesyen zaman sekarang semuanya memang mudah dapat tiket percuma ke neraka.

"Dah, kau termenung apa lagi! Cepat la." Terkejut Aafiyah dek tengkingan Mak Tehnya.

Aafiyah cepat-cepat menekan tombol kunci kereta.

"Mak Teh, nak singgah mana-mana lagi ke selain kedai makan?" Soal Aafiyah dengan lembut.

"TAK ADA!"

Aafiyah hanya mengangguk perlahan.





























Nabeel berjalan menuju 7ELEVEN. Dia membuka pintu kemudian terus menuju ke arah mesin air. Dia mengambil cawan besar dan memilih air slurpee.

Selesai mengisi air di dalam cawan dia menuju pula ke arah rak-rak makanan ringan yang tersedia. Dia mengambil dua bungkus ramen berlainan perisa, carbonara dan cheese.

Barang-barang itu diletakkan di atas meja kaunter.

"Semuanya RM17.10 sen." Penjaga kaunter itu meletakkan makananya di dalam plastik yang sederhana.

Nabeel membuka dompetnya, dia mencari duit kecil tetapi tiada. Terpaksalah Nabeel menghulurkan sekeping RM50.

Setelah selesai membayar dia menjinjing plastik yang berisi ramennya itu. Air slurpee dihirup dengan nikmat.

"Arghh! Leganya dapat minum air". Nabeel berjalan menuju ke kedai makan yang berhadapan dengan 7ELEVEN. Kesian mamanya menunggu lama

"Aduh!" Keluh Aafiyah perlahan.

"Eh, maaf-maaf. Sorry saya tak sengaja." Sebersalah Nabeel dibuatnya apabila melanggar anak dara orang.

"Eh, tak apa. Saya okey." Aafiyah mengangkat mukanya mahu melihat pemilik suara garau tersebut.

"Eh, Nabeel rupanya." Tersenyum lebar Aafiyah melihat crush di depan mata.

"Erm, awak ni sia-." Tak sempat Nabeel meneruskan percakapan ada suara memanggil gadis itu.

"AAFIYAH!"

Cepat-cepat AAFIYAH berlari anak menuju ke arah Mak Tehnya yang sudah menunggu di depan pintu kereta ,bersedia untuk balik.

"Ouh,nama dia Aafiyah rupanya." Gumam Nabeel.

"Eh, mak aku." Cepat-cepat Nabeel berlari masuk ke kedai makan itu.
































TBC


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

She's Perfect For MeWhere stories live. Discover now