Bab Dua Puluh Empat 🦋

2.2K 70 2
                                    

Wah, segarnya. Selepas beberapa hari ni dekat hospital aje, rasa macam sesak nafas! Bau ubat dia, tak suka lah! Tapi, perlu menahan.

Adeena diam saja di pantai itu. Sepoi-sepoi angin di petang itu, pandangan Adeena dihalakan ke kaki nya. Dia tersenyum dan pelan menggoyangkan kaki. Haha, tak sampai Adeena nak cecah tanah.

Tegak badan Adeena apabila melihat kelibat Ryu. Dia bergerak ke kiri sikit membagi ruang untuk Ryu duduk.

"Nak air?" Ryu memulakan percakapan. Dia membukakan botol air yang masih penuh dan di bagi ke Adeena.

"Nantilah. Banyak orang, susah."

Haahlah! Lupa pulak Ryu yang isteri dia ni berniqab, mestilah kena minum tu sopan sikit dan kena still minum dalam keadaan berniqab.

Ryu tertawa kecil mengingat itu. Keadaan kembali sunyi dan kedua-dua nya merenung ke langit. Semua masalah yang bermain dikepala di lepas seketika. Ehm, rasa bebas.

"Tak sangka, pejam celik pejam celik eh dah berkahwin. Dengan awak pula tu." Adeena bersuara dengan lembut. Pandangan nya masih di langit. Indah dan damai.

"Takdir. Kalau kita dah jodoh, kenalah terima. Kan?"

Adeena tergelak dan mengangguk. Mereka hening seketika dikala itu.

"Apa yang buat awak terima perkahwinan dengan Aedina?"

"I don't want talk about her."

"I just ask the reason. Betul tak nak jawab?" Adeena mengalihkan pandangan ke Ryu. Berharap lelaki itu nak jawab.

"Huh, warisan. Untuk mewarisi harta papa, abang kena kahwin dengan Aedina. But, i'm married with you. I love that. Very much."

Adeena tergelak mendengar ujaran Ryu. Dia mengangguk sebagai jawaban dan terdiam. Ryu masih meneliti wajah Adeena.

"Kenapa sayang gantikan Aedina?"

"Mama awaklah. Dia merayu sangat. Sebab isteri awak ni baik, saya terima." Adeena sempat lagi terkekeh dengan jawaban nya sendiri.

Ryu mencoel hidung Adeena dan tersenyum kecil. Dia terkekeh mendengar jawaban Adeena. Ee comel!

"Kalau bukan sebab mama, abang takkan kenal awak. Kalau Edina tak lari, abang takkan jumpa awak. That's so damn good."

Adeena mendengar dengan senyuman lembut nya. Dia memandang Ryu dengan pandangan penuh makna.

"Abang, nak janji tak?"

"What promise, dear?"

"Jangan berpaling."

Adeena menarik jari kelingking Ryu untuk disatukan dengan jari nya. Ryu tersenyum dan mengangguk. Dia melihat tangan kecil Adeena yang di genggaman nya.

"I'm promise. Dengan nama Allah, abang, Ryu Eyden Haykal takkan sesekali berani untuk berpaling dari isteri tercinta, Adeena Amaeldyia." Dengan nada yakin, dia bersuara. Tatapan lembut dia tujukan pada Adeena. Mereka saling bertatap untuk masa yang lama.

Adeena merapatkan diri ke arah Ryu dan tangannya bergerak ke pinggang Ryu. Dia memeluk Ryu dengan erat lalu kepala nya dimiringkan ke bahu. Mata nya memandang langit yang tak lama lagi akan bertukar warna.

"Ni bukan janji melayu."

Ryu bersuara dengan lembut. Adeena tergelak mendengar. Janji melayu dikatanya.

"Deena selalu datang sini masa kecil."

"Really?"

"Yeah, dengan.. ibu angkat."

MATCHED LOVE [REST]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें