Part 19

103 6 0
                                    

Selepas sahaja kami makan malam terus bergerak untuk membeli belah di sekitar sini. "Kau ada nak pergi mana-mana ke Ica?" Tanyaku kepada Ica. "Haah yes, kau duduk la eh dengan dia. Aku dengan Hadra nak pergi beli tempat lain" jawab Ica yang telah bergerak pergi. "lah macam tak boleh gerak sekali je" ujarku pada Ica. Ica terus tidak menghiraukan aku dan terus bergerak pergi. "Haira, mama nak pergi jumpa papa jap tau, nanti mama datang balik sini" kata mama. "Macamtu Haira ikut mama la-" ujarku dengan penuh harapan untuk mengikuti mama. "Sekejap je nanti mama datang la balik okay?" Ujar mama dan terus bergegas pergi. Tiba-tiba juga time ni mama nak jumpa papa bagai. Aku terus berjalan melihat sekeliling. "kau ni tak bosan eh ikut aku? Pergi je la beli barang kau kat tempat lain" kataku pada Asyraf yang masih lagi berada di tepi. "Kau tu perempuan" ujar Asyraf. "Erk.. aku bukan umur 16, 17 tahun lagi okay??" ujarku dengan penuh yakinnya. "Takkan nak suruh aku explain satu satu?" Ujar Asyraf dengan tegas. "Erk takpayah, aku datang sini bukan nak dengar kau membebel ok?" Balasku.

"Alang-alang kita dah berjumpa ni, aku nak tanya kau satu soalan" ujar Asyraf kepada Haira yang sedang melihat gedung-gedung yang ingin dia membeli belah. "Tanya je la" jawabku. Asyraf terus memberikan pertanyaan ini "takpela tak jadi" . "Aik?" balasku. "Eh Haira, kau nampak tak apa aku nampak?" kata Asyraf sambil mengarahkan bola matanya pada seseorang yang berada di hadapan kami. Aku automatik mengalih arah penghilatanku pada seseorang yang ditunjuk oleh Asyraf sebentar tadi. "Aku rasa kita kena patah balik" ujarku. "Biarjela jalan jee" kata Asyraf dengan penuh keyakinan diri. Tanpa fikir panjang aku terus menarik Asyraf menyorok ke satu gedung. Aku dan dia terus masuk tanpa melihat gedung itu. "Apehal ko ni, dia je pun" kata Asyraf. "Sekarang kalau ada Ica dengan Hadra takpe la juga, masalahnya aku dengan kau je ni" ujar Haira sambil melihat sekeliling. Aku melihat Qistina dan rakan rakanya sudahpun lalu pergi. Kenapa pula si Qistina ada di sini? Takkan cari si Asyraf ni pulak. Masalahnya sekarang ni mama takde, Ica dengan Hadra hilang terus. Aku terus menghela nafas. Aku terus melihat sekeliling di dalam gudang ini, "nice ini la aku cari" ujarku dalam hati. Aku terus melihat barang-barang di sini sementara Asyraf masih lagi melihat sekeliling dan mengikutiku.

"Meh sini tangan kau" kataku. Asyraf terus menghulurkan tangannya padaku. "Thanks" kata Haira sambil memberikan senyuman. "Kenapa pula?hmm?" Tanya Asyraf. Tanpa menjawabkan soalan tersebut aku terus mengambil satu liptint dan mencelekkan atas tangan Asyraf. "aku taknak comotkan tangan aku, so kat sini ada kau je, jadi kau kena tolong aku ok?" Kataku pada Asyraf sambil memberikan senyuman tidak ikhlas. Asyraf terus membalas senyuman yang diberikan olehku, sebenarnya Asyraf tidak faham apa yang Haira ingin sampaikan.

"Heh okay whatever lah Haira" ujar Asyraf. Asyraf tanpa peduli, diapun bermain telefon sementara Haira sedang mencari-cari warna liptint yang sesuai. Selepas Haira dapat mencari warna yang sesuai, terus Haira pergi ke kaunter untuk membayar. "Kau beli apa Haira? Dari tangan sampai ke lengan berwarna warni ni" Tanya Asyraf padaku. "wait whatt??kau test warna liptint kau kat tangan aku Haira??Haira Arelyne!!kenapa banyak sangat warna dekat tangan aku ni!??what the hack is this" bebel Asyraf.

Aku terus melihat tangan hingga ke lengannya, "Alah sikit aje tu, kalau lagi lama sampai ke kaki aku buat. Nak?" Kataku. "Taknak taknak jom keluar dari sini" ujar Asyraf sambil keluar dari gedung. "tahu pun..banyak tanya" ujar Haira.

"Hmm so..kau ada nak beli apa-apa lagi ke Haira?" Tanya Asyraf. "Takde, ni je" ujarku sambil mengukirkan senyuman. "Cantik betul senyuman tu" puji Asyraf sambil melihat ke arah Haira. Seketika Haira terus berhenti berjalan lalu melihat ke arah Asyraf. "Erk.." senyuman Haira pun terus hilang. Apahal pula puji-puji ni?. "Kau puji-puji ni nak aku belanja ape-ape ke?" Tanya Haira. Ye lah selalu orang puji-puji ni nak suruh belanjakan something. "Boleh je kalau nak suruh aku belanja" ujar Haira sekali lagi. "Eh takdela kau ni fikir macamtu pulakk, aku cakap benda betul" kata Asyraf dan terus berjalan. Pujian dari Asyraf membuat aku terdiam sebentar. Sementara itu juga aku mencari-cari mana perginya si Hadra dan Ica. "Kau cari apa?" Tanya Asyraf. "Cari Ica dengan Hadra lah, aku stres betul dengan diorang ni" jawab Haira. "Tuu" tunjuk Asyraf keberadaan mereka di sana. "Ouh kau" ujarku dan terus pergi ke arah Ica, aku terus meninggalkan Asyraf di belakang semata-mata untuk pergi kepada Ica.

"Kau lari lagi dari aku siap kau, kau nak tengok mall ni terbakar kau buat. ICA!!" aku terus menyebut sebaris nama tersebut dengan kuat. "Hehe hai Haira beli ape tu, waa cantik nye mana kau beli?" Kata Ica sambil tersenyum sinis. "Apa hehe hehe, apa puji-puji. Ko berjalan dengan aku sekarang. Hadra ko pergi jalan dengan manusia kat belakang aku tu, kang dengan kau kau aku sepak" kata Haira dengan penuh geram. Hadra terus mengangguk tanda faham dan berjalan terus dengan Asyraf, sementara aku di sini dengan Ica.

Hadra dan Asyraf terus bergerak pergi ke tempat lain. Aku terus menyilang kedua-dua tanganku sambil memerhati Ica."Hai cik Ica, beli ape tu?" . "hehe beli baju,Cik Haira. Cik Haira nak jugak ke?" Jawab Ica.

"Diam" ujar Haira. "Kau ni nak dating dengan Hadra pun jangan la tinggalkan aku dengan Asyraf, kau faham aku ni malu?" Ujar Haira. "Alah kawan kau jugak kan malu ape" kata Ica. Aku terus berpura-pura menelefon seseorang. "Ye haah tinggi dia lebih kurang 167cm , pakai baju-"

"oi oi Haira tu tinggi aku" kata Ica. "ye haah, ada orang tanya aku ade tak orang yang lebih kurang 165+ cm, diorang nak beli. So" kata Haira. "Eh atok kau" , tekejut Ica.

"atok aku underground" ujar Haira. "Ye la lepasni aku tak tinggalkan kau dah" kata Ica sambil memberikan senyuman kepadaku. "Good" . Aku terus menemani Ica di sini.

heartless to falling in love ( og ) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang