🪽16

11 0 0
                                    

"Saya tengok pencapaian kamu sekarang makin turun ye Larissa

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

"Saya tengok pencapaian kamu sekarang makin turun ye Larissa. Kamu nie kenapa? Ada masalah ke?" Ujar Puan Yoona

" Kamu pun tahukan peperiksaan akhir inilah yang menentukan korang semua ni akan berada di universiti yang mana. Kamu taknak ke sambung belajar ditempat impian kamu." sambungnya lagi.

"Hm saya ada masalah besarlah cikgu." Balasnya seraya membuat riak wajah sedih.

" Masalah apa. Cuba awak bagitahu dengan saya kalau ada apa-apa yang patut pihak sekolah bantu, kami akan bantu." ujar Cikgu Yoona dengan penuh kasih sayang serta bersimpati dengan masalah Larissa alami.

" Hm, lately nie abang dokter handsome tu asyik berlegar difikiran saya. Jadi, saya tengah busy sekarang fikir cara untuk mengejar buah hati saya. So, bye!" terus Larissa berlari keluar daripada bilik kelas tersebut.

" Han Larissa! " jeritan guru itu kalau boleh sampai luar bilik terdengar suaranya. Tapi gadis itu sedaya upaya berlari jauh daripada pandangan Cikgu Yoona.

" Ish kau nie kenapa macam kena kejar dengan hantu. "

" Ye, hantu Yoona namanya. "

Young eun hanya membalas dengan wajah 'im done' .

" Dah jom aku lapar. "

" Okay jom !"

" Balik nanti aku kene balik awal tahu. Aku ada hal sikit jadi kau kene backupkan untuk aku kelas petang nie. " ujar Larissa. Young eun memandang gadis disebelahnya dengan pandangan maut.

" Kau nak pergi mana? Kenapa tiba-tiba ada hal nie. Asal aku tak tahu menahu pasal hal kau pula nie?" bermacam-macam soalan yang keluar daripada mulut Young Eun.

" Nanti aku cerita dekat kau okay. Sekarang nie kita makan dulu jom. "

Bahu Young Eun dirangkul tatkala mereka berlari ke arah kantin sekolah dengan gelak tawa.

" Dokter! dokter! " suara jeritan seorang jururawat yang masuk daripada pintu utama

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

" Dokter! dokter! " suara jeritan seorang jururawat yang masuk daripada pintu utama.

Beberapa pesakit yang baru turun daripada ambulance dengan luka yang agak parah.

Jeon Jungkook bergegas berlari ke arah pesakit yang berada di atas katil seraya roda bergerak laju ke dalam. Pesakit tersebut baru lepas kemalangan bas dan luka yang amat parah.

" Sediakan bilik untuk operation sekarang. "

" Dokter Jeon. Nie rekod pesakit yang terbabit dalam kemalangan bas pagi tadi sekitar 5 pagi macam tu. " ujarnya.

Jungkook mengangguk kepala faham mendengar penjelasan seorang jururawat itu.

" Okay faham. Berapa lagi ambulance yang akan sampai? Sekarang sudah 5 buah?"

" Ada dalam sekitar 8 ambulances. Itupun mereka terpaksa menghantar dalam keadaan bergilir-gilir. " balasnya lagi.

" Okay. Tolong uruskan pesakit yang lain. " Jungkook terus berlari ke arah katil pesakit yang baru tiba dihadapan pintu utama.

Dokter lain juga sibuk dengan pesakit lain.

" Jimin! Tolong bawakan ubat tahan sakit lagi. " Lelaki itu angguk dan berlari mengambil ubat lebih.

.

.

Waktu berjalan dengan sangat pantas. Tanpa Jungkook sedar waktu sudah menunjukkan jam 2 petang. Malah dia masih sibuk dengan pesakit-pesakitnya.

Bas berhenti disebuah tempat iaitu berhadapan dengan hospital. Larissa berjalan perlahan-lahan dengan senyuman manis dibibirnya. Niat untuk berjumpa dengan jodohnya pada hari ini.

" Agak-agaknya jodoh aku nie busy tak ? hm."

Kaki semakin perlahan saat melihat ramai dokter dalam keadaan sibuk dan kehulur kehilir. Larissa kerling sekeliling terdapat ramai pesakit yang tercedera parah.

" Ada kemalangan besar terjadi ke? Kesiannya." soalnya lagi.

" Biarlah yang penting jumpa dengan dokter Jeon Jungkook a.k.a jodohku. " bahasnya dengan penuh gembira.

" Dokter Jungkook! Dekat sini seorang lagi. " Jungkook berlari kearah sana.

" Sakit! " Jeritan halus daripada seoarang lelaki yang tercedera parah. Terdapat kaca yang tercucuk kedalam perutnya menyebabkan lelaki itu dipenuhi dengan darah dan mengakibatkan koyakkan disitu.

" Dokter Jungkook— " Larissa terhenti panggilannya apabila melihat lelaki itu tidak memandangnya malah bergegas ke arah pasakit yang tercedera parah disitu.

Larissa hanya melihat dari situ dan berdiam diri.

" Dia sibuk lagi. "

Jungkook terus naik ke atas katil untuk menghentikan darah lelaki itu. Jururawat menghulurkan beberapa helai kain bersih pada Jungkook.

Lelaki itu menggunakannya untuk menutup luka tersebut seraya dapat membantu mengelakkan sedikit darah daripada semakin mengalir keluar.

" Terus ke bilik bedah sekarang. " ujar Jungkook dan beberapa orang jururawat itu membantu membawa katil tersebut berjalan ke arah bilik bedah dalam keadaan berlari.

Larissa terus ikut mereka semua.

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

『 ᴅʀ. ᴊᴇᴏɴ 』 Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt