🪽19

15 2 0
                                    

Masa pun berlalu dengan pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masa pun berlalu dengan pantas. Jam menunjukkan masa untuk berehat sebentar. Larissa mengambil waktu ini untuk pergi ke tandas sementara masa berehat diberi dalam 30 minit sahaja.

"Young Eun, jom teman aku pergi tandas sekejap boleh. Aku tak tahanlah . Lepas tu takut pula tu . " ujarnya memohon pada gadis itu untuk temankan dia pergi 'melabur'.

" Ish kau ni penakut. Jomlah!"

" Miss, tandas dekat mana ye? " soal Larissa pada seorang pekerja disitu. Yelah mana dia nak tahukan tandas terletak dekat mana.

" Cik lalu jalan ni lepas tu belok kiri. Nanti nampak dekat atas ada signboard toilet dekat situ." balasnya dengan sopan dan senyuman pada bibir.

" Terima kasih. " Larissa dan YoungEun memberi tundukkan terima kasih dan berlalu pergi.

Mereka berdua jalan menghala ke arah tersebut. Memang dah tak tahan sangat dah si Larissa ni. Sikit lagi boleh membuang air kecil dekat sini je .

" Itupun tandas. Cepat. " berlari anak gadis itu mengejar tandas.

" Tak lari punlah tandas tu."

Dua orang lelaki kacak keluar dari kedai makan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua orang lelaki kacak keluar dari kedai makan tersebut. Kaki melangkah dengan perlahan disebabkan terlalu kenyang nak jalan laju-laju pun dah malas . Berat sangat dah perut tu.

" Lepas ni kau taknak balik terus ke. Lagipun Mama kau dah bising dah sebab kau asyik cancel perjumpaan dengan bakal pengantin perempuan kau tu. " Ujar Jimin memandang serious temannya itu.

" Aku taknaklah weh. Entah siapa-siapalah Lisha yang mama aku ceritakan tu. Aku tak berminat langsung nak tahu dan ambil peduli pasal life perkahwinan ni. Memang tak ada masa langsung. " Ujar Jungkook tegas . Dia sangat membantah.

" Tapikan- "

" Aku taknak tahu." Jungkook mencekup mulut Jimin sebelum dia menghabiskan ayat seterusnya.

Mereka berdua berjalan melalui hadapan dengan lab perubatan yang disebutkan tadi. Bukan sengaja, tapi memang kereta diletakkan disana.

" Dokter! " satu suara menghentikan perjalanan mereka berdua seketika.

" Dokter! " satu suara menghentikan perjalanan mereka berdua seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam perjalanan ke arah bilik perubatan tadi semula. Mata Larissa tertumpu keluar daun pintu kaca utama tempat tersebut. Seorang lelaki yang dia sangat kenal dan dapat cam walaupun dari jauh.

" Jodoh aku? " itu sahaja yang keluar daripada bibirnya.

" Ha jodoh? Mana-mana." Young Eun tercari-cari.

Tanpa membuang masa, Larissa terus berlari laju ke arah Jungkook dan meninggalkan kawannya yang masih tercari-cari siapakah yang dimaksudkan oleh gadis itu tadi.

" Oi tunggulah. "

" Dokter. " Larissa melontarkan senyuman saat memanggil panggilan tersebut.

Dua lelaki muda itu menoleh ke arah suara tersebut. Ye kelihatan seorang gadis berlari anak ke arah mereka berdua. Jimin memasang wajah pelik manakala Jungkook pula sudah menghela nafas panjang. Seolah-olah ada masalah yang datang.

Dalam larian anak Larissa dan diikuti oleh Young Eun. Gadis itu terjatuh disebabkan terlanggar batu kecil.

" Aduh!" Larissa menjerit kesakitan apabila punggungnya sudah dilabuhkan atas jalan tersebut. Young eun berlari lebih pantas selepas melihat kawannya yang terjatuh itu.

" Larissa ! " Jungkook dan Jimin pun berjalan pantas ke arah dua gadis tersebut .

" Kenapa kau lari kan dah jatuh. Ni boleh bangun tak, sini aku tolong. " Young eun cuba memapah Larissa berdiri namun jatuh semula.

" Tak bolehlah sakit sangat dekat sini. " Gadis itu menunjuk ke arah pergelangan kakinya seraya merengek pada lengan Young Eun.

Tanpa berkata apa-apa terus Jungkook dukung Larissa dan dudukkan gadis itu atas bangku berdekatan. Diikuti juga dengan Jimin dan Young Eun.

" Awak terseliuh ni. saya urut sikit bagi urat tak lari. Tahan sikit okay." ujar Jungkook seraya memusing-musing pergelangan kaki Larissa. Gadis itu menunjukkan riaksi kesakitan saat disentuh oleh Jungkook.

" Takpa, lepas dokter ubatkan mesti dah tak sakit. saya sanggup tahan demi melihat jodoh saya ni." ujar Larissa dengan laju.

Jimin dan Young eun terdiam .

" Kau betul-betul sakit ke memang sengaja ni ha." bisik Young eun.

" Betullah. Kalau nak pura-pura pun takkan lah masa ni kan. " bisiknya semula.

" Tu ke jodoh kau kata tu?"

" Yelah, handsome nak matikan. Kalau dapat ni aku simpan dalam bilik kebal elok-elok biar tak boleh lari." ujar Larissa lalu ketawa perlahan bersama Youn eun.

" Lepas tu kau kena tangkap sebab menculik seseorang. Padan muka kau! " sempat lagi Young eun perli gadis itu.

" Awak kena belajar cara berbisik dengan betul kut lepas ni. Nak bagi orang dekat sini dengar ke jenayah yang awak akan buat lepas ni." Jungkook memandang Larissa dengan raup wajah mendatar.

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

『 ᴅʀ. ᴊᴇᴏɴ 』 Where stories live. Discover now