🪽17

27 2 0
                                    

Larissa dan mereka semua tiba di hadapan bilik bedah tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Larissa dan mereka semua tiba di hadapan bilik bedah tersebut. Jungkook dan yang lain terus sahaja masuk ke dalam manakala gadis itu pula berhenti di luar pintu bilik.

" Hm kalau tunggu sekejap takpe kot. " Gadis itu bersandar pada dinding tatkala mata memandang pintu masuk bilik tersebut. Dia mengeluh panjang.

" Harap semua kerja dia berjalan dengan lancar. " doanya.

Dalam Larissa asyik dalam renungannya, seseorang tiba-tiba menegurnya.

" Cik? Cik nie siapa ye? " suara halus seorang dokter juga.

" Bukan siapa-siapa. Saya tunggu dokter Jungkook. " balas Larissa dengan senyuman tipis .

" Oh. Saya rasa dia lambat lagi tu. Baik awak balik ke sekolah dulu. " selepas melihat Larissa dalam berpakaian sekolah lagi dia meneka gadis itu masih sekolah.

Larissa memuncungkan bibirnya sedikit. Harini memang bukan rezeki dia berjumpa dengan jodohnya itu.

" Saya pergi dulu okay. " Dokter perempuan itu dalam keadaan sarat mengandung. Dia senyum pada Larissa lalu beredar pergi.

" Tapi sejak bila Dokter Jeon ada adik perempuan? " dokter itu menyoal diri sendiri.

Manakal Larissa pula melangkah kehadapan dengan berat. Betullah kata Dokter itu tadi, Jungkook mesti lama lagi akan siap. Lebih baik dia masuk kelas semula.

Jam menunjukkan pukul 3 lebih. Telefon bimbitnya berdering dan terpaparlah nama Young Eun disitu.

Larissa angkat panggilan tersebut.

" Hello. "

" Mana kau tu. Cepatlah sikit jangan lama sekejap lagi Cikgu nak bawa kita pergi lab perubatan herba traditional nie, ada ujian sikit. Penting tahu tak untuk peperiksaan eksperimen nanti. " ujar Youngeun.

" Yeke! Ish kenapa dia tak cakap awal-awal. " terus Larissa simpan semula telefonnya dan bergegas kembali ke sekolah semula.

" Jumpa lain kali jelah kita wahai jodohku."

Selepas 2 jam pembedahan berjalan dengan lancar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas 2 jam pembedahan berjalan dengan lancar. Jungkook keluar dengan keluhan yang panjang. Lega sangat semuanya sudah selesai. Mata kerling pada luar tingkap memandang awan yang semakin teduh.

" Dah petang rupanya. " ujarnya perlahan. Jungkook keluar daripada bilik tersebut.

" Dokter Jeon? "

Jungkook menoleh pandangan pada suara tersebut. Rupanya seorang dokter senior nya. Lelaki itu tersenyum sedikit disebabkan kepenatan seharian suntuk keluar masuk bilik bedah harini.

" Dokter Yina. "

" Semua okay? Kakak tengok awak nie bersungguh-sungguh betul buat kerja harini ye. Bagus. " pujinya.

" Kakak pun apa bezanya. Walaupun sarat mengandung masih buat kerja lebih-lebih. Ingat, berhati-hati sikit dengan kandungan tu." balasnya pula. Mereka tersengih dengan perlian masing-masing.

" Eh tadi ada adik perempuan awak cari awak tahu. Kesian dia tunggu lama dekat depan bilik bedah tadi." ujar Dokter Yina.

Jungkook terdiam seketika. Sejak bila dia ada adik pula nie. Setahunya, dia seorang aje anak dalam keluarganya. Ibubapa terlalu sibuk untuk ada anak kedua selain dia.

" Tapi itulah sejak bila Jungkook ada adik perempuan pula nie. Adik angkat ke ?" soalnya pula.

Jungkook berfikir seketika.

" Dia pakai baju sekolah ke ?"

" Betullah tu. Dengan baju sekolahnya dia datang sini. Jungkook biarkan je adik sendiri ponteng kelas ?"

" Kak, Jungkook mana ada Adik. " balasnya lalu dalam fikiran berfikir macam-macam sudah.

" Habis tu dia siapa?"

" Seseorang? " Jungkook senyum manis lalu beredar dari situ. Dokter Yina pula tersengih memandang 'adik' nya itu.

Jungkook masih berfikir tentang Larissa. Entah apa yang merasuk dirinya pun tak tahulah. Namun, dengan pantas lelaki itu memukul fikiran sendiri dan sedarkan diri.

" Kenapa pula aku nie. "

TBC
VOTE ME
💜

JUNGKOOK

『 ᴅʀ. ᴊᴇᴏɴ 』 Where stories live. Discover now