▪︎ Bab 12 ▪︎

10 1 0
                                    

ELV hanya bergoyang kaki di rumah memandangkan cawangan cafe yang baru itu baru dibuka kelmarin.Ringan sikit kerja.Sudah lima hari dia berada disini.Lusa dia akan pulang semula.Berada disini membuatkan hatinya yang gundah menjadi tenang dengan suasana kampung pada setiap batang jalan dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan.

Tidak dilupakan insiden dimana dia terserempak dengan Hans dan yang lain di pasar pagi.Walaupun hanya bertentang mata secara tidak sengaja,ianya cukup membuatkan hatinya bergetar.

Mendengar deringan telefon,pantas Elv melihat nama panggilan.Anehnya ejaan unknowns terpapar di skrin telefonnya.

'Siapa ni?'

Elv hanya memulaukan panggilan itu hinggalah panggilan yang ketiga.Ianya membuatkan Elv serabut kepala dan menekan butang hijau di skrin.

"Assalamualaikum,"Tersentak Elv mendengar suara Hans.

'Haduii aku tak ingat aku bagi nombor telefon dekat dia' Elv menepuk dahinya sendiri.

"Awak okay?Ada orang tak ni?"tanya Hans tatkala hanya sepi yang membalas salamnya.

"Waalaikumussalam.Saya okay,"

"Boleh saya tanya sesuatu tak?"tanya Hans lambat-lambat.

"Tanya je lah,"

"Kita keluar nak?"

"Awak ni macam budak sekolah menengahlah ajak pergi keluar.Sopan sangat,"Elv hanya tersenyum mengejek disebalik telefon.

Amboi kau.

"Then...Will you go out on date with me,Elvrina?"

Suara garau Hans menerpa telinga Elv membuatkannya dia merasa sesuatu di perut.

"Bila pula kita dating ni Encik Aadhans?"tanya Elv dengan nada usikan.

"Yes or yes?"

"Or,"Taknak bagi pilihan konon.Ceh.

"Jomlah kita keluar.Saya kena balik dah lusa ni,"pujuk Hans dengan suara meleret.

"Dekat mana?"

"Pantai Bachok je,"cadang Hans.

"Puas dah saya pergi,"

"Awak pergi tu dengan orang lain.Ni awak pergi dengan saya.Lain sikit experience,"ujar Hans.

"Kita pergi pantai geting,boleh?"cadang Elv.

"Boleh je mana-mana pun,"

"Okey.Pukul berapa nak pergi?"

"Lepas zuhur,"putus Hans.

"Sure.Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"Elv menekan butang merah setelah mendengar balasan salam dari Hans.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

SUASANA riuh rendah orang ramai meriahkan pantai itu.Elv mengenakan sweater dan seluar palazo bersama shawl jersey.

Elv melihat kedatangan seorang lelaki yang membawa dua air teh o beng ditangannya.Lama mereka tiba disini,mereka hanya melahap makanan sahaja.Lepastu diam.

"Nah air,"Hans menghulurkan air.

"Thanks,"tangan bertukar tangan.Air teh o beng itu terus diminum oleh Elv.Dahaga lah katakan.

Hans duduk ditepi Elv tetapi masih mengekalkan jaraknya.
Suasana sepi antara mereka menambahkan kejanggalan antara satu sama lain.

Mereka hanya melihat kuda-kuda yang dinaiki oleh para pengunjung di sana dan beberapa aktiviti lain.

THE TRUTH (slow update)Where stories live. Discover now