▪︎ Bab 16 ▪︎

6 1 0
                                    

AADHANS  masuk ke dalam sebuah kedai bunga yang kelihatan gah dan mewah daripada luar.Haruman bunga-bunga segar ketika dia masuk ke dalam membuatkannya pening kepala.

Matanya meliar-liar mencari bunga yang sesuai untuk operasinya nanti.Beberapa minit berlalu dan dia telah menemukan jenis bunga.

Kaki diatur keluar seusai membeli.Bibirnya tersenyum nipis melihat jambangan bunga bersama sebuah paper bag yang besar berada di passengger seat sebelahnya bersama note yang diletak elok.






                  Sampai sahaja di E.R's Cafe dia keluar dari perut kereta.Pakaian dirapikan,sambil membawa rambut kebelakang.

Jejaka itu membawa jambangan bunga dan menjinjit paper bag tersebut.Dia mengorak langkah ke arah pintu cafe.
Tempat pesanan menjadi destinasinya.

"Elv ada?"tanya Hans dengan berhati-hati.

"Miss Elv tak masuk kerja harini.Ada hal katanya,"

Boom!

Musnah rancangannya mendengarkan pernyataan yang baru sahaja keluar.Mahu berjumpa Si Dia,dia pula yang hilang.Puf,macam angin.Dahlah bawa bunga dan berbaju kemeja.Buat malu sahaja.

"Ooh takpelah.Awak ada alamat rumah dia tak?"

"Ada.Encik nak ke?"

"Ha'ah,"

"Sekejap eh.Ha ni alamat rumah dia,"sekeping sticky note berwarna kuning diletakkan dihadapan Hans.

Hans mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.








°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°






                   ELVRINA baring menelentang di atas sofa menghilangkan lelah mengemas rumah teresnya.Maklumlah esok dia akan berpindah ke rumah kakaknya.Esok pagi akan ada lori yang
datang mengambil segala kejadah barang.

Sedang asyik memusingkan badan ke kiri dan ke kanan,loceng tumah berbunyi.Pantas dia menyarung tudung yang terdampar di atas karpet.

Pintu rumah dibuka dan kelihatan seorang lelaki berkemeja putih disebalik pagar sedang memegang sejambak bunga dan paper bag di tangan kelihatan besar.

"Encik salah rumah ke?"tanya Elvrina polos.Lelaki itu tergelak kecil.

"Ni Miss Nur Elvrina Ralisya ke?"tanyanya sambil membaca text di paparan telefon pintar.

"Ya,saya,"

"Ni barang untuk cik,"terpinga-pinga Elvrina.

'Aku ado oda barey ko?Nok ko pakej sekali nga bungo'

"Ada seseorang beri kepada cik,"

"Siapa?"

"Secret Recipe katanya,"
Elvrina menjulingkan matanya ke atas.

"Ambillah ni cik.Panas berdiri lama-lama kat sini,"barang bertukar tangan.Lelaki itu mengucapkan salam sebelum meluncur laju keretanya.




                    Elv berjalan menuju ke arah ruang tamu.Sejambak bunga tulip berwarna pink dan paper bag  dipetakkan di atas meja bulat berwarna putih.

Dengan kurang sabar Elv terus mengambil note yang terletak elok di jambangan bunga.

Assalamualaikum
Dear soon to be my wife,

Sebenarnya,dah lama saya nak ungkapkan tiga perkataan ini kepada awak.Tetapi masa dan keadaan tak menyebelahi saya.
Jadi,Nur Elvrina Ralisya,izinkan saya meluahkan perasaan saya yang tak terluah from the very first moment I saw you.
Jadi....
Saya sayangkan awak,Elvrina.
Izinkan saya mengikat awak dengan pertunangan.
Jikalau dinda terima,telefonlah kanda dan berikan jawapan.Jikalau tidak,tak boleh.Kena terima juga.Hihihi :)
459,
5280,sayang.

THE TRUTH (slow update)Where stories live. Discover now