BAB:37

9.7K 398 55
                                    

Cobra berdiri di tepi kolam renang sambil menghisap rokok, kemudian asap dihembus pada wajah Julia yang sedang berdiri disebelahnya. Tapak tangannya lihat meraba tubuh Julia yang memakai pakaian seksi ini. Dia mendongak memandang bulan purnama yang terang cahayanya menyinari langit malam.

"Boss, semua dah ready untuk esok." Cobra mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Simon, dia tidak sabar mengadakan peperangan yang sangat besar esok.

"Aku dah lama tunggu saat ni, aku nak tengok sejauh mana hebat pasukan UTK tu. Diaorang mesti terkejut bila tahu ada pengkhianat. Budak tu macam mana? Hidup lagi? Jangan bagi dia mati sebab tu salah seorang tebusan kita." Cobra berjalan di tepi kolam renang sambil menghembus asap rokok ke langit.

"Dia masih hidup lagi, boss. Injured boss macam mana? Nak ubat lagi?"

"Aku tak perlu ubat sebab aku Cobra, nyawa aku ni kebal tak ada sesiapa mampu matikan aku." Ujar Cobra angkuh dan takbur sambil mendabik dada, berapa kali pun mereka mengacu senjata tiada pun mampu membunuhnya.

"Betul tu boss aku sokong. Esok pasti boss akan menang besar kerana kita ada ramai tebusan siapa saja yang berani ingkar termasuk la pasukan khas polis tu. Boss pasti tak sabar ingin melihat semua polis berlutut minta ampun kan."

Cobra ketawa besar mendengar kata-kata Simon. Dia memang tidak sabar ingin melihat semua polis meletak senjata di kaki dan berlutut padanya minta ampun dan berikan kepada dia duit sebanyak RM200juta. Siapa berani bertindak lebih jika salah seorang akan menjadi tebusan ialah seorang VIP.

"Memang aku tak sabar melihat kekalahan besar mereka. Siapa yang menganggu kerja aku, kehidupan diaorang memang tak kan pernah aman. Mula-mula aku nak tengok Inspector Adam Hayyat mati, aku nak seksa dia aku bunuh dia dengan tangan aku sendiri. Aku nak siat-siat kulit, lepas tu aku nak bakar dia hidup-hidup macam satay." Semakin galak Cobra ketawa apabila terbayang wajah Adam menahan kesakitan, dia tidak sabar mahu menyaksikan penyeksaan itu esok.

"Boss, polis tu mengamuk. Dia nak jumpa boss." Kata Josh termengah-mengah ketika mendekati Cobra.

Cobra mendengus kasar mendengar kata-kata pengikutnya, laju dia melangkah meninggalkan ruang tamu dan menuju ke bilik bawah tanah.

Tang! Daun pintu di tolak kuat. Cobra mencapai pedang samurai yang di sangkut pada dinding, kemudian dia melangkah mendekati Todak yang sedang di ikat pada dinding menggunakan rantai besi.

"Kau nak apa cari aku? Nak mati?" Cobra mengacu mata pedang samurai ke arah dada kiri Todak.

"Kenapa kau seksa aku macam ni?! Bunuh la aku! Kau nak apa?" Meronta-ronta Todak, dia tidak puas hati apabila diperlaku seperti binatang oleh Cobra.

Cobra ketawa besar mendengar kata-kata Todak.

"Aku akan bunuh kau tetapi esok selepas aku dapat RM200juta. Kau nak tahu tak? Semua orang di dalam UTK tu ingat kau pembelot sebab hilang bersama aku. Sedangkan semua rancangan aku dan kawan kau, aku sebenarya tak nak usik kau tapi disebabkan kau dah tahu semua rancangan aku, terpaksa la aku ajak kau join Landak masuk kubur tapi esok la bukan hari ni." Ujar Cobra sinis, dia mengangkat tinggi pedang samurai itu dan mengkelar lengan Todak hingga tersembur darah.

"Arghhhh!! Kau memang setan!" Jerit Todak sekuat hati. Kemalangan kereta polis tempoh hari adalah kerana ada seseorang menembak tayar kereta sehingga menyebabkan kereta itu hilang kawalan lalu jatuh ke dalam gaung. Dia terselamat dan cuba menangkap Cobra yang ingin melarikan diri, malangnya dia ditembak oleh seseorang bertopeng. Dia yakin lelaki itu salah seorang anggota UTK.

"Yess aku memang setan segala setan sebab tu aku boleh seksa kau macam ni. Kau nak tahu tak pasukan kau dalam bahaya sebab ada gunting di dalam lipatan. Esok akan ada satu misi besar, aku yakin akan menang dan semua anggota UTK akan mati di dalam tangan aku." Kata Cobra dengan angkuh dan sombong, sambil melibas pedang beberapa kali di hadapan muka Todak.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now