BAB:41

9.7K 403 29
                                    

"Paksu?!" Berang Adam apabila paksu mengasari Hawa. Dia sendiri tidak pernah menyakiti isterinya dan tak pernah sanggup bertindak kasar pada Hawa. Adam menarik Hawa ke dalam pelukan dan menolak kasar tubuh Ustaz Ishak yang berdiri di sebelahnya.

"Siapa paksu nak pukul isteri Adam? Paksu percaya lelaki tua ni?! Adam percaya dia yang cuba nak merosakkan isteri Adam!" Tegas Adam, dia tidak sangka paksu lebih mempercayai orang luar berbanding dirinya.

"Kamu ni buta ke? Terang lagi nyata dia ajak ustaz ni masuk ke dalam rumah di dalam keadaan tingkap dan pintu tertutup rapat. Aku tak nak ada pelacur di dalam keluarga aku!" Hj Abdullah tidak puas hati apabila Adam masih membela Hawa kerana baginya wanita itu sudah melampaui batas, dia tidak mahu ada pelacur di dalam keturunanya.

"Betul tu Tuan Hj Perempuan ni pujuk rayu saya. Jahat dia ni." Kata Ustaz Ishak berdiri di sebelah Hj Abdullah, dia sengaja menyiram minyak ke dalam api kemarahan Hj Abdullah.

"Oi! orang tua! Kau diam! Aku ni dah lama sabar dengan kau tau. Aku nak kau ikut aku balai!." Adam memegang kolar baju kemeja Ustaz Ishak lalu memukul wajah lelaki itu sekuat hati, hingga lelaki itu jatuh ke lantai.

"Adam! Stop jangan nak fitnah orang yang tak bersalah! Pelacur ni yang patut di halau bukannya orang lain!" Hj Abdullah menarik lengan Adam kasar agar menjauhi Ustaz Ishak.

"Stop gelar isteri Adam pelacur! Hawa isteri Adam bukan pelacur! Sampai mati dia isteri Adam, paksu tak puas hati dengan Adam jangan nak melibatkan Hawa." Balas Adam tegas, dia tidak suka jika ada sesiapapun menggelar Hawa pelacur atau nama tidak baik kerana dia kenal siapa isterinya.

"Kau berani tinggi kan suara dengan aku sekarang ni?! Kerana perempuan ni kau melawan aku?! Anak saudara apa kau ni?" Marah Hj Abdullah sambil menolak kasar dada Adam.

"Paksu yang cari pasal dengan Adam, Paksu tak sepatutnya percaya fitnah ni tanpa usul periksa, dan Adam paling pantang kalau orang menggelar isteri Adam dengan gelaran bukan-bukan. Paksu lebih tua daripada Adam sepatutnya mampu berfikir dengan logik bukan menuduh tanpa usul periksa." Adam tahu dia perlu menghormati paksu tetapi kekadang sikap seseorang yang melampau membuatkan dia hilang hormat terhadap seseorang. Jika kita ingin dihormati, hormat la orang lain terlebih dahulu.

"Kau tu yang tak dapat fikir dengan waras bila berjumpa dengan perempuan ni, antara baik pun tak dapat bezakan. Sekarang aku bagi kau pilihan Pusat Equin itu atau perempuan ni? Kalau kau sayang rumah dan Pusat Equin tinggalkan perempuan ni, kalau kau nak perempuan ni, kau bersedia la kerana aku akan menjual tanah termasuk rumah dan Pusat Equin ini esok."

Ustaz Ishak mengukir senyuman mendengar kata-kata Hj Abdullah, jika Adam memilih Hawa pasti Pusat Equin akan menjadi miliknya esok. Apabila dia tahu tanah ini milik Hj Abdullah dia menukar rancangan melakukan sesuatu agar Adam meninggalkan segala harta yang dia miliki ini. Tidak sangka rancanganya habis sampai ke penghujung.

Adam terkejut mendengar kata-kata Hj Abdullah, dia melepaskan keluhan kasar. Jika paksu menjual tanah serta rumah dan Pusat Equin maka segala kenangan bersama ibu akan hilang untuk selamanya.

"Abang pilih la rumah dan Pusat Equin ni, sayang boleh hidup sendiri dekat mana-mana je. Tempat ni banyak kenangan abang bersama ibu." Kata Hawa sayu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah ingin mengemas barang-barangnya. Dia mengesat air mata yang mengalir, jika berpisah dengan Adam untuk selamanya dia redha asalkan Adam tidak kehilangan segala kenangan yang ada.

"Perempuan tu pun sedar diri dia tak layak berada di dalam keluarga ni, jadi kau dah membuat keputusan memilih rumah dan Pusat Equin, betul kan?"

Adam mengukir senyuman sinis, dia menggeleng kepala pelahan. Adam melangkah masuk ke dalam rumah dan mendekati Hawa yang sedang memasukkan pakaian di dalam bag.

Lelakiku (C)Where stories live. Discover now