Chapter 19

71 7 2
                                    

Jaemin menguap panjang memandang perkataan-perkataan dengan saiz kecil pada laptopnya. Matanya sudah mula berair. Mungkin kerana terlalu lama membaca dan memandang skrin, atau mungkin kerana mengantuk. Otaknya sudah mula tidak berfungsi dengan baik. Sama ada kerana dia semakin mengantuk atau daya tahan otaknya bekerja sudah mencapai tahap yang sepatutnya.

Renjun dan Haechan masih lagi fokus memandang nota yang mereka buat sendiri untuk mencari maklumat yang tepat. Jisung pula memandang buku-buku tebal yang mereka pinjam dari perpustakaan. Masing-masing mempunyai tugas dan bahagian yang perlu disiapkan untuk tugasan berkumpulan itu.

Jaemin memandang jam pada skrin laptopnya. Ia masih awal untuk mereka berhenti bagaimanapun, mereka sudah berada di situ selama tiga jam. Dia tahu amat mustahil untuk mengakhirinya. Tambahan pula, mereka masih dalam kedudukan 30 peratus siap daripada keseluruhan. Pasti kawan-kawannya ingin meneruskan.

Sejujurnya, dia merasakan kawan-kawannya ini satu anugerah. Kesemua mereka mempunyai otak yang bekerja dengan tekun dan pantas. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang luar biasa membuatkan dia yang sebenarnya berada di tahap biasa turut menjadi seorang yang cemerlang.

Orang mungkin akan menyangka bahawa mereka hanya belajar 24 jam sehari tanpa henti. Tapi hakikatnya, mereka hanya pandai membahagikan masa. Mereka juga bergurau dan berkumpul untuk melepak dengan kerap. Atau mungkin menjadi pintar adalah anugerah buat mereka.

"Rasanya jurnal ni boleh guna."

Serentak mereka semua memandang Jisung yang sedang menuding ke arah sebuah buku. Atau lebih tepat lagi thesis.

"Tak semua. Tapi boleh jadi rujukan." Ujar Jisung.

Haechan segera mencapai buku itu kemudian mula membelek dan membacanya dengan Renjun turut menjenguk.

"Bahagian Literature Riview saya dah jumpa lima artikel setakat ni." Jaemin bersuara. "Saya share link kat group."

"Kalau dah ada tu dah senang." Renjun bersuara sambil meregangkan otot lehernya. "Tinggal buat hipotesis. Lagipun—oh."

Kata-kata lelaki kecil molek itu terhenti apabila matanya memandang ke arah sesuatu membuatkan kesemua kawan-kawannya yang lain turut memandang ke arah yang sama. Di suatu sudut di bahagian kerusi taman tidak jauh dari tempat mereka kelihatan Jeno dan Karina sedang bercumbuan mesra.

Jisung segera memandang sekeliling agak terkejut kerana pasangan itu bersikap terlalu terbuka. Hanya mereka yang berada di pondok itu dan ada kumpulan junior berada di pondok selang dua daripada mereka.

Tempat Jeno dan Karina duduk itu amat terbuka bagaimanapun sedikit terlindung daripada pondok mereka kerana ia sedikit jauh.

"Jeno tu masih tak tahu ke Karina curang?" tanya Renjun masih tidak mengalihkan perhatiannya.

"Mestilah tak." Ujar Haechan. "Kalau dia tahu takkan mereka masih bersama."

"Betul juga."

"Tapi tak kasihan ke kat Jeno?" Jisung berkerut. "Maksud saya... Kita dah tahu Karina tu curang dan kita tak beritahu pada Jeno."

"Tapi kalau kita beritahu dia," Renjun mencelah. "Mesti mereka bergaduh. Nanti tak pasal-pasal kita dipersalahkan."

"Tapi..." Jisung kehilangan kata-katanya.

"Lebih baik kita tak payah masuk campur sangat." Jaemin bersuara selamba. "Lambat laun Jeno tu akan tahu juga kebenaran."

"Ya." Sokong Haechan. "Harap-harap mereka jumpa jalan terbaik."

Empat sekawan itu kembali melakukan apa yang mereka kerjakan. Bagaimanapun, Jaemin tidak mampu menghalang dirinya daripada mencuri pandang ke arah pasangan itu. Adakah dia cemburu? Tidak. Mungkin tidak. Tetapi, dia juga merasa bersalah. Dia merasakan Jeno patut tahu. Memikirkan bagaimana kelakuan lelaki itu padanya membuatkan dia menghalang dirinya untuk mengatakan demikian. Dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan mengenai hal itu.






**************************






Mark melemparkan begnya di atas katil apabila tiba di rumahnya yang sentiasa kosong itu. Sejujurnya, dia tidak suka pulang ke rumah. Baginya, tempat itu hanya untuk dia berehat dan tidur. Tiada benda lain yang membuatkan dia merasa itu adalah tempat yang boleh dipanggil 'rumah'.

Latihan selesai lebih awal pada hari itu kerana esok adalah hari pertandingan. Coach Eunhyuk membenarkan mereka untuk berehat panjang sebagai persediaan untuk mereka beraksi. Esok adalah penentuan untuk mereka dengan melawan tiga pasukan jika menang sebagai syarat untuk mereka layak masuk ke peringkat akhir.

Satu perkara yang dia bersyukur adalah semangatnya telah pulih. Dia mula beraksi dengan lebih fokus dan baik. Itu yang menjadi kerunsingan pasukan mereka selama ini. Dia sudah dapat memimpin pasukannya sebagai seorang ketua dan jurulatih mereka juga berpuas hati dengan permainan mereka.

Mark tidak tahu apa penyebabnya. Dia merasakan keajaibab itu berlaku seminggu terakhir menjelang pertandingan ini. Dia merasakan semua aktivitinya berjalan seperti biasa. Tiada tekanan dan kerisauan yang muncul. Membuatkan dia berpuas hati dan bangun setiap pagi dengan tenang.

Atau mungkin kerana sesuatu telah berubah dalam rutin hariannya.

TING!

Mark memandang telefon bimbitnya yang bercahaya menandakan ada mesej yang masuk. Dengan pantas dia mencapai telefon itu dan membukanya. Serta-merta senyuman di bibirnya terukir. Ringkas sahaja mesej yang diterima. Jika dilihat tiada yang istimewa. Tetapi baginya, itu sudah istimewa.


Haechan Bear

Esok perlawanan penting! Awak mesti menang!

Saya akan datang dengan yang lain dan bersorak sepenuh hati!


Ya. Ianya daripada Haechan. Dia dan lelaki berkulit tan itu sudah bertukar nombor telefon ketika mereka makan bersama di bilik persalinan itu. Sejak itu, Haechan akan menghantar mesej padanya setiap hari dua atau tiga. Ia ringkas tetapi mampu membuat hati Mark berdebar.

Setelah selesai membalas pesanan itu dengan mengatakan, 'Terima kasih! Saya akan ambil semangat daripada sorakan awak.', Mark baring dikatilnya dengan senyuman masih terukir sambil memandang ke siling. Dia seperti orang yang sedang mabuk bercinta sedangkan tiada apa yang lain terjadi.

Mark tidak sedar betapa besarnya impak Haechan kepada dirinya saat ini. Ia seperti sesuatu yang hilang baru muncul kembali. Seperti sesuatu yang dia perlukan selama ini. Sesuatu yang dia cari. Perubahan kecil itu mampu membawa perubahan yang besar padanya. Malah, Jeno dan Chenle turut bertanya jika ada sesuatu yang berlaku kerana mereka sedar perubahan kawan mereka yang satu ini.

TING!

Tangan Mark yang masih memegang telefon itu bergerak pantas. Hatinya teruja menunggu balasan. Bibirnya tersenyum lebar. Akan tetapi, mesej yang diterima bukan daripada orang yang dia nantikan menyebabkan senyumannya pudar.


Jeon Somi

Babe!!! Esok saya akan pakai seksi.

Pink! Hope you'll win.


Mark segera membaling telefon bimbitnya itu tanpa ada niat untuk membalas. Dia bangun dan segera berjalan ke kamar mandi. Berharap hari esok akan segera tiba dan semuanya berjalan lancar.










To be continue......

Please ignore semua typo yaa. Hahaha. Tak dapat cari masa nak edit dah.

So, nak lagi? 😏

xoxo, M

You Belong To Me [MarkHyuck] [BL] ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang