Chapter 28

57 7 2
                                    

Hampir dua minggu berlalu sejak pengakuan drastik Haechan mengenai status Mark yang kononnya dia adalah orang yang memaksa lelaki itu sehingga dia dilabel sebagai homoseksual oleh universiti itu. Adakah ianya berhasil?

Sejujurnya ya. Ahli pasukan Mark dikhabarkan sudah kembali beraksi dengan baik tanpa sebarang masalah atau perasaan kekok. Untuk pelajar lain, mereka sudah tidak membongkar atau cuba membuktikan bahawa Mark suka pada lelaki walaupun masih ada seorang dua yang berbuat demikian.

Lain pula akibatnya kepada Haechan. Dia semakin dibuli. Semua orang semakin menyakat atau mengherdiknya secara lisan. Dia mampu bertahan. Walaupun perkara itu terjadi, Haechan mampu mempertahankan prestasinya di universiti itu sebagai pelajar cemerlang terutama di semesternya. Buat masa ini, dia hanya perlu menghabiskan semester itu dan berdoa semoga semuanya berlalu dengan cepat.

Bagaimana pula hubungan Haechan dan Mark? Mereka sudah tidak bertemu lagi. Dan Haechan merasa dia seharusnya berbuat seperti ini sejak awal. Dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan mampu bertahan tanpa bertemu dengan lelaki itu. Haechan sudah tidak mencari tahu pasal Mark. Malah, dia tidak mahu mendengar apa-apa cerita mengenai lelaki itu. Dia sudah membuang semua gambar atau barang yang mengingatkannya pada Mark.

Haechan memandang telefon bimbitnya yang tiba-tiba bercahaya. Dia terdiam seketika apabila melihat pemberitahuan bahawa hari itu adalah hari perlawanan bola keranjang pasukan universiti mereka. Dia hampir terlupa bahawa dia telah membuat tetapan tarikh pertandingan Mark.

"Awak nak tengok?"

Haechan memandang ke arah Renjun yang duduk di sebelahnya. Sepertinya lelaki itu ternampak skrin telefon Haechan. Mereka kini sedang melepak di rumah Haechan. Jisung dan Jaemin pula memutuskan untuk menonton perlawanan itu kerana Jeno.

Haechan menarik nafas panjang kemudian menghapuskan pemberitahuan itu. "Tak. Saya tak nak."

Renjun hanya mampu memandang kawannya itu sayu. Sejujurnya, dia tahu bagaimana terseksa hati kecil lelaki itu. Dia tahu Haechan kini seperti bukan Haechan yang dulu.

"Haechan-ah..."

Haechan tidak memandang wajah kawannya itu.

"Awak tahu tak..." Renjun bersuara lembut. "Dulu saya ingatkan awak hanya suka pada Mark."

Haechan tidak membalas.

"Tapi sekarang saya rasa awak mencintai dia."

Haechan ingin membantah. Dia ingin mengatakan bahawa perasaannya masih sama seperti sebelum ini. Tapi melihat kesakitan yang Mark alami membuatkan dia sedar bahawa perasaan sukanya sudah bertukar menjadi lebih serius.

"Saya tak tahu kalau ini adalah keputusan yang terbaik." Sambung Renjun. "Tapi saya harap kamu berdua berbahagia."








**************************








"MARK!!" Coach Eunhyuk menjerit dengan kuat dari tempat duduknya. Dia benar-benar tertekan melihat cara bermain ketua pasukan itu.

Semua ahli pasukan Dream Mode hanya mampu memandang ketua mereka itu. Tiada siapa yang dapat membuka mulut untuk bersuara. Masing-masing hanya mampu fokus kepada permainan sendiri. Kepenatan mereka jelas terasa. Ini baru perlawanan pertama untuk pertandingan akhir ini. Prestasi mereka malah lebih teruk daripada semua perlawanan yang pernah mereka lalui.

Mark seperti orang hilang arah tanpa dia sedari. Baginya semua baik-baik sahaja. Akan tetapi, jauh dilubuk hatinya dia merasa kosong. Fikirannya terganggu tanpa sebab. Dia tidak mampu fokus dan mudah untuk teralih perhatian. Kadangkala, dia kelihatan seperti orang yang sedang bingung.

"Mark!! Fokus!!" jerit Coach Eunhyuk sekali lagi. Jurulatih itu semakin hilang sabar dengan sang ketua.

Mark seperti tidak mendengar apa-apa. Dia malah tidak mampu melemparkan bola dengan tepat.

PHWWWTT!!!

Bunyi wisel ditiup menandakan jurulatih meminta masa membuatkan semua pemain pergi ke tempat rehat masing-masing.

Coach Eunhyuk terus sahaja menyambar baju Mark. "Awak dah gila ke?! Apa jadi dengan awak?!"

Mark tidak mampu membalas. Bukan kerana takut. Tetapi kerana tidak mempunyai jawapan.

"Kita ketinggalan 36 mata!" Coach Eunhyuk melepaskan baju lelaki itu. "Di perlawanan pertama!"

Ahli pasukan yang lain hanya mampu memandang dalam keadaan tercungap-cungap tidak mampu mencelah.

"Ini dah masa kedua!" bentak Coach Eunhyuk lagi. "Simpan kat rumah masalah peribadi awak!"

"Coach..."

Semua mata beralih memandang Jeno yang berdiri masih dengan jaketnya.

"Saya akan masuk gelanggang." Ujar lelaki itu serius.

"Tak boleh!" bantah Coach Eunhyuk. "Awak akan bermain dalam 2 perlawanan berturut-turut lepas ni untuk kedua-dua masa."

"Kalau macam ni kita tak akan dapat bermain lagi." Ujar Jeno. "Saya kena masuk. Kita hanya ada 17 minit untuk kejar mata."

Coach Eunhyuk mendengus kuat kemudian tunduk. Dia berdebat dengan dirinya sendiri. Jeno adalah pemain utama mereka. Dia tidak boleh terlalu penat kerana dua perlawanan selepas ini akan sengit. Sebab itu dia direhatkan untuk perlawanan pertama. Tapi apa yang dia katakan benar. Mereka mungkin akan kalah jika dia tidak masuk.

Jurulatih itu memandang Mark sekali lagi yang seperti mayat hidup. Dia dapat melihat bahawa lelaki itu tidak mampu bermain dengan baik membuatkan dia mendengus kuat. "Baiklah! Awak masuk."

Jeno segera membuka jaketnya.

"Tapi jangan gunakan kekuatan awak 100%. Yang lain main peranan lebih." Ujar jurulatih itu.

"Baik!!"

Wisel ditiup sekali lagi sebagai tanda bahawa mereka perlu bersedia.

Jeno mencengkam bahu Mark kuat. "Pastikan awak boleh main dengan baik di perlawanan kedua."

Mark dapat merasakan kekecewaan kawan baiknya itu padanya. Dia tahu terlalu banyak harapan yang dia pikul. Semuanya berasa kecewa. Dia sudah berusaha. Dia mampu bertahan selama hampir dua minggu. Akan tetapi, kali ini dia benar-benar sudah mencapai limitnya. Dia semakin lemah.

Jeno kini berdiri di gelanggang. Matanya liar mencari seseorang dari kalangan penonton. Senyuman sayu terukir di bibirnya apabila dia terpandang Jaemin yang sedang memandangnya risau.

Wisel ditiup sekali lagi dan permainan diteruskan.










To be continue.....

Sabar semua. Nak lagi? Kena like dan comment. Hehehe

xoxo, M

You Belong To Me [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now