Chapter 30

65 9 4
                                    

"APA?!! DIA DIKELUARKAN?!!"

Jaemin memegang kuping telinganya. Dia tidak menyangka suara Haechan akan sekeras dan sekuat itu jika menjerit terkejut.

"Jadi..." Renjun menyampuk dalam keadaan yang tidak percaya. "Dia langsung tak main?"

"Dia main kat masa pertama pada perlawanan pertama." Jisung memberitahu. "Saat akhir dia dikeluarkan."

Haechan dan Renjun berpandangan masih dalam keadaan terkejut. Tidak menyangka perkara itu akan terjadi. Mark adalah ketua pasukan. Dan perlawanan itu sangat penting baginya lebih dari ahlinya yang lain. Mustahil untuk dia membiarkan permainan itu merosot seperti itu.

"Dia nampak macam lesu." Ujar Jisung.

"Sakit ke?" tanya Renjun yang mana lelaki itu hanya mampu mengangkat bahu.

"Dia dah hilang arah."

Serentak semua orang memandang Jaemin. Lelaki itu hanya duduk selamba sambil bersilang kaki.

"Dia ada kat gelanggang tapi fikirannya tak." Jaemin bersuara. "Senang cerita. Dia macam mayat hidup."

Renjun memandang ke arah Haechan sekali imbas. Dia tahu perkara itu terjadi kerana kawannya ini.

"Tapi..." Haechan kini membuat riak wajah risau. "Dia kan ketua? Dia seharusnya main di gelanggang."

"Ketua tak semestinya kekal dalam gelanggang." Ujar Jaemin selamba. "Nasib baik tengah perlawanan. Mungkin kalau mereka masih dalam era permulaan musim, dia mungkin akan ditukarkan dan dilucutkan jawatan ketua."

Kepanikan jelas terpampang di wajah Haechan. Dia tidak mahu itu terjadi. Memerhatikan Mark sejak sekian lama, dia tahu betapa pentingnya bola keranjang untuk lelaki itu.

"Apa yang jadi pada dia?" tanya Haechan dengan wajah yang seperti ingin menangis. "Ada sesuatu yang berlaku ke?"

Jaemin mengangkat keningnya. "Awak seriously tak tahu jawapannya?"

Haechan berkerut memandang lelaki itu. Dia memandang Jisung dan Renjun yang kini berdiri dengan riak wajah hampir sama dengan Jaemin.

"Sebab Somi?!" Haechan membesarkan matanya. "Ataupun sebab gosip pasal dia gay tu?"

Serentak ketiga-tiga kawannya itu mendengus kuat.

"Kalau sebab Somi, dah lama dia jadi mayat hidup macam ni." Beritahu Jaemin. "Lepas dia break dengan Somi, dia cuma marah kejap. Tapi lepas tu dia dah okay. Dia cuma tak sangka dia kekal dengan perempuan tu dalam waktu yang lama."

"Jadi pasal dia ga—"

"Jeno cakap dia tak peduli pasal perkara tu." Jaemin memintas. "Mungkin banyak yang berubah dari segi cara layanan banyak orang termasuk ahli pasukannya sendiri. Tapi benda tu tak mengganggu prestasi dia."

"Jadi?" Haechan semakin bingung.

"Haechan..." Renjun bersuara tenang. "Dia jadi macam tu sebab awak dah tak kejar dia lagi."

Haechan membesarkan matanya. "Apa?!"

"Jeno cakap dia mula jadi macam tu lepas awak posted video kat page universiti kita." Jaemin menambah.

Haechan terdiam seketika. Dia cuba berfikir jika semua berpunca dari dirinya. "Saya tak nak orang ganggu dia. Saya tak nak dia terkesan sebab saya suka pada dia."

"Awak ada tanya dia pasal tu ke?" tanya Renjun. "Awak ada tanya sama ada dia tak nak semua tu berlaku?"

"Betul tu." Jisung menyokong. "Mungkin dia tak terkesan langsung. Awak je yang buat andaian."

Haechan melepaskan keluhan panjang. Fikirannya amat bercelaru. Adakah benar dia telah membuat keputusan yang salah?








**************************









Jeno menyarungkan bandana di kepalanya. Dia kini menarik nafas panjang sambil memukul pipinya hanya untuk mengingatkan dirinya sendiri bahawa ini adalah perlawanan penentu. Bandana yang dia pakai adalah pemberian Jaemin sebagai tanda semoga berjaya dan azimat buatnya. Memandangkan ada hadiah dari lelaki itu yang dinantikan, dia tahu dia harus melakukan yang terbaik.

"Semua berkumpul." Arah Coach Eunhyuk ketika dia masuk ke bilik persalinan itu. Wajahnya tegang dengan tekanan.

Semua orang berkumpul secara bulatan. Masing-masing tidak mampu bercakap mengenai apa-apa. Semuanya merasakan tekanan yang melampau. Masing-masing memikul beban yang berat.

"Tolong lakukan yang terbaik." Coach Eunhyuk memandang semua ahli satu-persatu. "Hari ini penentu segalanya."

Semua orang hanya mengangguk.

"Mark..."

Mark memandang jurulatih itu.

"Tolong." Coach Eunhyuk bersuara dalam keadaan seolah-olah dia sedang merayu. "Ini yang terakhir."

Mark membalas pandangan lelaki itu kemudian mengangguk.

"Baiklah. Bersedia semua."

Semua orang bersedia untuk berjalan masuk ke gelanggang. Ada yang sedang berdoa. Ada yang sedang memberi semangat sesama sendiri.

"Nervous?" tanya Jeno ketika dia berdiri di sebelah Mark.

Mark mengangguk sambil cuba menenangkan dirinya. "Dia datang?"

Jeno berdiam diri seketika kemudian mengangguk. "Dia datang."

Saat itu, mereka mula berjalan masuk ke dalam gelanggang. Sorakan dan jeritan kedengaran jelas dan bingit bergema di seluruh stadium itu. Semakin lama, langkah mereka semakin berat. Mereka sudah tidak dapat mendengar jeritan yang dikeluarkan untuk mereka atau pihak lawan.

Terdapat dua gelanggang yang dibuka kerana dua perlawanan akan berlangsung sekaligus. Mark cuba memandang di bahagian penonton. Tiada seorang pun yang dikenali. Malah, kelibat orang yang dinanti turut tidak kelihatan. Dia tidak tahu sama ada ia kerana orang terlalu ramai atau pandangannya semakin lemah.

Chenle dan Mark antara barisan pemain di separuh masa pertama. Dan jika semuanya terkawal, Jeno hanya akan dibenarkan masuk di separuh masa kedua untuk dia lebih fokus pada perlawanan akhir.

Mark berdiri berhadapan dengan pemain utama pasukan lawan. Mata mereka bertentang seolah-olah itu adalah pertarungan hidup dan mati. Masing-masing mempunyai azam yang tinggi untuk menang.

PWWWTTTT!!!

Wisel ditiup dan kedua-dua mereka melompat untuk memukul bola.








To be continue.....

Selamat Hari Raya ❤️. Jangan lupa vote dan comment.

xoxo, M

You Belong To Me [MarkHyuck] [BL] ✔️Where stories live. Discover now