Hayl tersenyum pada dua orang lelaki yang berada dihadapannya. Tangannya pantas menutup file yang berada di atas meja cafe mewah tersebut.
"We are satisfied with your company proposal Mr.Hayl.
So, we decide to proceed this project.""Glad to hear that Mr Damien." Balas Hayl sambil tersenyum.
"We already at end of our discussion. Kalau tiada apa-apa lagi saya dan Mr. Jarel nak minta izin untuk balik dulu. Lepas ni saya ada meeting dengan staff. Terima kasih pada Tuan Hayl dan Cik Haura, sebab dah meluangkan masa untuk berbincang tentang projek ni tadi." Sambung Damien.
Harini ini Hayl dan Haura keluar untuk bertemu dengan client mereka di cafe berhampiran dengan bangunan syarikat mereka. Memandangkan Haura akan incharge projek tersebut jadi dia mengikut Hayl untuk membentangkan kertas kerja dan laporan kawasan site tapak projek tersebut.
Selepas bersalam dengan Hayl, Damien dan Jarel melangkah pergi meniggalkan Hayl dan Haura berdua disitu.
Haura mengemas kertas-kertas yang berada di atas meja cafe. Dia bersiap untuk berangkat pulang ke office.
"Kita makan dulu sebelum balik office. Biar aku belanja kau harini. Let's order first."
"Hah! Makan dulu?" Soal Haura kehairanan.
"Yelah dah alang-alang kat cafe ni. Aku pun belum makan lagi. Jomlah makan dulu. Perut kenyang baru boleh sambung buat kerja."
Haura menjeling jam ditangannya. Sudah pukul 2.50 petang. Memang mereka belum makan lagi. Dari waktu tengahari tadi mereka sibuk berbincang, mereka hanya minum sahaja waktu itu. Haura pantas mencapai menu. Setelah Hayl membuat pesanan makanan, dia pula memberi tahu pesanan makanannya pada pelayan di situ.
Sementara menunggu makanan, Hayl merenung lama wajah Haura. Haura yang perasan dirinya direnung lama berasa tidak senang duduk. Laju-laju dia mencapai telefon bimbit dalam begnya. Baik dia main game dan buat tak tahu. Tapi malangya telefon bimbit Haura habis battery la pula.
"Boss dah kenapa renung muka saya lama-lama. Cantik sangat ke saya ni sampai boss renung macam tu. Ke boss tak pernah tengok perempuan cantik macam saya ni."
Sindir Haura sengaja tiru ayat yang Hayl pernah bagi pada dia. Rasakan kau termakan dengan ayat kau sendiri.
Hayl yang merenung muka Haura mengerutkan sedikit dahinya. Macam aku pernah dengar je ayat ni. Bukan tu ayat aku ke? Bisik hatinya.
"Saja renung kau, tak boleh ke?"
"Tak bolehlah, saya tak suka boss renung saya macam tu. Jangan sampai saya korek biji mata boss tu." Katanya sambil mengangkat tangan membuat gaya seperti ingin mengorek mata Hayl.
Hayl tertawa kecil melihat telatah comel Haura.
"Perasan kau ni, aku saja renung nak tengok tahap perasan kau tu. Mesti kau ingat aku suka tengok kau kan?" Hayl tersenyum nakal. Sengaja dia hendak mengusik haura, jujurnya memang Haura nampak cantik. Kulitnya yang putih, matanya bundar ,bulu matanya melentik serta iris mata coklat itu akan membuatkan sesiapa saja suka merenungnya. Tambahan pula harini Haura memakai tudung satin purple lagi terserlah kecantikannya.
Haura buat-buat sibuk seperti bermain game di telefonnya yang kehabisan bateri itu. Malas dia nak bertekak dengan Hayl. Tidak lama kemudian pelayan datang membawakan spagetti carbonara dan spagetti oglio olio, makanan itu diletakkan di atas meja mereka.
Baru beberapa sudu mereka menjamah makanan. Tiba-tiba kedengaran satu suara menegur.
"Haura." Tegas bunyi suara itu.
Haura dan Hayl lantas berpaling melihat lelaki yang menegur.
YOU ARE READING
Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]
RomanceRaja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kasih serta kesetiaan Haura hanya tumpah pada Zach iaitu tunangnya. Keceriaan yang selalu terpamer pada...