Raja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kasih serta kesetiaan Haura hanya tumpah pada Zach iaitu tunangnya. Keceriaan yang selalu terpamer pada wajahnya umpama topeng untuk menyembunyikan luka trauma didera secara fizikal dan emosi oleh keluarga tirinya semenjak dia kecil. Raja Hayl Hakimi lelaki yang cukup pakej kaya raya, tampan, serta bijak. Pertemuan semula dengan Haura menjentik hatinya lelakinya untuk mengimbau kenangan di masa lalu. Disebalik sikapnya yang dingin, entah kenapa dia rasa seronok bila dapat menyakat dan mengenakan Haura. Disebabkan satu kejadian hitam Hayl dan Haura disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Hayl cuba melindungi Haura daripada diganggu oleh lelaki misteri yang menganggu isterinya. Haura pula memasang tembok tinggi antara Hayl dan dirinya kerana takut dilukai lagi. Tambahan lagi, sikap Hayl yang suka menyakat menyebabkan dia tidak yakin lelaki itu benar-benar mecintainya atau sekadar bergurau, difikir segala moment sweet yang cuba dilakar oleh Hayl adalah kerana rasa tanggungjawab yang terpaksa digalas sebagai seorang suami serta bukan atas dasar cinta. Disaat kepercayaan mula dipupuk di hati Haura, perkahwinan mereka diuji hebat. Mampukah Hayl dan Haura mencapai bahagia dalam melayari ikatan cinta mereka. Namun tidak bagi Hayl yang sudah jatuh sayang pada Haura, dia berusaha untuk membuat si isteri untuk jatuh cinta padanya. Berjayakah Hayl untuk merobohkan tembok tinggi yang Haura cipta? Serta dapatkah Hayl melindungi dan memulihkan trauma yang Haura hadapi. *Tidak dibenarkan copy dan plagiat. Cerita ini adalah penulisan pertama saya jadi sila jangan sesuka hati ambil. Penat saya perah otak cari idea. Maafkan jika tidak menepati selera anda dan typo yang bersepah. Tidak ada paksaan untuk membaca.