Bab 11

8K 341 34
                                    

Gelang emas milik Haura yang berada di tangannya direnung lama. Dia sendiri tidak tahu sudah berapa lama dia berdiri di situ sejak tadi. Sungguh kusut perasaannya saat ini. Sebolehnya, dia tidak mahu menyakiti hati Haura, tapi disebabkan rasa cemburu yang meluap-luap kerap kali dia terlepas kata-kata yang menyakiti hati gadis itu.

Selama ini dia kerap kali mengusik Haura, namun belum pernah gadis itu memarahinya seperti hari ini. Dia sedar kalini kata-katanya telah melampaui batas. Gelang di tangannya masih lagi direnung,

Hatinya meronta ingin berjumpa gadis itu namun otaknya berkata biarkan saja. Sakitnya rasa, bila hati dan otak tidak sehaluan. Hatinya menyuruh dia untuk meminta maaf dan memulangkan gelang milik Haura. Manakala otaknya pula kata sabar dulu nanti jumpa di office saja. Arghhh kusut betul fikirannya saat ini.

Dia melangkah ke arah motorsikal miliknya. Akhirnya dia tertewas, hatinya sendiri mengkhianati prinsip hidupnya. Motorsikal yang ditunggangnya dipandu laju menuju ke rumah Haura.

Sampai di depan rumah Haura dia berjalan perlahan. Kelihatan rumah itu gelap gelita. Dia merasa pelik, takkan tak ada orang di rumah itu kerana kereta Haura ada terparking di hadapan rumahnya.

Hayl melangkah menuju pintu rumah Haura. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi jeritan Haura dan ada juga bunyi suara lelaki yang sedang ketawa. Hatinya terus berdebar-debar, pantas dia memulas kuat dan merempuh masuk ke dalam rumah Haura.

Dadanya rasa seperti nak pecah akibat sangat terkejut. Nafas turun naik dengan laju. Dia terpampan seketika, di dalam samar-samar kegelapan hanya ada cahaya sedikit dari arah dapur dia dapat melihat keadaan Haura yang terbaring lemah dan tidak berbaju. Ada seorang lelaki yang tidak berbaju hanya berseluar tengah duduk mencangkung di celah kankang Haura.

"Apa kau buat ni hah?!" Tempik Hayl kuat. Tanpa tunggu lama kakinya dihayun laju mengena kepala lelaki tersebut. Kemudian dia menarik badan lelaki itu menjauhi Haura, lalu satu lagi tumbukan dilayangkan ke muka lelaki yang memakai topeng itu.

Lelaki yang bertopeng itu jatuh terbaring di atas lantai. Hayl ingin meluru menyerang lelaki tersebut sekali lagi, tapi dengan pantas lelaki itu menendang sekuat tenaga tepat mengena perut Hayl sehingga tubuhnya terdorong dan jatuh ke belakang. Pantas lelaki yang memakai topeng itu mencapai bajunya yang berada di atas lantai lalu berlari ke luar rumah.

"Sial...sial... tak guna kau!" Tempik Hayl geram apabila melihat lelaki itu terlepas.

Niat dia untuk mengejar lelaki tersebut terbantut apabila dia terpandang Haura seperti mengalami kesukaran untuk bernafas. Nampak dadanya berombak dan tercungap-cungap seolah-olah orang yang kelemasan cuba mencari oksigen.

Hayl pantas bangun dan duduk disebelah Haura. Terkedu seketika melihat keadaan Haura. Entah Haura sudah sempat dirogol oleh lelaki tadi ataupun tidak, dia juga tidak pasti.

Dengan tangan yang terketar pantas Hayl membuka T shirt yang dipakainya dan dia sarungkan pada tubuh Haura kerana baju kemeja Haura dikoyakkan teruk lelaki tadi. Skirt labuh Haura juga dia sarungkan pada gadis itu. Haura hanya membiarkan perbuatan Hayl kerana tubuhnya terasa lembik dan tidak boleh bergerak. Nak bernafas pun dia rasa tidak mampu, dadanya sakit terasa seperti kekurangan oksigen. Seluruh badannya terasa lembik tidak mampu untuk bergerak.

Hayl merangkul bahu Haura kepala Haura diangkat supaya gadis itu dapat melihat mukanya. Sebelah tangannya menampung kepala Haura, dan sebelah lagi tangannya menepuk lembut pipi Haura yang sedang menggigil seperti mencari nafas.

"Haura, look at me please...breath Haura...breath.
Please Haura breath slowly." Kata Hayl perlahan sambil menepuk perlahan pipi Haura.

"Breath Haura...breath..." ulangnya berkali-kali.

Haura yang mendengarkan arahan Hayl yang berkali-kali itu. Perlahan-lahan dapat bernafas secara teratur semula. Dia memandang lama muka Hayl dengan mata yang berkaca-kaca. Fikirannya bercelaru saat ini.

Hayl untuk Haura [Ebook And Novel Fizikal]Where stories live. Discover now