Bab Dua Puluh Lima 🦋

2.7K 88 2
                                    

Kaki nya berjalan laju. Suasana dingin mencekam kulit nya. Angin dari aircond yang dipasang bukannya menyejukkan namun makin membahang kan suasana.

Liona mengetap gigi nya apabila tak sengaja dia melihat Ryu sedang tersenyum pada seorang wanita yang dia ketahui sebagai isteri sah kepada Ryu.

Sebaik saja di olokkan oleh Liofa, dia langsung terbang ke Malaysia untuk memeriksa sendiri. Namun, makin panas hati nya melihat semua itu sendiri.

Dia diam dulu disana menunggu kereta yang dinaiki Adeena bergerak, baru dia mengejar langkah kaki Ryu yang berjalan masuk ke syarikat megah dan mewah itu. Mungkin, Ryu mengajak Adeena namun Adeena taknak dan memilih untuk tinggal di rumah.

Dengan langkah laju, dia dapat menyamakan langkahnya dengan Ryu dan bahu lelaki sasa itu di tepuk pelan oleh Liona.

"Hai!" Sapa Liona dengan senyuman manis nya. Ryu terlihat terkejut namun reaksi lelaki itu datar saja. Tiada perasaan langsung!

Riak muka Ryu berubah bingung. Wajahnya berkerut dan keningnya terangkat sebelah. Liona menjadi kecewa.

Takkan lah tak ingat?!

"My little sister, Liona. Kawan masa kecil kau." Tiba-tiba sahaja, dari belakang Liofa memegang bahu Liona dan berkata demikian.

Melihat Liofa, Ryu mengukir senyum kecil. Dia melirik Liona dan wajah bingung itu seolah bertanya , 'siapa dia' . Liofa tertawa dan dia melirik Liona.

"Maybe, kau akan kecewa." Kata Liofa kepada Liona dengan nada suara yang hampir terdengar seperti mengejek.

"What?" Liona mula merasa bingung.

"He don't know you, dumb." Sejurus dia kata begitu, mata Liona membesar.

Dia memandang Ryu dengan pandangan tak sangka. Sampai hati..

"I.. i kawan u lah. Kawan masa kecil. Yang u nak melekat selalu tu!"

"No, kau yang nak melekat dengan dia."

"Shut up, sis."

Ryu melirik jam tangannya. Rasanya, masa nya terbuang sebab melayan adik beradik ini.

Baru saja kaki nya mahu melangkah, Liona berkata. "Please, remember me".

Ryu mengangguk dan segera dia mengambil langkah besar dan pergi dari sana untuk ke pejabat nya di tingkat atas.

Liofa sedari tadi menahan tawa nya. Ya Allahh!

"Banyaklah kau please remember me. Tak sudi dia nak ingat kau." Liofa berkata sinis dengan sengihan. Liona menjeling sang kakak dan membalik badan. Dia segera melangkah pergi tak ingin berlama dengan kakak nya. Takut sakit hati sebenarnya.

Selepas Liona cukup jauh jaraknya dengan Liofa, wanita itu tertawa terbahak-bahak. Hilang sudah imej yang selama ini dia pertahankan kerana Liona. Tapi, kelakar sangat bila melihat reaksi Liona apabila Ryu tak ingat siapakah dia.

Kelakar!

Liofa sedar diri dan langsung memerhati sekitar. Tawa nya di berhentikan dan dia membetulkan kacamata hitam yang bertenggek di rambut nya tadi. Kacamata hitam itu dipakai dan Liofa melihat sekitar sebelum berjalan.

"Harap tiada yang nampak lah. Memalukan." Gumam nya mengingat apa yang baru dia lakukan tadi. Ugh, betul-betul memalukan!

ฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅ

Senyap saja suasana di ruangan besar nan megah itu. Tingkap yang terbuka kecil menyebabkan cahaya matahari masuk sedikit ke dalam ruangan yang sudah diterangi dengan lampu. Aircond yang terbuka sungguh dingin walau tingkap terbuka kala itu.

MATCHED LOVE [REST]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang