Bab Dua Puluh Enam 🦋

1.9K 93 5
                                    

Bunyi detapan tapak kaki terdengar. Dengan kain labuh yang bergesek dengan lantai kotor, Adeena terus berjalan mendekat ke sekumpulan perempuan yang tengah rancak berborak.

"Excuse me, girl."

Perlahan gadis itu menyapa. Pandangan nya menahan geram. Tangannya membulat sempurna hingga kukunya memutih.

"Eh, ada ustazah. Kenapa ni ustazah?"

Bukan perempuan yang membalas, namun seorang lelaki yang juga melepak dengan kumpulan perempuan itu.

"Your girlfriend?" Adeena menjeling seorang gadis dengan tudung shawl singkat tak menutupi dada. Baju trend yang berwarna biru dan putih dan kasut Converse hitam.

"Haah, kenapa? Nak ceramah ke?"

Adeena melihat mereka sekitar berumur 15-16. Ada yang berumur 14 mungkin.

"Kebelakang dua langkah."

"Kenapa kena kebelakang? Depanlah." Lelaki itu melangkah dua langkah kedepan. Adeena tetap tenang walau sangat dekat posisi lelaki itu dengan dirinya.

"Ke belakang, lelaki." Suara lembut itu  berubah agak kasar. Sekuat tenaga, Adeena berusaha tidak berkata kasar. Mengingat dia sedang memakai niqab, dia tak boleh membuat maruah sebagai niqabis nya jatuh.

Lelaki itu tergelak dan menurut apa yang dikatakan Adeena. Adeena segera mendekat pada gadis berbaju biru putih yang dimaksudkannya tadi.

Renungan tajam dia berikan lalu dia tiba-tiba menuang sebotol air minuman yang penuh dengan  minuman manis tepat ke muka gadis itu.

"Sial, apa yang kau buat, betina?!"

Lelaki itu terlihat terkejut dengan perbuatan Adeena. Gadis yang dituang minuman itu memandang nya sinis.

"Ask your girlfriend."

"Dengar, Saya lebih tua dan saya berusaha berbaik. Tapi, perangai perempuan awak agak melampau."

"And, tolong jaga sikit mulut awak. Kalau nak backup awek, pastikan awek awak tak bersalah. Muda-muda dah kurang ajar, saya juga naik geram."

"Eh, kau sibuk sangat urusan aku kenapa hah? Tak kacau kau pun!"

"Listen, women! Sebagai saudara, kita patut saling menegur. Jadi, teringin sangatlah saya untuk menegur awak. Mulut awak tu, jangan sampai disumbat dengan batu api di neraka kelak."

Suara Adeena menjadi nada penuh ancaman. Dia memandang perempuan itu dengan pandangan tajam. Lalu dia berbalik badan selepas merasa tiada lagi yang ingin dikatakannya.

"Oh ya, kutip semula sampah yang awak buang di muka saya tadi. Jangan risau, saya dah bawa dan buang juga kat muka awak tadi. Walaupun teguran ini agak melampau, tapi saya harap awak faham."

"Awak taknak kan? Disamakan dengan sampah."

Adeena berkata tenang lalu melangkah pergi. Dia merasa lega selepas mengungkap yang dia tahan dari pagi.  Awalnya dia biasa saja tapi makin melampau pula apabila dia membiarkan sekumpulan itu.

Selepas saja dia habis bertelefon dengan Ryu, tak sengaja dia melanggar gadis yang dia marahi tadi. Merasa memang salahnya, Adeena meminta maaf dengan sopan. Tetapi mereka dengan nada mengejek malah mengolokkan nya. Dan gadis itu seolah berperlakuan bos besar berani membuang sampah makanan yang dia makan tepat diwajah Adeena.Hal itu membuat niqab yang digunakan menjadi kotor.

Adeena boleh membiarkan saja tapi lelaki lain dari sekumpulan itu hampir menyentuh tangannya. Dia kesal, tidakkah lelaki muda ini tahu halal dan haram? Apalagi, Adeena kini telah berstatus isteri sah kepada orang lain.

MATCHED LOVE [REST]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang