Bab Dua Puluh Tujuh 🦋

1.7K 91 5
                                    

Angin lembut menyapa kulit putih Puan Julia. Air kopi yang baru saja dihidangkan diangkat cawannya dan ditiup perlahan dan air kopi meminum dengan cepat.

Ah, tenangnya.

"Amboi, tenang betul." Puan Hazlin menegurnya. Julia tersenyum lembut dan duduk tegak.

"Biasalah. Dah makin tua, nak rasa tenang je." Hazlin mengangguk menyetujui. Bila sudah makin tua, tak nak susah-susah. Nak tenang aje peraasaan nya.

"Sejak Dina dan Ryu kahwin, sejuk sangat hati Ju ni." Julia bersuara lembut. Hazlin terus terdiam. Dia mendengar saja.

"Ya. Dee-- , tak Dina jaga Ryu dengan baik dengarnya. Tiap hari melekat aja mereka tu."

"Dah dilamun cinta!" Julia berkata senang. Hazlin tak mampu senyum atau ketawa. Dia masih lagi diam. Jelas sangat Julia masih tak sedar tentang isteri Ryu bukanlah Aedina namun Adeena.

"Ha, termenung."

Terbeliak matanya apabila bahunya dipukul perlahan oleh Julia. Hazlin tergelak kaku. Kepala nya menunduk.

"Kenapa ni?" Julia perasan akan perubahan eksperesi Hazlin. Dia memerhati riak muka Hazlin namun wanita itu sangat pandai dalam menyembunyi eksperesi nya.

"Tak ada apalah. Rasa tak sedap hati saja."

Sejujurnya, itu bukan alasan. Hazlin memang merasakan tak sedap hati dari tadi. Tapi fikiran nya pergi ke diri Adeena yang dikenali sebagai Aedina oleh Julia, ibu kandung mereka.

Julia tersenyum dan dia merangkuk Hazlin. Dengan tenang, dia berbicara.

"Jangan risaulah. Tu perasaan Hazlin je kot." Hazlin tersenyum canggung dan mengangguk. Mungkin itu perasaan Hazlin yang kadang tak tepat.

Sudahlah, baik dia tenangkan diri dan menikmati hari yang damai ini.

ฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅ

"Sayang! Kenapa ni?"

Suara Ryu naik satu nada. Dia naik geram apabila Adeena tak membalas perkataan nya. Seolah dia cakap seorang diri.

Adeena melirik nya dan menjeling. Ryu tersentak. Dia mendekatkan diri nya kepada Adeena tapi Adeena mundur 2 langkah kebelakang.

"What happened? Tell me, what did I do to make you like this?" Adeena terkekeh. Dia tergelak dengan mata yang berkaca-kaca. Lelaki ini tanya apa yang dibuatnya?..

"Abang lupa? Abang, kalau abang suka perempuan seksi, tolonglah cakap.."

Bergetar nada suaranya kerana  memaksa mengeluarkan suara.  Semakin dekat Ryu semakin jauh Adeena mundur.

"Apa yang awak cuba cakap ni. Abang tak suka." Raut muka Ryu terlihat sangat bingung. Dia tak tahu apa yang dia buat hingga Adeena sebegini rupa.

Adeena tergelak sinis. Dia menyambar telefon nya dan menunjukkan rekod panggilannya dengan perempuan semalam.

"Masa Deena call, orang lain yang jawab. Kalau lelaki, Deena tak marah. Tapi, ni perempuan. Siapa perempuan tu? "

Ryu terdiam. Adeena ikut diam menanti alasan yang akan diberi Ryu. Ryu menutup mata nya, tangannya memegang dahi dan kepalanya ditunduk.

Beberapa detik, dia segera menyergah Adeena dan menarik badan kecil gadis itu ke dekapan nya. Walau Adeena berontak, Ryu tak melepaskan.

"My dear, i swear, i don't know who answered. I fell asleep in the office. I really don't know."

"Kalau awak tak percaya, you can call my secretary. Dia ada dengan abang semalaman."

Adeena terdiam. Apa yang dikatakan Ryu sangat menyakinkan. Dia tahu tentang Faiq, setiausaha Ryu. Dia memandang Ryu dan berkata.

"I hope you're not lying." Adeena menaip nama Faiq di telefon bimbit nya. Selepas saja Adeena berkenalan dengan Faiq, mereka bertukar nombor kalau-kalau Adeena nak tahu keadaan Ryu.

"I swear, i not."

Mata Ryu memerah. Adeena perasan akannya. Macam nak menangis pun ada. Eh, kenapa pula Ryu yang menangis?

"Assalammualaikum, Bos besar! Ryu baru je balik. Rindu bos besar katanya."

Sebaik saja tersambung, Faiq bersuara dengan semangat. Adeena menekan loud speaker.

"Semalam, Faiq dengan Ryu ke?"

"Yes."

"Dia buat apa?"

"Kerjalah. Sampai tertidur."

"Masa Ryu tertidur, ada sesiapa ke yang masuk ke office?"

"Oh ada, si Aina. Dia kata, nak bagi Ryu kopi."

Adeena diam. Dia memandang Ryu sebelum berkata lagi.

"Masa tu, Ryu tidur atau tak?"

"Tidur. Sempat jugalah check. Fikirnya nak bangun suruh balik je. Tapi, tak sempat."

"Okey, thanks."

Panggilan itu ditamatkan. Ryu memandang Adeena menunggu ucapan si isteri. Adeena pula menunduk memandang telefon bimbit nya.

"Adeena, i'm really sorry. Dear wife.." Ryu bersuara lembut. Mata nya berkaca-kaca seolah akan menangis.

"Kalau sayang marah janganlah ignore abang. Abang tak boleh kena ignore.."

Adeena terkejut. Lelaki itu menangis dipelukannya. Tangan Ryu erat pelukan. Tangisan nya tersedu-sedu walau agak tidak terdengar kerana Ryu menenggelamkan kepalanya pada leher Adeena.

"Kenapa abang pula yang menangis?"

"Jangan ignore abang. I really hate it! Orang lain boleh buat tapi sayang tak boleh!"

Adeena terkekeh. Aduhai, manisnya suami dia punya perangai. Sekarang, sudah jelas. Adeena tak nak kesalafahaman membuat hubungan dia dan Ryu renggang jadi dia perlu Ryu sendiri mengaku. Buat atau tidak, itu cara nya.

Dia mengelus punggung Ryu dan bersuara lembut. "I'm sorry. Maaf sebab ignore abang dan fikir bukan-bukan tentang abang."

Ryu menggeleng di dekapan Adeena. Dia menangis tersedu, ala comel!

Adeena tersenyum dan mengusap rambut Ryu dengan lembut. Setidaknya, Ryu tak buat benda itu. Seperti, tidur dengan perempuan yang bernama Aina itu.

"You forgive me, right?.."

"Eum, yes."

"Oh dear wife.."

Makin kuat rengekan Ryu. Pelukan dieratkan. Adeena tersenyum dan menepuk pelan punggung lelaki berstatus suami ini.

"Abang berani dengan nama Allah, abang takkan lakukan benda terkutuk tu."

Ryu bersuara yakin. Adeena diam merenung Ryu. Adeena tersenyum dan dia membelai pipi Ryu yang sudah dibasahi air mata.

Terima kasih sebesar-besarnya. Entah apa yang Deena buat hingga dapatkan abang. Tolong, jangan hancurkan Deena lagi. Jangan buat rasa yang sudah muncul ini tertanam kembali.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now