Bab 2

4K 175 3
                                    

Kaki mendekati kereta BMW M4 berwarna hitam. Arianna berjalan bersama Adrian ke kereta itu lalu.

Sunyi saja dalam kereta , yang dengar hanya bunyi radio. Sekian lama berada dalam kereta kini sampai sudah di depan rumah besar Dato Andres.

"Thankyou Sir...susah-susah saja hantarkan saya" kata Arianna sambil tersengeh depan tingkap kereta itu.

Adrian hanya mengganguk dan sempat dia mengerling ke rumah Dato Andres. Hm boleh tahan besar ya rumah dia.

Tak lama selepas itu Arianna jalan mendekati pintu rumah.

Tuk..tuk..tuk...

Pintu rumah di buka luas. Kelihatan Datin Angela yang sedang senyum manis ke arah Arianna.

"Eh princess mummy dah balik!" Datin Angela bersuara dengan nada gembira. Arianna hanya membalas pelukan mummy nya itu.

" Mana daddy my?" Kata Arianna sambil berjalan bersama Datin Angela ke sofa besar nya itu.

"Daddy kamu keluar pergi settle kereta yang tayar pancit tu..." kata Datin Angela sambil menghirup air teh yang dibancuh oleh bibik.

"kamu balik dengan siapa tadi Anna?" Kata Datin Angela kerana tadi dia nampak Arianna bersembang dengan jejaka itu . Takkan lah anaknya ini kenal dengan owner kereta tu ya? Sebab katanya Arianna balik dengan grab...

"E...errr Ada lecturer baru di U tadi yang hantarkan Anna" Takut takut saja dia mahu beritahu kerana ni baru kali pertama dia balik dengan lecturer U sendiri

"Ouh...baik jugak ya muka dia mummy tengok..walaupun macam dingin sedikit" kata Datin Angela kerana tadi memang dia perhati saja anaknya dgn jejaka itu

"Hehe dia yang mengajar class Anna untuk ganti lecturer lama..nama dia Adrian" Arianna mula menceritakan tentang Adrian kepada Datin Angela. Datin Angela hanya angguk.

"Anna pergila rehat dulu dalam bilik...malamni mummy ada buat makan-makan sikit di rumah, dan ada suprise..." kata Datin Angela sambil senyum gembira. Kening Arianna berkerut apabila dengar mummy nya kata ada suprise. Suprise apa pula ni? Hmm

Arianna hanya angguk dan berlalu pergi menaiki tangga dan tombol pintu dipusing. Katil yang besar itu didekati dan merebahkan badan ke atas katil.

"Huhh lega nya dapat baring..penatnya haih" Arianna mengeluh penat sungguh harini. Tiba-tiba otak nya berfikir tentang Adrian. Hm buat apa ya dia sekarang? Aish sudah la baik dia pergi bersih diri saja dari fikir tentang Adrian.

Tuala diambil dan tidak lama selepas itu kedengaran air shower.
———————————-
Tepat 9:00 Malam

Tuk..tuk...

Pintu bilik Arianna diketuk perlahan.

"Arianna...dah siap ke?" Kedengaran suara Datin Angela memanggil Arianna.

"Yaa yaa mummy..Anna dah siap..sekejap yaa lagi sikit saja!" Jerit Arianna dari dalam bilik. Datin Angela hanya geleng perlahan sambil senyum. Tidak lama selepas itu pintu bilik Arianna terbuka.

Sungguh cantik Arianna malam ini kerana dia memakai baju Abaya yang dia beli dari Arab berwarna nude. Dan memakai shawl warna susu

Arianna menurun tangga dan mendekati Datin Angela dan Dato Andres yang sedang melayan tetamu.

"Mummy...daddy.." perlahan suara Arianna memanggil Datin Angela dan Dato Andres.

Datin Angela dan Dato Andres yang perasan anak perempuan nya itu tersenyum melihat kecantikan Arianna.

"Eh princess daddy...cantiknya princess malamni..." Dato Andres memuji Arianna. Sungguh dia tak tipu betul-betul cantik anak perempuan dia malamni.

"Malamni saja ke dy? Sebelum ni tak cantik?" Arianna mencebik dan memeluk tubuh tanda acah-acah merajuk la konon.

Datin Angela dan Dato Andres tergelak kecil melihat anaknya itu. Manja sungguh!

"Ish hari-hari cantik la anak mummy ni, cuma malamni lagi cantik!" Teruja Datin Angela memuji anaknya itu

Arianna hanya gelak kecil. Ya dia pun rasa diri dia cantik malamni!
————————————
Setelah beberapa minit layan tetamu kini Dato Andres dan Datin Angela ingin mengumumkan berita gembira !

Ahli keluarga Dato Andres dan Datin Angela pun ada sekali di situ. Walaupun tidak lengkap tapi bolehlah asal ada.

"Assalamualaikum semua harini saya dan isteri saya ingin memberitahu berita gembira." Kata Dato Andres. Semua tetamu menumpukan perhatian kepada Dato Andres dan Datin Angela.

"Saya ingin memberitahu yang sebenarnya...isteri saya mengandungkan anak kedua saya...dan kini Arianna Annalie bukan lah lagi anak tunggal, dia sudah menjadi kakak. Dan terima kasih juga yang sudi datang harini ke rumah saya." Teruja Dato Andres memberitahu. Semua tetamu menepuk tangan gembira.

Arianna ternganga mulutnya. Wait what? Aku jadi kakak??? Mimpi apani??? Dia sudah 19 ! Baru jadi kakak? Mummy sudah 37 dan daddy pula sudah 45. Ujian apakah ini ? Aaaa rasa seperti mahu pengsan pula.

Yang lain semua mengucapkan tahniah kepada Dato Andres dan Datin Angela. Tidak tahu pula Dato Andres tua tua pun masih kuat...hikhik

Datin Angela dan Dato Andres mendekati Arianna. Kerana dari tadi dia melihat muka anaknya itu seperti tidak percaya.

"Princess...kenapa ni muka berkerut sangat ni?" Lembut saja suara Dato Andres menegur anaknya itu.

"What? Anna akan jadi kakak? Seriously my? Dy?" Suara Arianna berketar sedikit tanda tidak percaya.

Dato Andres dan Datin Angela hanya tergelak memandang anak nya itu. Ish betul-betul tak percaya budak ni...

"Ya Anna...Anna akan jadi kakak..mummy dah pregnant 2 month..." Datin Angela bersuara perlahan sambil mengusap perlahan bahu Arianna.

"Yeay! Anna dah boleh main dengan adik juga akhirnya! Tak sabar nya nak tidur dengan baby!" Teruja Arianna bersuara. Cis tadi kemain tak percaya...

Dato Andres dan Datin Angela hanya tergelak kecil melihat Anna mula bersembang dengan perut mummy nya dengan jari perlahan mengusap perut kempis itu.
————————————
Majlis malam itu sudah pun habis. Kini masuk ke dalam bilik nya. Dah membersihkan diri.

Arianna memakai baju tidur satin berwarna nude. Dan mengikat rambut style messy bun. Arianna merebahkan diri di atas katil.

"Huh syok nya jadi kakak nanti! Memang aku culik budak tu tidur dengan aku setiap malam!" Tergelak Arianna ish tak sabar nak dapat adik!

Lama kelamaan dia terlelap sendiri dengan berangan dia tu! Ish boleh jadi geng author ni...hikhik

TAMAT


Takla gurau saje maaa HAHAHA

Tbc...

HIS NAME : ARASH ( E-book )Where stories live. Discover now