6

1 0 0
                                    

NIZAM tersenyum mendengar suara kecoh Khaira walaupun pagi tadi dah sah menjadi isteri orang. Sekarang tengah bersiap-siap untuk majlis bersanding selepas zohor nanti. Khaira tetaplah Khaira. Zaman anak dara pun bising. Zaman jadi isteri orang pun bising. Dia menggeleng sendiri. Terdengar suara Winna yang menyuruh Khaira memperlahankan sedikit suara membuatkan Nizam jadi ketawa sediri. Macam-macam.

Dia baru saja ingin turun ke khemah semasa nampak Jaydan masuk melalui pintu depan. Kening Nizam terangkat sendiri. Tadi masa majlis akad nikah di masjid, tak nampak langsung batang hidung Jaydan. Baru bangun ke apa?

°°°

WINNA membetulkan letak veil Khaira semasa mempelai itu duduk di pelamin, bersanding bersama pasangannya. Sesuai dengan persetujuan yang mereka buat tak tahu bila, Winna menjadi pengapit Khaira sibuk memastikan penampilan kawan baik yang menjadi raja sehari itu tetap on the point. Sempat ekor matanya menjeling seberang sana di mana Nizam yang memakai baju Melayu warna peach siap bersamping, sedondon dengan dia tentunya kerana mereka sama-sama menjadi pengapit.

"Aku tak kira, Zam! Kau setuju ke tak setuju kau tetap kena jadi pengapit aku dengan Winna. Kalau tak, aku tak izinkan kau nak mengorat Winna."

Masih dia ingat permintaan secara paksa Khaira pada Nizam. Siap bawa sekali namanya.

"Penat macam dia yang jadi pengantin." Suara itu menegur apabila mereka turun dari pelamin memberi laluan kepada pengantin berjumpa sanak-saudara dan tetamu yang hadir.

Laju Winna menoleh dan buat muka pada Nizam yang menegur. Betul la tu penat jadi pengapit ke hulu ke hilir ikut pengantin. Tapi aku tengok pengapit lelaki ni elok aje tersenyum tak nampak langsung muka letih.

Nizam masih senyum. "Penat sangat ke?" dia mencuba menyaingi langkah perlahan Winna menuju ke khemah untuk mengambil minuman. Sempat dia mengangguk pada mak cik-mak cik yang sejak semalam sibuk bertanya dia dah kahwin ke belum kerana nak kenankan dengan anak teruna mereka.

"Bagi saya minum air sekejap." Winna membawa cawan polisterin yang dah terisi sirap limau ke bibir dan meneguknya perlahan. "Kenapa ikut saya?" dia memandang Nizam tajam. "Nanti tak pasal-pasal orang fikir bukan-bukan." Bukan dia tak nampak pandangan 'mak cik-mak cik bawang' yang mula nak kepoh sendiri. Sah la tu mula nak merangka cerita berdasarkan pandangan mata kasar.

Nizam angkat kening. "Kalau datang minum air dikira ikut awak ke?" tanya Nizam dengan tangan membawa cawan polisterin yang sama seperti Winna ke bibir.

Winna mencebik. Kerek! Dia tahu Nizam mesti sedar kalau mereka sekarang tengah jadi perhatian. "Semua orang tengok kita la."

Nizam menarik kerusi yang berdekatan dan menyua kepada Winna. Sekilas dia menarik kerusi lain untuk diri sendiri. "Duduk la dulu, Na." Dia meneguk lagi airnya sehingga habis. "Pedulikan semua orang tu."

"Tak selesa." Tapi Winna tetap jua melabuhkan duduk. Dia berusaha mengabaikan pandangan mata orang ramai. Paling tidak mereka sibuk nak usyar Nizam mengingatkan pilot seorang ni mempunyai wajah yang boleh dikira tampan peringkat kelas pertama.

"Kalau dah letih nanti mereka berhenti." Nizam meletakkan gelas yang sudah kosong ke meja. "By the way, ada nampak Jaydan?"

"Tadi ada dengan Lisa." Winna sibuk melihat pelbagai kuih yang terhidang di depan mata.

"Dah balik ke dia?" Nizam melilau kiri dan kanan. "Lepas balik dari akad tadi ada la jumpa dia tapi tak sempat tegur."

EMPAT MUSIM ANTARA KITAWhere stories live. Discover now