Bab Dua Puluh Sembilan 🦋

1.1K 55 0
                                    

Tangan Ren ditarik kasar oleh Faiq. Lelaki itu segera memberontak dan dia mengeluarkan pisau yang dia letak di kocek seluar.

Faiq sigap mengelak. Dia tersenyum dan berdiri diam di depan Ren.

"Kau nak apa?" Renaka berdengus kasar.  Dia meneruskan jalan kaki nya dan Faiq mengikut dari belakang.

"Let's be friend."

Renaka berhenti membuat Faiq juga berhenti. Dia memandang Renaka bingung. Renaka menoleh pada nya.

"Kau akan khianat aku macam kau khianat Ryu." Sejurus berkata begitu, Ren berjalan kembali. Faiq terdiam.

Namun dia masih mengikuti jejak langkah Ren. Dia merangkul bahu Ren dan berkata.

"Trust me. Aku takkan. "

Ren tergelak dan tak menjawab. Dia sampai di superbike nya. Faiq tercengang. Kaya juga Ren ni. Eh, memanglah dah adik beradik dengan CEO.

"Naiklah." Faiq tersenyum dan segera naik ke belakang Ren. Dipakailah helmet yang diberi Renaka.

"Big thanks, new friends."

"Not yet, bro."

"Aku anggap, dah."

Renaka menggeleng sahaja dan dia mula start kan enjin. Dah start, apa lagi. Pecut ah!

Renaka membawa motor selaju mungkin. Faiq boleh rasa nyawa dia akan terbang sebab kelajuan motor Renaka.

"Aku tahulah kau suka cabut nyawa tapi tak payah ajak aku pergi neraka sama-sama sekarang!" Faiq bersuara kuat kerana Renaka mesti tak dengar kalau dia bercakap perlahan.

Renaka menoleh pada nya dan tersenyum.

"PANDANG DEPAN, RENAKA!"

Telinga Faiq menangkap Renaka tergelak di sebalik helmet nya. Dia memerlahan kan kelajuan dan memandang depan. Wah, hampir gugur jantung dia ni.

"Cabut nyawa orang tak takut. Bawa motor laju takut." Renaka menyindir nya. Faiq menggeram kesal. Ada juga yang kena hempuk ni karang.

Pakk!

Tangan Faiq memukul helmet Renaka hingga lelaki itu memandang nya tajam. Faiq sendiri sudah menjeling nya.

Tiba-tiba, kelajuan ditambah.

"Sumpah aku cakap, aku takkan naik kau lagi!"

Faiq menjerit dan dia memeluk pinggang Renaka. Laju kebeno woi!

Renaka tergelak dan membawa kelajuan sederhana. Faiq mungkin akan muntah kalau dia buat lagi. Lemah betul!

"Nak bawa kau kemana ni?"

"Hah?"

"NAK KEMANA?!"

Membulat mata Faiq mendengar. Kuat betul Renaka menjerit. Tepat kat telinga dia pula tu.

"Hantar kat office Ryu. Masuk dari belakang."

Faiq agak bingung. Dalam angin yang merendam suara dan helmet yang menghalang, Renaka masih boleh mendengar apa yang dikatakan Faiq walaupun Faiq tak menjerit. Sampai ke dia, hum kena menjerit!

Kelajuan superbike Renaka naik setingkat. Faiq nak tak nak kena redha. Sudahlah menumpang, takkan nak complain pula kan?

Masa dia dapat panggilan Liona, dia pergi naik grab je. Malas lah nak bawa keluar kereta dia. Bab tu jee dia paling malas. Baik naik grab walaupun mahal sebab jauh juga tempat Liona suruh pergi tu.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now