Bab Tiga Puluh 🦋

1.4K 61 2
                                    

Suara bising bergema di koridor itu. Semua orang berkumpul di hadapan sebuah lift.

"Eh Siti, kenapa ni?"

Faiq menegur salah satu staf disana. Dia memandang sekitar dan sadar bahawa mereka sedang berkumpul di lift yang jadi tempat pembunuhan yang dilakukan Faiq dan Renaka sebelum nya.

"Heboh satu syarikat! Lift ni berbau darah dan hanyir. Ada lanyard staf tergantung kat situ. Lebih lagi staf tu tak masuk dan tak angkat call pun. Mencurigakan."

"Maksud kau?"

"Orang syak Zarah kena bunuh. Tapi, CCTV tak rakam. Tak ada video pun. Peliknya macam dipadam. Hilang semua. Termasuk encik yang jaga bilik CCTV tu. Dia pun hilang!"

Faiq terdiam. Dia langsung melangkah menjauh dari situ. Dia cepat pergi ke ruang kerja nya dan segera membuat panggilan.

"Liona, bagi nombor Renaka. Now."

"Haha, why? ada masalah?"

"Bagi jelah!"

"Hah, i dah send."

Sebaik saja Liona berkata demikian, Faiq segera memutuskan panggilan dan menekan nombor yang diberi Liona.

Panggilan langsung tersambung. Faiq tidak senang duduk. Dia berjalan ke hulur hilir sambil menunggu Renaka mengangkat panggilannya.

"Helo, Renaka Eyden ditalian. Ada yang--"

"No. Aku Faiq."

"Kenapa?"

"Lanyard staf perempuan tu. Kau tak bawa sekali?"

"Bawa-- kejap."

Faiq menunggu apabila dia mendengar suara Renaka yang seperti bergerak. Berharap bahawa lanyard yang ditemukan di lift bukan kepunyaan perempuan yang mereka bunuh semalam.

"Sial! Lanyard tu tak ada!"

"Argh! Sekarang, lanyard tu dekat tangan pihak berwajib. How we can handle this, bro?"

"Haha, kau macam tak pernah hadap. Biar aku handle."

Panggilan terputus sepihak. Faiq mencampak telefon bimbit nya ke sofa lalu mencampak punggung nya ke atas sofa yang sama. Dia bernafas kasar dan wajah diraup.

"Eugh!" Dia mengibas rambut nya ke belakang. Mata di tutup lalu dahinya berkerut.

"Putus cinta?"

Mata nya terbuka lebar. Dia memandang yang berkata. Ryu ternyata. Dia tertawa dan mengangguk. Faiq segera berdiri dan mengikut Ryu yang berjalan ke meja kerja nya.

"Kau dengan wife kau, camne?"

Ryu memandang nya lalu tersengih. Faiq menjeling lalu duduk di kerusi hadapan meja Ryu. Dia memandang Ryu yang menyibukkan diri dengan komputer.

"Kau.. pernah dikhianat?"

"Pernah, kau khianat aku time sekolah menengah."

"Tu lain!"

Serentak mereka berdua tertawa. Walau sangat ketara, Ryu memaksa untuk ketawa. Faiq senang bila mengusik Ryu.

"Dah, buat kerja kau. Jangan kacau aku."

Faiq menjeling sekejap dan dia berdiri dan pergi ke meja kerja nya. Sempat dia tergelak kecil apabila tiba di meja kerja nya.

ฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅ

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now