Bab 16

3.3K 152 5
                                    

"TERIMA KASIH, Abang Althaf. Wafa suka cincin ni, cantik sangat! Bunga mawar tu pun Wafa suka, wangi!"

Berulang-kali Wafa membaca baris mesejnya sambil tersengih-sengih bagai orang yang sedang angau. Tapi, memang dia tengah angau pun!

Angaukan sahabat angahnya sendiri.

Pabila lama menunggu, dia mengeluh! Hilang serta-merta sengihan lebarnya. Ya la, dah lima minit berlalu pun pesanannya tak berbalas lagi. Althaf sibuk, ke?

"Lamanya," Wafa mula merungut. Pun begitu, tetap dia setia bergolek di atas katil sambil menantikan balasan daripada lelaki itu. Pabila kedengaran saja penggera notifikasinya berbunyi, terus tegak tubuhnya 90 darjah. Tergesa-gesa dia membuka aplikasi WhatsApp, namun hanya sia-sia apabila nama Althaf tidak muncul-muncul di ruangan sembangnya.

Sudah mula berasa bosan menunggu sesuatu yang tidak pasti, telefonnya selamba dilemparkan ke atas katil sebelum dia berlalu ke dalam bilik air untuk mencuci muka.

Bunyi saja notifikasi masuk sekali lagi, bergegas Wafa keluar dari kamar mandinya dengan buih sabun di wajah masih belum sempat dibilas. Teruja betul dia sebaik gegendang telinga dipalu dengan penggera merdu yang dikeluarkan sekeping telefon pintar itu.

Namun, dia berganda-ganda teruja bila notifikasi yang masuk itu adalah daripada orang yang dinanti-nantinya. Akhirnya, berbalas juga setelah penat jiwa dan raganya menunggu!

"Kau minta nombor aku dengan Zayn, ke?" Daripada memberi respons feedback yang diberi Wafa, Althaf lebih berminat untuk mengetahui dari mana sumber gadis itu mendapatkan nombor telefonnya.

"Ya." Wafa letak emoji sengih di belakang. Langsung tidak rasa bersalah.

"Kenapa dia bagi? Kan aku dah pesan dekat dia supaya jangan bagi dekat kau." Mesej Althaf kosong tanpa emoji, tapi cukup untuk Wafa tahu yang lelaki itu tengah bengang dengan dia sekarang.

"Wafa pura-pura merajuk dengan angah, lepastu angah pun bagi nombor Abang Althaf sebab nak pujuk Wafa." Licik betul idea Wafa, nampaklah effort dia untuk mendapatkan nombor lelaki itu. Nanti anak-anak dia wajib contohi sikap mama dia yang pantang menyerah ini.

"Aku memang dah tak nak percaya dah korang dua beradik ni lepasni."

Wafa sudah terbahak-bahak. Dia dah terbayang betapa berangnya reaksi lelaki itu sekarang ini. "Kalau bukan kami, siapa lagi yang Abang Althaf nak percaya? Orang macam Abang Althaf ni banyak kawan, ke? Kalau ya, macam pelik." Di bawah pesanan itu, Wafa hantarkan sekali dengan pelekat anak kecil yang sedang mengetuk dagu.

"Kenapa peliknya? Aku bukannya alien muka petak berwarna hijau macam adudu pun kalau kau kata aku pelik." Gif seekor beruang yang sedang memukul kawannya yang juga seekor beruang dengan kuali dihantar. Jelaslah yang angin Althaf betul-betul dah capai tahap maksimum.

"Peliklah bila lelaki bebal macam Abang Althaf ni ramai kawan. Sanggup eh kawan-kawan Abang Althaf tu layan perangai bebal Abang Althaf ni?" Wafa mula berguling-guling atas katil, sudah tidak kisah dengan cadarnya yang sudah terpalit buih sabun dari wajah. Betapa seronoknya dia kenakan lelaki itu!

Untung mereka tidak bersua. Kalau tak, entahlah bagaimana nasibnya.

"Kau memang sengaja nak aku cubit mulut kau kan, Wafa?"

"Tak kahwin lagi. Haram main cubit-cubit ni, Abang Althaf."

Menerima balasan sebegitu, Althaf menjeling skrin telefonnya tajam. Kemudian, skrin digelapkan. Bukan dia yang bebal sekarang ini, tetapi gadis itu!

"Selamat malam, Wafa tidur dulu. Maaf ganggu Abang Althaf. Kalau Abang Althaf tak suka, nanti Wafa padam semula nombor Abang Althaf." Satu lagi notifikasi masuk. Sempat Althaf hela nafas lemah sebelum tangan ringan hendak membalas.

"Tak payahlah, simpan aje. Asal kau tak gaggu aku setiap masa sudah." Itu aje yang menjadi penyebab Althaf tidak mahu berkongsi nombor telefon dengan gadis itu. Dia tidak mahu diganggu.

"Okey." Wafa sertakan dengan emoji tersipu malu di hujungnya. Memang dia tengah tersipu-sipu pun sekarang ni. Tak sia-sia dia berpura-pura merajuk dengan angahnya tadi, kan dah dapat lampu hijau daripada Althaf. Untung tuan badan!

Althaf hanya tersenyum sebelum menutup chat gadis itu. Sah muka Wafa dah berubah jadi tomato masak sekarang.

Baru dia ingin pergi mengecas telefon pintarnya, satu lagi notifikasi masuk. Wafa lagi! Tapi kali ini, gadis itu menyebut dia di Instagram pula.

"Terima kasih daun keladi, lain kali berilah lagi." Kapsyen itu Wafa letak bersama-sama dengan sekotak cincin dan sejambak bunga ros yang diberi Althaf tadi.

Bibir Althaf tersenyum lagi. Butang 'love' di bawah ditekan sebelum dia mematikan telefonnya serta-merta. Tak mahu dirinya diusik Wafa lagi setelah dia menyukai story gadis itu.

Ya la, perempuan, akalnya bukan boleh dibuat main. Manalah tahu kalau Wafa assume dia dah jatuh cinta dengan gadis itu walaupun yang dia lakukan hanyalah menyukai story gadis itu semata-mata.

Delulu sangat!

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now